Resipi overnight oat

Resipi Overnight Oat Sedap untuk Diet Kuruskan Berat Badan

Resipi overnight oat adalah pilihan sarapan yang terbaik untuk mereka yang inginkan berat badan yang ideal dan menjalani gaya hidup yang sihat. Ia mudah disediakan dan boleh diubahsuai mengikut cita rasa masing-masing. Overnight oat boleh menjadi sumber nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan terutamanya untuk dijadikan sebagai menu hidangan pada malam hari atau pengganti jajan.

Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, anda boleh membuat pelbagai variasi resipi overnight oat yang bukan sahaja sedap tetapi penuh dengan manfaat untuk kesihatan.

Manfaat Overnight Oat untuk Diet

Overnight oat bukan sahaja enak, tetapi ia juga mengandungi pelbagai manfaat untuk diet dan kesihatan anda. Berikut adalah beberapa manfaat utamanya:

  • Cepat kenyang : Kandungan serat dalam oat membantu anda untuk rasa lebih kenyang dan mengurangkan keinginan ketagih makan snek yang tidak sihat.
  • Rendah Kalori : Overnight oat boleh disesuaikan dengan bahan-bahan yang rendah kalori, sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
  • Tinggi Serat : Serat dalam oat membantu penghadaman dan mencegah sembelit, memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan baik.
  • Sumber nutrisi sihat : Oat mengandungi vitamin, mineral, dan antioksidan yang diperlukan oleh tubuh badan.

Pengambilan overnight oat setiap hari boleh memberikan anda sumber nutrisi yang diperlukan dan pada masa yang sama boleh menghadkan pengambilan kalori terutamanya pada waktu malam. Ia boleh menjadi pengganti bagi anda yang gemar makan jajan atau snek tidak sihat pada malam hari.

Resipi Overnight Oat Simple

Disini kami kongsikan beberapa resepi overnight oat yang tular di laman sosial media untuk rujukan anda. Anda boleh tiruvasi bahan-bahan dan cara penyediaan mengikut citarasa dan bajet semasa anda.

Resipi overnight oat

Bahan-bahan:

  1. Oat
  2. Natural yogurt
  3. Fresh milk
  4. Madu
  5. Kismis
  6. Mix nuts
  7. Chia seed
  8. Buah-buahan (contoh: anggur, epal hijau, buah naga, mangga)

Cara Penyediaan:

  1. Letakkan oat sehingga setengah botol.
  2. Masukkan 2 sudu besar yogurt.
  3. Tambahkan mix nuts dan sedikit madu.
  4. Masukkan fresh milk sehingga menenggelamkan oat.
  5. Tambahkan buah-buahan yang anda suka (contoh: anggur, epal hijau, buah naga, mangga).
  6. Akhir sekali, tambahkan lagi mix nuts, kismis, dan chia seed di atas.
  7. Tutup botol dan simpan dalam peti ais.
  8. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Kredit Ekin OmAr

RESIPI DIET OVERNIGHT OAT UNTUK KURUS & SIHAT 😍

Bahan-bahan :

  • 3 hingga 5 sudu rolled oats
  • Susu segar
  • 2 sudu yogurt (perisa dan jenis mengikut cita rasa anda)
  • Aneka kacang (biji labu, biji bunga matahari, kismis atau apa sahaja mengikut cita rasa anda)
  • Chia seeds
  • Madu (secukup rasa)
  • Buah-buahan (ikut cita rasa anda)

Cara penyediaan :

  1. Dalam balang kecil, gabungkan kacang, oats dan chia seeds.
  2. Kemudian, masukkan yogurt dan madu.
  3. Seterusnya, tambahkan susu sehingga oats tenggelam.
  4. Simpankan oats di dalam peti sejuk semalaman.
  5. Overnight oats sudah siap untuk dinikmati pada keesokan hari. Tambahkan buah-buahan kegemaran anda apabila sudah sedia untuk dihidangkan. Sihat dan confirm sedap!

Boleh juga sediakan beberapa hidangan oats dan simpan dalam peti ais untuk dimakan bila-bila masa nanti. Overnight oats boleh bertahan selama 5 hari di dalam peti sejuk ✌🏻

Kredit Adila Azurin

Akhir Kata & Kesimpulan

Overnight oat adalah pilihan sarapan dan makan malam yang sihat dan mudah untuk disediakan. Dengan pelbagai variasi bahan-bahan yang boleh dicuba, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis overnight oat yang sedap dan berkhasiat. Cubalah resipi overnight oat dan rasai sendiri manfaatnya dalam rutin diet harian anda. Baca artikel berkaitan Teh daun durian belanda.

Scroll to Top