Serum Untuk Kulit Kusam Dan Jerawat

Serum Untuk Kulit Kusam Dan Jerawat | 3 Paling Terbaik

Terdapat banyak jenis serum untuk kulit kusam dan jerawat di pasaran, namun jenis manakah yang terbaik untuk merawat kulit kusam anda? Teruskan membaca slot perkongsian ini hingga habis jika anda ingin menghilangkan masalah kulit kusam & jerawat anda.

Memiliki kulit kusam dan tidak bermaya adalah satu mimpi buruk terutamanya pada kaum wanita. Ditambah pula dengan munculnya bintik-bintik jerawat pastinya mengganggu keterampilan anda dan menyebabkan anda kurang berkeyakinan setiap kali keluar rumah.

Punca Jerawat & Kulit Kusam

Kulit kusam adalah satu kondisi kulit yang mana sel kulit mati berkumpul di permukaan kulit dan menyebabkan berlakunya kekeringan dan perubahan pada tonar kulit menjadi gelap. Apabila lapisan kulit muka rosak, liang pori akan mudah dijangkiti bakteria dan menyebabkan masalah jerawat pula. 

Oleh sebab itu, anda sememangnya wajib mempunyai rutin penjagaan kulit wajah harian untuk menghalang masalah kusam dan jerawat ini timbul. Rutin penjagaan kulit muka ini tidak perlu terlalu advance, cukup dengan produk yang asas sahaja iaitu:

Rutin penjagaan kulit muka kusam & jerawat mengikut urutan:

    1. Cleanser @ Pencuci Muka
    2. Exfoliate 
    3. Serum (Merawat Sel Kulit)
    4. Moisturizer @ Pelembab Muka
    5. Sunscreen @ Pelindung Matahari (siang sahaja)

Terdapat beberapa lagi produk skincare yang boleh digunakan dalam rutin penjagaan kulit muka harian, namun 5 produk ini sahaja sudah cukup untuk merawat masalah kulit kusam dan berjerawat anda.

3 Serum Untuk Kulit Kusam Dan Jerawat 

Di dalam senarai rutin penjagaan kulit muka, serum adalah satu-satunya skincare yang berfungsi untuk merawat sel kulit muka yang rosak. Walaupun terdapat exfoliate yang berfungsi sebagai serum, namun kami cadangkan menggunakan serum yang dikhususkan dengan ramuan untuk kulit kusam adalah paling bagus untuk diamalkan.

Secara asasnya, serum mempunyai bahan aktif yang berlainan mengikut jenis. Antara jenis-jenis serum adalah:

  • Hydrating Serum (Melembabkan kulit muka)
  • Brightening Serum (Merawat kusam, jeragat, parut)
  • Acne Fighting Serum (serum untuk jerawat)
  • Anti Aging Serum (Merawat kedutan)

Untuk merawat masalah kulit muka kusam dan jerawat, anda boleh mengamalkan Hydrating Serum atau Brightening Serum untuk kulit kusam. Manakala untuk merawat jerawat pula boleh gunakan Acne Fighting Serum. 

Serum Untuk Kulit Kusam

Anda boleh memilih salah satu serum untuk merawat sel kulit mati samada Hydrating Serum atau Brightening Serum. Ini kerana kedua-dua serum ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi untuk merawat dan meresap ke dalam sel kulit. Antara jenama serum yang dicadangkan adalah:

Neutrogena Hydro Boost Capsule In Serum

Sephora Ultra Glow Serum Vitamin C+E

Produk Hilangkan Kulit Muka Kusam

Serum Untuk Merawat Jerawat

Untuk masalah jerawat pula anda boleh gunakan Acne Fighting Serum dengan cara menitikkan serum anti jerawat ini pada bahagian jerawat sahaja. Serum ini mempunyai lactic acid yang berfungsi untuk membersihkan liang pori yang tersumbat dan menyebabkan jerawat. Antara jenama serum yang kami cadangkan adalah:

EUCERIN Pro Acne Super Serum

Serum Hilangkan Parut Jerawat Di Watson

Akhir Kata

Hampir semua orang pernah mengalami masalah kulit muka kusam dan berjerawat ini. Kondisi kulit ini boleh dirawat dan sembuh jika menggunakan kaedah yang betul serta penggunaan serum rawatan yang sesuai. Jika anda mahu lebih info berkenaan skincare, boleh rujuk ke artikel produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan. Semoga bermanfaat!

Kredit glowwe 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top