Pantang larang kayap

Apa itu Kayap dan Pantang Larang Ketika Alami Kayap

Pantang larang kayap, atau herpes zoster, adalah jangkitan virus yang disebabkan oleh virus varicella-zoster, virus yang sama juga boleh menyebabkan cacar air. Jika seseorang sembuh daripada cacar air, virus ini tidak hilang sepenuhnya di dalam badan, tetapi ia kekal dalam keadaan dorman dalam sistem saraf tubuh. Virus ini boleh aktif semula sebagai kayap, yang boleh menyebabkan ruam yang menyakitkan dan boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan.

Apabila seseorang mengalami kayap, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diambil perhatian agar jangkitan kayap ini cepat surut dan sembuh. Secara umumnya, pantang larang ini adalah untuk menguatkan imun badan, termasuklah dengan menjaga pemakanan yang sihat agar sistem imun badan kekal kuat dan baik. 

Punca Penyakit Kayap

Kayap boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor berikut:

  • Tekanan : Tekanan yang berlebihan boleh melemahkan sistem imun dan boleh menyebabkan pengaktifan semula virus varicella-zoster.
  • Penuaan : Risiko jangkitan kayap meningkat seiring peningkatan usia kerana sistem imun badan yang semakin lemah.
  • Penyakit : Keadaan sakit pada tubuh badan seperti HIV/AIDS dan kanser boleh melemahkan sistem imun.
  • Ubat-ubatan : Penggunaan ubat-ubatan yang menekan sistem imun, seperti kemoterapi atau steroid, boleh meningkatkan risiko kayap.
  • Tidak menjaga kebersihan : Jangkitan kayap ini juga boleh terjadi disebabkan keadaan sekeliling yang kotor.

Simptom Penyakit Kayap

Simptom utama penyakit kayap termasuk:

  • Ruam : Ruam merah yang berkembang menjadi lepuh berisi cecair, biasanya hanya di satu bahagian badan.
  • Sakit : Sakit yang berdenyut atau seperti terbakar di kawasan ruam.
  • Gatal : Gatal-gatal di kawasan ruam.
  • Demam : Peningkatan suhu badan tidak normal.
  • Sakit kepala : Rasa sakit atau tekanan di kepala.
  • Keletihan : Rasa letih yang luar biasa.

Rawatan Kayap

Rawatan untuk penyakit kayap biasanya melibatkan ubat antivirus untuk mengurangkan rasa sakit. Ubat-ubatan seperti acyclovir, valacyclovir, atau famciclovir adalah antara yang sering digunakan. Pengambilan ubat ini sebaik sahaja simptom muncul boleh membantu mengurangkan jangkitan kayap dan mengurangkan risiko komplikasi.

Ubat Antivirus :

  • Acyclovir
  • Valacyclovir
  • Famciclovir

Ubat Tahan Sakit :

  • Paracetamol
  • Ibuprofen
  • Naproxen

Ubat sapu :

  • Potassium permanganate

Ubat Neuroaktif : 

  • Amitriptyline
  • Desipramine

Selain ubat antivirus, rawatan simptomatik juga penting. Ini termasuk penggunaan ubat tahan sakit untuk mengurangkan ketidakselesaan, losyen atau krim untuk merawat kulit yang gatal, dan rehat yang cukup untuk membantu tubuh melawan jangkitan.

Pantang Larang Kayap

Untuk memastikan proses sembuh yang lebih cepat dan mengurangkan risiko komplikasi, terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi ketika mengalami sakit kayap ini:

Kurangkan Pengambilan Gula

Gula boleh meningkatkan keradangan dan melemahkan sistem imun. Oleh itu, Hadkan pengambilan gula boleh membantu untuk cepatkan proses penyembuhan kayap. Elakkan minuman manis, gula-gula, dan pencuci mulut yang tinggi kandungan gula.

Kurangkan Makan Karbohidrat

Karbohidrat, terutama yang diproses, boleh menyebabkan keradangan di dalam tubuh. Kurangkan pengambilan makanan seperti roti putih, pastri, dan makanan bergoreng boleh membantu tubuh untuk melalui proses sembuh dengan lebih cepat. 

Elakkan Makanan Segera

Makanan segera biasanya mengandungi bahan pengawet dan lemak trans yang boleh melemahkan sistem imun dan melambatkan proses penyembuhan. Sebaiknya, pilih makanan segar dan seimbang untuk menyokong kesihatan keseluruhan.

Peringkat Penyakit Kayap

Penyakit kayap akan melalui beberapa peringkat sebelum ia sembuh sepenuhnya. Dengan memahami peringkat-peringkat ini boleh memberi petunjuk dalam mengenali tanda-tanda awal untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Peringkat Awal

Pada peringkat awal, pesakit mungkin mengalami gejala seperti rasa sakit, kesemutan, atau rasa sensasi terbakar di satu kawasan tertentu pada kulit. Tanda-tanda ini biasanya muncul beberapa hari sebelum ruam air kelihatan. Biasanya pesakit juga akan mengalami demam, keletihan, dan sakit kepala.

Peringkat Perkembangan

Dalam peringkat perkembangan, ruam mula muncul sebagai tompok-tompok merah yang kemudian berubah menjadi lepuh kecil yang berisi cecair. Ruam ini biasanya sangat menyakitkan dan boleh muncul di satu sisi badan, terutamanya di sekitar pinggang, dada, pergelangan lengan atau tangan dan muka. Lepuh ini kemudian akan pecah dan membentuk kerek.

Peringkat Akhir

Peringkat akhir adalah apabila lepuh-lepuh tadi mula kering dan membentuk kerak yang akhirnya gugur. Pada peringkat ini, ruam akan mula surut, tetapi pesakit masih akan mengalami rasa sakit di kawasan yang dijangkiti. Rasa sakit dan tidak selesa ini boleh berlanjutan selama beberapa minggu atau bulan selepas ruam hilang, yang dikenali sebagai neuralgia postherpetik.

Komplikasi Penyakit Kayap

Walaupun kayap biasanya sembuh tanpa menyebabkan komplikasi serius, terdapat beberapa risiko komplikasi yang boleh berlaku, terutama pada individu yang mempiunyai sistem imun yang lemah atau mereka yang tidak mendapatkan rawatan yang sesuai.

Komplikasi kayap termasuk:

  • Neuralgia postherpetik : Rasa sakit yang berterusan di kawasan yang terjejas walaupun selepas ruam hilang.
  • Jangkitan bakteria : Ruam kayap yang tidak dijaga kebersihannya boleh menyebabkan jangkitan bakteria dan menyebabkan komplikasi kulit yang lebih serius.
  • Masalah penglihatan : Jika kayap muncul di sekitar mata, ia boleh menyebabkan keradangan pada kornea dan masalah penglihatan.
  • Masalah saraf : Kayap boleh menyebabkan keradangan pada saraf, mengakibatkan kelemahan otot atau lumpuh sementara.
  • Pneumonia, ensefalitis, atau masalah pendengaran : Dalam kes yang jarang berlaku, kayap boleh menyebabkan komplikasi serius seperti pneumonia, radang otak (ensefalitis), atau kehilangan pendengaran.

Akhir Kata & Kesimpulan

Kayap adalah penyakit yang boleh menyebabkan ketidakselesaan badan dan boleh menjejaskan kualiti hidup. Dengan memahami punca, simptom, dan rawatan kayap, serta mematuhi pantang larang yang disarankan, ia boleh membantu untuk mengurangkan ketidakselesaan dan mempercepatkan proses penyembuhan. Sentiasa berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan yang sesuai dengan keadaan anda. Baca juga artikel Manfaat teh kombucha.

Scroll to Top