Minyak zaitun untuk masak

Minyak Zaitun untuk Masak Masakan Yang Sihat

Minyak zaitun untuk masak telah digunakan sekian lama terutamanya oleh orang di kawasan timur tengah. Kini ia merupakan pilihan popular bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan melalui pemakanan yang sihat. Minyak zaitun kaya dengan lemak tak tepu tunggal yang baik untuk jantung dan kesihatan tubuh badan. Ia bukan sahaja digunakan untuk memasak, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai krim sapu pada kulit dan rambut selain untuk penambah rasa seperti dressing salad dan perapan.

Terdapat beberapa jenis minyak zaitun yang ada di pasaran dan masing-masing mempunyai berbezaan dari segi kandungan asid dan kualiti. Di dalam artikel ini kami akan mengulas mengenai khasiat minyak zaitun dalam masakan, jenis-jenis minyak zaitun, dan bagaimana cara untuk menyimpan agar kualitinya terjaga.

Khasiat Minyak Zaitun Dalam Masakan

Minyak zaitun bukan sahaja digunakan untuk menambah rasa dalam masakan tetapi juga baik untuk tubuh badan. Berikut adalah beberapa khasiat utama minyak zaitun:

  • Meningkatkan Kesihatan Jantung : Minyak zaitun kaya dengan asid oleik, sejenis lemak tak tepu tunggal yang dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Mengandungi Antioksidan : Minyak zaitun mengandungi pelbagai antioksidan yang dapat melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.
  • Anti-radang : Komponen dalam minyak zaitun seperti oleocanthal memiliki sifat anti-radang yang dapat membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh.
  • Menyokong Kesihatan Otak : Kajian menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam diet harian boleh membantu melindungi fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer.

Dengan pengambilan minyak zaitun ini membolehkan anda menikmati bukan sahaja hidangan yang enak, malah khasiat nutrisinya juga bagus untuk kesihatan tubuh badan manusia. 

Jenis Minyak Zaitun & Perbezaannya

Terdapat beberapa jenis minyak zaitun yang terdapat di pasaran, masing-masing mempunyai ciri-ciri yang berbeza terutamanya dalam penyediaan hidangan masakan yang sihat. Berikut adalah jenis-jenis minyak zaitun beserta kegunaan dalam masakan untuk rujukan anda.

Extra Virgin Olive Oil

Extra virgin olive oil adalah minyak zaitun yang paling tinggi kualitinya dan yang paling popular. Ia dihasilkan melalui proses perahan tanpa menggunakan bahan kimia dan mengekalkan rasa asli dan khasiat asli buah zaitun itu sendiri. Minyak ini sangat sesuai digunakan sebagai dressing salad, perapan, atau bahan untuk memasak pada suhu rendah.

Virgin Olive Oil

Virgin olive oil juga dihasilkan melalui proses perahan buah zaitun, tetapi kualitinya sedikit lebih rendah berbanding extra virgin. Ia masih mengekalkan sebahagian besar rasa dan khasiat buah zaitun. Virgin olive oil boleh digunakan dalam masakan tetapi tidak sebaik extra virgin untuk digunakan pada suhu tinggi.

Pure Olive Oil

Pure olive oil adalah campuran antara minyak zaitun yang telah diproses dan sedikit minyak zaitun perahan asli. Kualitinya tidak setinggi extra virgin atau virgin, tetapi masih sesuai digunakan untuk memasak pada suhu sederhana hingga tinggi.

Light Olive Oil

Light olive oil adalah minyak zaitun yang telah diproses untuk mengurangkan rasa dan warna, tetapi masih mengekalkan khasiat asli buah zaitun. Minyak ini sesuai untuk semua jenis masakan termasuk menggoreng dan deep frying.

Jenis Minyak Zaitun untuk Menggoreng

Untuk menggoreng, extra virgin olive oil tidak disyorkan kerana takat didih yang rendah, menjadikan ia mudah terbakar dan menghasilkan rasa yang kurang enak dan menghilangkan sebahagian nutrisinya. Extra virgin olive oil lebih sesuai digunakan untuk seasoning, campuran salad, dan penggunaan suhu rendah.

Sebaliknya, minyak zaitun seperti pure olive oil dan light olive oil lebih sesuai untuk menggoreng dan deep frying. Light olive oil, khususnya, mempunyai takat didih yang lebih tinggi, menjadikannya pilihan yang baik untuk memasak pada suhu tinggi tanpa menghilangkan khasiat minyak zaitun.

Cara Simpan Minyak Zaitun yang Betul

Untuk memastikan minyak zaitun kekal segar dan berkhasiat, anda perlu tahu cara penyimpanan yang betul. Berikut adalah beberapa cara untuk menyimpan minyak zaitun:

  • Simpan di tempat yang terlindung : Minyak zaitun harus disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada cahaya matahari dan pada suhu yang panas. Simpan ditempat yang terlindung seperti almari dapur dan kabinet dapur.
  • Simpan di dalam bekas : Minyak zaitun harus disimpan dalam bekas yang tertutup rapat untuk mengelakkan pendedahan kepada udara yang boleh menyebabkan pengoksidaan dan mengurangkan kualiti minyak.

Akhir Kata & Penutup

Minyak zaitun adalah pilihan yang sihat bagi anda yang ingin kan hidangan harian yang sihat dan berkahsiat. Pastikan anda tahu cara pemilih jenis olive oil untuk memasak yang betul agar hidangan anda akan lebih baik tanpa menghilangkan khasiat minyak zaitun itu sendiri.. Pastikan anda memilih minyak yang sesuai untuk setiap jenis masakan bagi memastikan rasa dan khasiatnya terjaga. Artikel berkaitan Resipi overnight oat.

Scroll to Top