Kebaikan Air Lemon Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Lemon adalah buah-buahan yang mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan manusia. Khasiat buah lemon telah terbukti sejak sekian lama. Buah lemon kebiasaanya diperah dan diambil airnya untuk dijadikan sebagai minuman harian. Rasanya yang enak menjadikan jus lemon ini diminati di seluruh dunia malah ada juga yang menjadikan resepi buah lemon sebagai hidangan harian keluarga.

Namun tahukah anda kebaikan air lemon untuk kesihatan? Di dalam artikel ini membincangkan kebaikan air lemon untuk kesihatan

Lemon kaya dengan vitamin C

Tidak dinafikan lagi lemon adalah antara buah yang kaya dengan vitamin C yang bagus untuk manusia. Selain itu air lemon juga mengandungi beberapa vitamin lain seperti vitamin A dan mineral. 

Vitamin C juga bagus untuk proses pembekuan darah jika berlaku di dalam sistem badan manusia seperti gusi.

Sumber kolagen untuk kulit dan badan

Ramai yang tidak tahu bahawa Vitamin C juga penting untuk menghasilkan kolagen di dalam badan. Kolagen inilah yang akan menjadikan kulit lebih cantik dan awet muda. 

Dengan amalan pengambilan yang konsisten setiap hari kolegen ini akan mengurangkan kedutan pada kulit wajah dan seluruh badan menjadikan kelihatan lebih muda.

Membantu pencernaan dalam perut

Air lemon juga boleh dijadikan sebagai minuman untuk membantu proses mencerna makanan di dalam perut. Campurkan air sebiji lemon dan 2 sudu cuka epal dan minum bila perut kosong atau sebelum makan. 

Campuran lemon dan cuka epal ini akan membantu perut untuk mencerna makanan dengan lebih baik. Minuman ini sesuai untuk mereka yang mengalami masalah penghadaman iaitu perut kurang berasid.

Lemon dan cuka epal kurangkan selera makan

Satu kajian yang dibuat menunjukkan bahawa resepi air lemon dan cuka epal ini akan memberikan rasa kenyang seterusnya membantu untuk menurunkan berat badan.

Jika anda ingin menurunkan berat badan maka minuman ini sesuai untuk anda. Resepi yang sangat ringkas dan mudah malah baik untuk kesihatan. Cuka epal boleh didapati di mana-mana kedai farmasi atau boleh membuat belian secara online di shopee.

Menghalang dan memecahkan batu karang

Ini mungkin kebaikan utama bagi air lemon kerana mempunyai citrates yang boleh melarut ke dalam batu karang untuk menghancur dan menghalang batu karang dari terbentuk. 

Ramai tidak tahu bahawa ada beberapa makanan yang boleh mengakibatkan batu karang terbentuk di dalam buah pinggang seperti kangkung dan kale. Makanan ini mengandungi oxylates yang tinggi dan apabila bergabung dengan calcium di buah pinggang maka terhasillah batu karang.

Tingkatkan imun badan

Lemon adalah antara buah yang mengandungi vitamin C yang paling tinggi. Perahan 1 biji air lemon sudah cukup untuk memberi keperluan vitamin C untuk sehari. 

Jika anda kerap deman atau selsema maka minum perahan sebiji lemon sehari sudah memadai untuk menguatkan sistem imun badan anda.

Melawan alahan @ alergic

Jika anda menghidap alahan atau alergic seperti resdung, antara solusi yang boleh anda lakukan adalah dengan mengamalkan pengambilan lemon atau minyak lemon. Kandungan lemon yang mempunyai quercetin yang boleh mengurangkan masalah resdung dan alahan pada hidung

Lemon boleh melawan kanser

Lemon mengandungi d-limonene semulajadi yang boleh bertindak mencegah kanser. D-limonene mempunyai ciri-ciri chemoprotective yang bagus untuk sesiapa yang sedang menjalani rawatan kemoterapi. 

Kajian juga mendapati lemon boleh memperlahankan pertumbuhan kanser. Bagi pesakit kanser yang dalam rawatan boleh mengamalkan pengambilan air jus lemon atau minyak lemon.

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di shopee mall. Tekan link promo di bawah.

Halal Keto Food : https://shp.ee/g5hqijc

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

Kredit: Dr. Josh Axe
Sumber Youtube Dr. Josh Axe:
Benefits of Lemon: https://youtu.be/nYJaQUBuZPU

Scroll to Top