Table of Contents
Tahukah anda terdapat cara menghilangkan kulit mengelupas dengan cepat dan selamat? Ramai di antara mereka yang mengalami masalah kulit mengelupas ini tidak melakukan rutin membersihkan sel kulit yang mengelupas dengan betul. Bertambah teruk apabila kulit mula dijangkiti dengan bekteria yang menyebabkan naiknya jerawat pada muka.
Kulit adalah organ terbesar pada tubuh yang mempunyai fungsi untuk melindungi sistem organ tubuh badan. Secara semulajadinya sel kulit akan berganti dengan lapisan baru, ini bertujuan untuk menggantikan sel kulit mati dengan lapisan sel kulit yang baru.
Punca Kulit Mengelupas
Masalah kulit mengelupas akan timbul apabila sel kulit baru menggantikan sel kulit lama bukan pada waktunya @ terlalu cepat. Ini akan menyebabkan berlakunya pertindihan lapisan sel kulit dan akhirnya lapisan sel kulit paling atas akan merekah dan mengering.
Selain itu, kulit mengelupas juga terjadi disebabkan beberapa faktor lain antaranya adalah:
- Permukaan kulit muka yang kering
- Kulit muka mengalami SunBurn
- Kerap mencuci tangan
- Kesan sampingan ubatan
- Kesan sampingan produk skincare
Jika anda mengalami salah satu punca-punca di atas, anda mesti melakukan rawatan kulit mengelupas segera bagi mengelakkan keadaan kulit menjadi semakin teruk.
5 Cara Menghilangkan Kulit Mengelupas Dengan Cepat
Kulit mengelupas akan sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan sebarang rawatan, namun pada sesetengah keadaan sel kulit yang mengelupas ini akan menyebabkan berlakunya jangkitan bakteria dan iritasi. Berikut kami kongsikan cara merawat kulit mengelupas dengan cepat dan mudah.
Bilas Dengan Air Sejuk
Pemberian air sejuk boleh melegakan lapisan kulit yang mengalami iritasi disebabkan kulit yang mengelupas. Fungsi air sejuk ini juga boleh meredakan sebarang jangkitan kuman seperti bakteria dan fungi.
Caranya amat mudah, rendamkan kain bersih ke dalam air yang berisi ais. Angkat dan perap hingga air kering, lalu sapukan pada permukaan kulit yang sedang mengelupas selama 5 ke 10 minit. Ulang hingga rasa selesa.
Sapu Susu Sejuk Pada Kulit
Bagi yang belum tahu petua ini mungkin rasa agak janggal, kandungan lactic acid di dalam susu boleh membantu membersihkan sel kulit mati yang berada di permukaan kulit. Manakala kandungan lemak susu membantu dalam memberi kelembaban pada kulit muka yang kering.
Untuk cara ini anda boleh sahaja menggunakan cleanser yang berasaskan susu @ milk cleansing. Terdapat banyak jenama pencuci muka jenis susu ini, yang paling sesuai untuk kulit kering adalah Cleansing Milk Cosmoderm.
Sapukan Lotion Pelembab
Disebabkan kulit mengelupas ini berkait rapat dengan masalah kekeringan, maka anda boleh menggunakan krim lotion pelembab @ moisturizer yang boleh membantu imbang kelembaban kulit muka anda.
Terdapat banyak jenis pelembab yang terdapat di pasaran, untuk kulit mengelupas kami cadangkan anda menggunakan krim yang berasaskan milk @ susu. Ini kerana sifat susu itu sendiri bagus untuk merawat sel kulit kering dan mengelupas. Antara jenama yang kami cadangkan adalah SIMPLE Simple Water Boost Hydrating Gel Cream
Amalkan Penggunaan Exfoliate
Exfoliate ini adalah rutin skincare yang penting untuk membersihkan sel kulit mati yang melekat di permukaan kulit. Jika anda menggunakan fizikal exfoliate, pastikan anda menyapu dengan lembut dan rutin 1 ke 2 kali seminggu sahaja. Ini mengelakkan berlakunya iritasi pada kulit muka.
Kami cadangkan anda menggunakan exfoliate jenis chemical kerana ia lebih mudah digunakan dan hadir dalam bentuk serum sahaja. Terdapat beberapa jenis exfoliate jenis chemical ini samada AHA dan BHA. antara yang kami cadangkan adalah Dr. Dermis Mandelic Serum
Jangan Kupas @ Mengaru
Sikap suka mengupas dan menggaru kulit yang mengelupas ini akan menyebabkan kulit menjadi iritasi. Apabila berlakunya iritasi pada kulit akan meningkatkan risiko jangkitan bakteria dan fungi maka timbullah jerawat pada kulit.
Solusi terbaik pada masalah ini adalah dengan mengamalkan sapuan lotion dan moisturizer pada kawasan kulit yang mengelupas. Rutin ini hendaklah dilakukan setiap hari hingga lapisan kulit baru menjadi matang dan sihat.
Akhir Kata
Kulit mengelupas adalah keadaan kulit yang boleh sembuh dengan penggunaan produk yang betul. Ia sangat berkait rapat dengan masalah kulit kering yang mana jika tidak dirawat boleh menyebabkan timbul masalah lain pada kulit seperti jerawat dan kulit kusam. Anda juga boleh merujuk artikel ini Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak Dan Berjerawat. Semoga bermanfaat!