Table of Contents
Terdapat beberapa pencuci muka untuk jeragat di watson yang boleh digunakan mengikut jenis kulit wajah anda. Secara urutan rutin penjagaan muka yang asas, pencuci muka adalah bahan pertama digunakan untuk mencuci wajah sebelum mengenakan serum, pelembab dan toner.
Walaupun ia hanya berfungsi untuk mencuci kulit wajah, anda harus memilih pencuci muka yang betul dan sesuai dengan keadaan semasa kulit muka. Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesan samping disebabkan bahan yang alahan pada kulit.
Punca Munculnya Jeragat
Dari segi kesihatan, jeragat tidaklah berbahaya kepada kesihatan tubuh, tetapi jeragat ini akan menjadikan warna kulit muka tidak sekata dan mengganggu keterampilan diri. Jeragat akan mula wujud apabila berlakunya meningkatan melanin pada kulit. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan badan mengeluarkan melanin dengan banyak, antaranya adalah:
- Perubahan hormon
- Cahaya matahari
- Parut jerawat @ inflamasi pada kulit
- Kesan sampingan ubatan
Terdapat beberapa lagi faktor yang menyebabkan paras melanin berlebihan, point di atas adalah antara punca yang biasa berlaku kepada ramai orang. Jika anda mahu mencegah naiknya jeragat anda boleh elakkan punca-punca di atas daripada berlaku.
3 Jenis Pencuci Muka Untuk Jeragat Di Watson
Untuk merawat jeragat anda memerlukan serum yang mempunyai bahan aktif, bahan aktif yang paling popular dan berkesan untuk mengawal melanin adalah Vitamin C. Namun sebelum menggunakan serum vitamin C, terlebih dahulu anda perlu membersihkan kulit muka anda dengan pencuci muka.
Langkah mencuci muka ini penting bagi memboleh zat vitamin C daripada serum meresap ke dalam kulit. Disini kami kongsikan beberapa jenis pencuci muka yang boleh digunakan mengikut jenis kulit muka anda. Anda juga boleh mendapatkan pencuci muka ini di Watson Shopee Mall, tekan butang diberikan untuk semakan harga promosi.
Cleanser Untuk Kulit Muka Berminyak
Kulit berminyak adalah masalah yang kerap dialami oleh orang ramai. Cecair sebum yang berlebihan ini boleh menyebabkan naiknya jerawat pada kulit muka jika tidak dicuci dengan betul.
Pencuci muka yang terbaik untuk masalah kulit muka berminyak ini adalah cleanser jenis berbuih. Ini kerana ia lebih lembut dan boleh kurang berminyak. Antara cleanser yang sesuai untuk kulit muka berminyak adalah:
Cleanser Untuk Kulit Muka Kering
Bagi yang mengalami masalah kulit kering anda perlukan pencuci muka yang berbeza. Kulit kering ini terbahagia kepada 2 jenis iaitu kering sahaja @ kering & sensitif. Kebanyakkan kulit kering ini akan mengalami kondisi kulit yang nipis dan amat mudah berlakunya inflamasi.
Cleanser terbaik untuk kulit muka kering ini adalah jenis milk cleansing. Biasanya milk cleansing ini dikhususkan untuk mengatasi masalah kulit kering dan sensitif. Antara cleanser jenis milk cleansing yang sesuai adalah:
Cleanser Untuk Kulit Muka Kering & Berminyak
Terdapat juga sesetengah kulit muka yang mempunyai kedua-dua kondisi iaitu kering dan berminyak. Dalam situasi ini, anda boleh memilih keadaan kulit yang mana lebih dominan pada muka anda, dan guna salah satu cleanser sahaja.
Masalah akan timbul apabila kedua-dua keadaan kulit ini sama dominan @ dua-dua kering dan berminyak dengan banyak. Jika keadaan ini berlaku, maka anda perlu double cleansing kulit muka anda. Contohnya jika berminyak di dahi, maka perlu menggunakan cleanser jenis berbuih hanya pada dahi sahaja.
Akhir Kata
Mencuci muka adalah langkah pertama untuk merawat kulit muka yang berjeragat, proses membersihkan kulit muka ini mestilah dibuat dengan baik agar kulit muka boleh menerima manfaat daripada serum @ assen yang digunakan untuk merawat jeragat. Untuk lebih banyak jenis pencuci muka boleh terus ke pencuci muka terbaik di watson untuk rujukan lanjut. Semoga bermanfaat!