cara tanam tali pusat bayi

Cara Tanam Tali Pusat Bayi Menurut Islam

Cara tanam tali pusat bayi mestilah dilakukan dengan betul agar bahagian uri ini boleh diuruskan dengan baik. Sebagai seorang bakal bapa anda haruslah mempunyai pengetahuan untuk mengurus tali pusat bayi ini. Tidak sukar sebenarnya untuk menguruskan tapi pusat ini, dalam artikel ini kami akan kongsikan cara tanam tali pusat bayi dan hukumnya. 

Tali Pusat Bayi Simpan atau Tanam?

Mungkin ramai bakal ibu dan bakal bapa yang tertanya-tanya apa yang perlu dibuat pada tali pusat bayi yang baru lahir? Apakah hukum tanam atau simpan tali pusat bayi yang baru lahir? Di sini kami kongsikan hukum berkenaan tali pusat bayi:

  • Makruh hukumnya menyimpan tali pusat bayi jika tanpa tujuan atau sebagai kenangan.
  • Harus sekiranya bagi tujuan perubatan yang terbukti oleh pakar perubatan, seperti kaedah rawatan stem cell (sel induk) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit leukemia, thalassemia dan seumpamanya.
  • Haram jika disimpan atas tujuan kepercayaan dan khurafat yang tidak ada sandarannya di dalam Islam.

Rujukan muftiwp.gov.my

Cara Membasuh Uri Dengan Betul

Berikut kami kongsikan pula cara membasuh dan menanam uri dengan betul untuk rujukan anda. Cara dan perkongsian ini adalah sumbang dari hantaran di laman facebook. Anda boleh jadikan cara-cara ini rujukan untuk mengurus uri bayi anda.

  1. Sebaik sahaja uri dibawa pulang ke rumah, anda boleh segera membasuhnya. Namun, jika perlu menangguhkan pembersihan dan penanaman, simpan uri di dalam peti ais untuk mengelakkannya dari busuk.

  2. Sediakan bahan-bahan seperti garam kasar, asam keping, dan limau.

  3. Bersihkan uri dengan air. Buang semua darah yang masih melekat pada uri. Gunakan garam kasar, asam keping, dan limau untuk menghilangkan bau hanyir uri tersebut.

  4. Jangan gunakan sabun atau syampu.

  5. Setelah uri dibersihkan, bungkus dengan kain dan letakkan di dalam bekas untuk mengelakkan air menitik.

  6. Cangkul tanah dan gali lubang yang dalam supaya haiwan tidak dapat menghidu bau uri selepas ditanam.

  7. Masukkan uri yang telah dibungkus ke dalam tanah dan kambus semula. Tidak perlu menghadap kiblat, membaca mentera, atau melakukan ritual lain semasa menanam uri. Cukup dengan membaca Bismillah dan berselawat.

Rujukan hantaran FB

Akhir Kata

Tidak sukar sebenarnya untuk menguruskan tapi pusat bayi ini, pastikan anda tahu cara yang betul untuk uruskannya dengan baik agar anggota bahagian bayi ini diurus dengan hormat dan suci. Pastikan juga anda tidak melakukan sebarang bentuk kepercayaan khurafat berkaitan tali pusat bayi ini. Baca juga artikel seterusnya Krim Malam Terbaik Di Watson.

Scroll to Top