Ubat Gigi Hilangkan Jerawat Hanyalah Mitos

Memiliki kulit yang lembut dan cantik adalah idaman bagi setiap wanita. Apabila kulit ditumbuhi jerawat sudah pasti akan mengganggu penampilan terutamanya di wajah. Bertambah buruk apabila terdapat banyak petua-petua menghilangkan jerawat hanyalah mitos semata-mata. Contoh ubat gigi hilangkan jerawat hanyalah mitos.

Ubat gigi hilangkan jerawat hanya mitos bahkan tidak sesuai untuk kulit

Ramai diantara kita yang selalu mendengar petua hilangkan jerawat menggunakan ubat gigi. Jika dilihat dari sudut kajian saintifik tidak menemui sebarang kebaikkan ubat gigi untuk kecutkan jerawat. Antara penjelasannya adalah seperti berikut:

1) pH ubat gigi lebih alkali

Umum mengetahui ubat gigi dicipta untuk membersihkan gigi bukan kulit. Bahan di dalam ubat gigi yang mengandungi sodium bicarbonate mempunyai pH 9 bermaksud terlalu alkali, manakala pH normal bagi kulit adalah 5 iaitu sedikit asid. Dengan meletak ubat gigi di kulit muka secara tidak lansung akan mengakibatkan kerosakan. 

2) Sodium Lauryl Sulfate

Sodium lauryl sulfate adalah bahan di dalam ubat gigi yang berfungsi untuk menurangkan plak pada gigi. Sodium lauryl sulfate ini akan menyebabkan kulit mengalami kekeringan, malah boleh menyebabkan luka teruk pada kulit. 

3) Triclosan

Kajian mendapati triclosan akan menyebabkan bakteria pada kulit menjadi resistant pada antibiotik. Penggunaan ubat gigi pada muka akan membunuh microb semulajdi pada kulit.

4) Fluoride

Bahan ini boleh mengakibatkan fluoroderma iaitu tompok-tompok pada kulit wajah sama seperti jerawat. Fluoride adalah bahan yang tidak mesra dengan kulit manusia. 

Kesimpulan

Berdasarkan fungsi bahan-bahan di atas serta kesannya terhadap kulit manusia, maka ubat gigi adalah sama sekali tidak sesuai untuk hilangkan jerawat. Maka petua yang biasa didengar menyatakan ubat gigi hilangkan jerawat adalah mitos semata-mata. Apa yang jelas adalah ubat gigi dicipta untuk gigi bukan untuk kulit ataupun untuk hilangkan jerawat.

Tips hilangkan jerawat secara semulajadi

Terdapat tips hilangkan jerawat secara semulajadi yang boleh diamalkan oleh semua lapisan umur dan jantina, malah cara ini adalah yang paling baik bukan sahaja hilangkan jerawat malah untuk kesihatan yang lebih baik

4 tips hilangkan jerawat secara semulajadi

  1. Kurangkan pengambilan karbohidrat
  2. Berpusa @ intermittent fasting (IF)
  3. Probiotik
  4. Elakkan produk tenusu

4 tips hilangkan jerawat secara semulajadi adalah terbaik untuk memperoleh kulit yang sihat. Kurangkan pengambilan karbohidrat akan mengurangkan pengeluaran insulin serta mengurangkan pengeluaran hormon androgen, androgen adalah hormon yang menyebabkan jarawat.

Pengambilan probiotik juga boleh memberikan kesan kulit yang cantik, ini kerana terdapat sesetengah sakit kulit yang melibatkan sistem pencernaan yang kurang baik. Probiotik membantu sistem pencernaan agar lebih sihat. 

Jika anda mempunyai masalah kulit berjerawat eloklah anda kurangkan atau berhenti pengambil makanan yang berasaskan tenusu. Ini kerana produk tenusu mempunyai kandungan hormon estrogen yang boleh menyebabkan kulit tumbuh jerawat.

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC: 
Does Toothpaste On Your Acne Work?: https://youtu.be/bz8nbOBPKWg

Scroll to Top