Table of Contents
Apa itu kencing manis?
Kencing manis atau dikenali dengan nama Diabetes Mellitus adalah antara penyakit yang banyak dialami oleh rakyat malaysia. Penyakit ini wujud apabila paras gula @ glukos adalah tinggi di dalam darah yang disebabkan kekurangan atau kurang keberkesanan insulin dalam badan.
Situasi ini disebabkan oleh kurang hormon insulin terhasil oleh organ pankreas. Fungsi insulin ini adalah untuk mengawal keseimbangan glukos dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
Sekiranya ini berlaku, glukos akan kekal di dalam darah dan menyebabkan Diabetes Mellitus
7 kaedah rawatan kencing manis tanpa ubatan.
1. Bakar lemak berlebihan
Salah satu faktor utama kencing manis ialah mempunyai berat badan yang berlebihan. Berat yang berlebihan akan mengganggu fungsi insulin, ini akan menyebabkan tubuh sukar untuk mengawal tahap glukos yang sesuai. Kebiasaanya, mereka yang mengalami berat badan yang berlebihan akan mengalami insulin spike yang kerap, ini akan menyebabkan mereka akan sentiasa rasa lapar dan berselera untuk makan, makan berlakulah lebihan berat badan.
Bagi yang mengalami masalah berat badan, anda di nasihatkan untuk mendapatkan bantuan dari pakar atau doktor berkenaan cara-cara menurunkan berat badan yang sihat dan baik untuk tubuh.
2. Amalkan diet yang seimbang @ eat clean
Bagi pesakit yang mengalami kencing manis, di nasihatkan agar menjaga pemakanan setiap hari. Amalkan pemakanan yang kurang gula dan glukos, buah -buahan yang kurang manis. Sayur -sayuran juga adalah makanan yang bagus untuk pesakit kencing manis. Elakkan makan makanan yang diproses.
3. Jangan skip sarapan pagi
Kajian yang dijalankan mendapati bacaan gula sepanjang hari akan berkurang jika pesakit pengambil kalori yang tinggi pada waktu pagi berbanding waktu malam. Maka jangan skip waktu sarapan anda dan elakkan makan banyak pada lewat malam, disamping menjaga kadar gula di dalam setiap hidangan anda.
4. Makan lebih kerap dalam kuantiti yang sedikit
Makan secara teratur dan terkawal. Dengan mengamalkan pemakanan yang kerap dan kuantiti yang sedikit sepanjang hari membantu mentsabilkan bacaan gula dalam darah. Maka seeloknya sediakan jadual makanan harian anda dengan baik. Jangan lupa untuk kawal kandungan gula di dalam hidangan anda.
5. Lakukan senaman harian, walaupun senaman ringan
Bagi pesakit kencing manis harus memperbanyakkan aktiviti harian, ini kerana dengan pergerakan otot badan akan menghasil kan penggunaan insulin. Anda boleh melakukan senaman seperti joging, atau anda juga boleh sahaja melakukan aktiviti-aktiviti yang lain seperti riadah, kemas rumah dan sebagainya. Elakkan daripada pasif dan kurang bergerak ia sangat bahaya untuk kesihatan.
6. Elakkan stress
Ramai tidak mengetahui bahawa stress yang melampau akan menyebabkan tahap gula dalam darah sukar dikawal. Susun jadual kerja harian anda sebaik mungkin, dapatkan tidur yang berkualiti sekurangnya 4 ke 5 jam sehari ini kerana tidur yang kurang ditambah pula dengan kerja yang banyak akan mengakibat kan stress bertambah teruk.
7. Dapatkan pemeriksaan doktor
Pastikan anda melakukan ujian darah di klinik berdekatan anda secara berkala, ini penting bagi untuk mengetahui kadar gula dalam darah anda, selain itu juga boleh memeriksa tahap kolestrol dan tekanan dalam darah anda. Pasti amalkan gaya hidup yang sihat untuk hidup lebih baik.
Tips sembuh kencing manis tanpa ubat
Secara ringkasannya tips untuk sembuhkan kencing manis adalah seperti berikut:
- Amalkan pemakan bendi rebus setiap hari
- STOP Makanan segera dan makanan proses
- STOP krim manis dan gula
- Hadkan pengambilan karbo
- Kurangkan kadar pengambilan kalori harian ( 500-750 kalori seharo sahaja)
- Turunkan berat badan sebanyak 15%
Statistik menunjukkan separuh dari pesakit kencing manis sembuh dengan tips ini. Selamat mencuba.
Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di shopee mall. Tekan link promo di bawah.
Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au
Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk
Kredit :