Khasiat Cuka Epal Organik Untuk Organ Badan

Cuka adalah bahan masakan yang biasa didengar oleh semua orang, namun tahukah anda bahawa cuka mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan manusia? Pengambilan 2 sudu cuka sehari boleh memberi banyak kebaikan terutamanya pada sistem pencernaan. 

Terdapat banyak jenis cuka yang dijual dan masing-masing mempunyai khasiat yang tersendiri. Di dalam artikel ini membincangkan khasiat dan kebaikan cuka epal untuk tubuh badan.

Apa itu cuka epal

Dalam penghasilan cuka epal terdapat beberapa proses yang berlaku. Secara ringkasnya proses berlakunya cuka epal adalah seperti berikut. Cuka epal ialah apabila kandungan gula di dalam jus buah epal ditukar kepada alkohol oleh beberapa jenis microb dan yis, dan seterusnya menjadi cuka yang mengandungi asid asetik (acetic acid).

Gula -> alkohol -> cuka

Microb -> asid asetik

Maka secara umumnya cuka epal adalah hasil daripada jus buah epal yang melalui penapaian (fermentation). Apabila jus buah epal tidak dipasturise dalam keadaan yang tertentu akan berlaku proses penapaian dengan bantuan microb dan yis. 

Bragg apple cider vinegar

Terdapat banyak jenama cuka epal di sekitar pasaraya dan market online. Jenama yang paling sinonim dan bagus adalah Bragg apple cider vinegar. Ini kerana jenama bragg ini dipercayai adalah yang organik dan bercampur dengan ‘mother’. “Mother” yang dimaksudkan di sini adalah pati-pati hasil dari proses penapaian cuka epal ini akan terbentuk dalam bentuk pati-pati halus di dasar botol, pati-pati ini adalah fiber pectin, bakteri, dan yis. 

Cuka epal yang organik ini mempunyai enzim yang bagus untuk proses pencernaan. Namun pastikan cuka epal itu adalah yang tidak dipastur. Disebabkan cuka epal tidak dipastur, maka cuka epal ini tidak bercampur dengan racun perosak dan bahan kimia. Jadi boleh cuba dapatkan cuka epal jenama bragg.

Shopee: cuka epal

Cuka epal juga mempunyai ph yang kurang berasid berbanding cuka biasa. Cuka epal mempunyai ph antara 3 ke 3.5. Berbanding cuka biasa mempunyai pH 2.5. Cuka epal tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan boleh diletak di suhu bilik sahaja. 

9 khasiat cuka epal

1. Pencernaan

Cuka epal berfungsi untuk melancarkan sistem pencernaan. Cuka epal akan mengaktifkan enzim yang berada di dalam perut, pancreas dan beberapa organ yang mengalami dormant. Asid asetik di dalam cuka epal ini berfungsi sebagai bahan pengaktif kepada enzim di dalam perut untuk membantu memecahkan protein dan melancarkan proses pencernaan. 

2. Mengawal patogen
Untuk mudah faham dalam point ini, konsep sama seperti proses penapai sayur-sayuran seperti acar menggunakan asid untuk mengelakkan bakteria pada sayur hidup dan berkembang akibatnya makanan akan cepat rosak.  

Dengan pengambilan cuka epal menghalang perkembangan patogen dan beberapa jenis microb terutamanya dalam keadaan yang dipanggil SIBO. SIBO bermaksud small intestinal bacterial overgrowth situasi ini merujuk kepada bakteria yang sepatutnya hidup di usus besar tetapi hidup di usus kecil berpunca daripada perut yang kurang berasid. Dengan pengambilan cuka epal membantu menghalang bakteria ini hidup dan berkembang di usus kecil.

3. Menyerap mineral
Terdapat sesetengah mineral yang memerlukan pH berada pada tahap tertentu untuk diserap antaranya calcium magnesium dan iron. Jika perut kurang berasid atau alkali maka penyerapan beberapa mineral akan terganggu. Bukan itu sahaja, vitamin seperti vitamin K, vitamin C, dan vitamin B12 juga memerlukan tahap asid untuk diserap.

4. Mengurangkan perut kembung / gas bloating
Apabila seseorang makan, terdapat sesetengah makanan yang masih belum habis dikunyah akan masuk ke dalam perut dan akan menyebabkan angin masuk. Asid dari cuka epal ini akan membantu mencerna makanan tadi seterusnya mengelakkan berlakunya kembung perut. 

5. Mengurangkan pedih ulu hati
Perut memerlukan keadaan yang berasid iaitu antara 1 ke 3 pH untuk mencerna makanan dan menutup saluran esophagus. Apabila perut kurang berasid saluran esophagus gagal untuk ditutup maka akan berlaku pedih ulu hati.

Bagi pesakit pedih ulu hati ini biasanya melakukan kesilapan dengan mengambil anti asid. Anti asid akan mengurangkan sensasi terbakar pedih ulu hati tetapi akan berulang kembali apabila pengambil makanan seterusnya. 

Cara terbaik adalah dengan mengambil cuka epal untuk membantu perut agar lebih berasid dan menutup saluran esophagus.

6. Membantu penghasilkan bile

Bile dihasilkan di hati dan disalurkan dari hempedu, untuk menghasilkan bile memerlukan signal dari perut untuk menghasilkan bile. Perut yang berasid normal akan mencetus signal kepada penghasilan bile.

7. Protein akan dicerna sepenuhnya
Asid asetik dari cuka epal membantu organ perut untuk mencerna makanan terutamanya protein. Jika perut kurang berasid maka akan mengalami masalah dalam proses mencerna protein dan akibatnya badan kekurangan penyerapan nutrisi. 

8. Menstabilkan gula dalam darah
cuka epal turunkan berat badan? Ya betul cuka epal boleh menurunkan berat badan, ini kerana cuka epal akan menyebabkan glukos atau gula dalam darah lebih sensitif. Akibatnya akan kurangnya berlaku insulin resistance, kurangnya pengeluaran hormon insulin dan selera makan akan berkurang. 

9. Bagus untuk imun sistem
Cuka epal akan merangsang sel darah putih lebih cergas untuk mencegah jangkitan kuman.  

cara makan cuka epal yang betul

Cuka epal adalah sejenis cuka, maka ia mempunyai cara-cara tertentu untuk diambil. Anatara cara yang paling mudah adalah dengan mencampurkan 2 sudu besar cuka epal ke dalam segelas air. Boleh juga tambah perahan sebiji lemon. Dan minum sebelum atau selepas makan.

*elakkan pengambil cuka epal lebih dari 2 sudu besar sehari, pengambilan berlebihan akan mengakibatkan berlakunya kesan sampingan seperti lesu dan pening.

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di Shopee Mall. Tekan link Promo di bawah

Cuka Epal : https://shp.ee/p7ts86q

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

 

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC: 
The 9 Benefits of Apple Cider Vinegar: https://youtu.be/qTzxfoL82n8

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top