Table of Contents
Cara hilangkan kencing manis atau dikenali sebagai diabetes adalah masalah kesihatan yang semakin meningkat di seluruh dunia. Penyakit ini berlaku apabila tubuh tidak dapat mengawal paras gula dalam darah dengan baik. Ramai yang beranggapan bahawa penyakit kencing manis hanya boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan, tetapi sebenarnya terdapat cara untuk mengurangkan masalah kencing manis ini dan berkemungkinan juga boleh membalikkan (reverse) kencing manis ini. Di dalam artikel ini kami kongsikan cara hilangkan kencing manis tanpa ubat untuk tujukan anda.
Boleh ke Reverse Diabetes?
Menurut Dr. Eric Berg, seorang pakar dalam bidang pemakanan dan kesihatan, diabetes jenis 2 boleh dibalikkan tetapi memerlukan komitmen yang tinggi. Beliau menekankan bahawa langkah utama untuk membalikkan diabetes adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dan amalan berpuasa berperingkat (intermittent fasting). Langkah-langkah ini membantu tubuh untuk mengawal kadar gula dalam darah dengan lebih baik dan meningkatkan kepekaan insulin.
Dr. Berg menjelaskan bahawa dengan mengurangkan atau mengamalkan diet zero sugar dan mengamalkan intermittent fasting, tubuh akan mula untuk pulih dan berfungsi dengan lebih efisien dalam mengawal kadar gula darah. Walaupun ini bukanlah penyelesaian segera, ia memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi untuk penurunan kadar gula darah dan peningkatan kesihatan tubuh badan.
4 Cara Hilangkan Kencing Manis Tanpa Ubat
Jika anda sedang mengalami kencing manis tahap awal langkah-langkah ini anda boleh lakukan sebagai permulaan untuk mengawal kencing manis anda daripada menjadi lebih teruk. Untuk menghilangkan kencing manis ini memerlukan disiplin yang tinggi dan mengambil masa yang lama dalam mencapai kesan yang positif. Berikut adalah beberapa cara yang boleh diamalkan untuk menghilangkan kencing manis tanpa pengambilan ubat:
Kurangkan Pengambilan Gula
Salah satu langkah paling utama dalam mengawal kencing manis adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dalam seharian. Pengambilan gula dalam diet harian boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah yang mana boleh memburukkan keadaan diabetes. Pastikan anda peka dengan setiap hidangan anda makan kerana mungkin terdapat hidden sugar atau gula tersembunyi yang anda tidak sedar.
Mengurangkan pengambilan gula tidak hanya bermaksud menghindari makanan manis, tetapi juga melibatkan pengambilan karbohidrat yang ditukar menjadi gula dalam tubuh. Ini termasuk roti putih, nasi putih, dan makanan berproses yang tinggi kandungan gula tersembunyi.
Ubah Diet Harian kepada Zero Gula & Kurang Karbohodrat
Mengubah diet harian kepada diet yang bebas gula boleh membantu mengawal diabetes dengan lebih baik. Antaranya adalah dengan menggantikan makanan tinggi gula dengan makanan yang lebih sihat seperti sayur-sayuran, protein tanpa lemak, dan lemak sihat seperti minyak zaitun dan avokado.
Mengamalkan diet rendah karbohidrat juga boleh membantu dalam mengurangkan kadar gula dalam darah. Ini kerana semua jenis karbohidrat akan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat. Pastikan dan mengawal pengambilan karbohidrat dan elakkan mengambil karbohidrat komplek yang boleh menyebabkan gula dalam darah meningkat dengan mendadak.
Amalkan Intermittent Fasting
Intermittent fasting atau puasa IF adalah satu lagi cara yang berkesan untuk mengawal kencing manis. Ia sebenarnya adalah pattern diet untuk makan dan bila untuk tidak makan. Diet IF ini mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh badan termasukkan untuk mengawal paras gula dalam darah. Puasa ini membantu mengurangkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan kepekaan insulin.
Terdapat pelbagai jenis intermittent fasting, tetapi antara yang paling popular adalah puasa 16/8, di mana anda berpuasa selama 16 jam dan makan dalam tempoh 8 jam. Puasa ini memberikan tubuh masa untuk memproses makanan dengan lebih efisien dan membantu dalam mengawal kadar gula darah.
Senaman dan Riadah Setiap Hari
Aktiviti fizikal seperti bersukan dan bersenam adalah satu lagi komponen penting dalam mengawal kencing manis. Senaman membantu tubuh untuk menggunakan gula dalam darah sebagai tenaga, ini boleh mengurangkan lebihan sumber tenaga (energy) dalam badan termasukkan lebihan gulai. Ini sekaligus mengurangkan risiko untuk mengalami kencing manis.
Melakukan senaman secara konsisten, seperti berjalan kaki, berlari, berenang, atau berbasikal, boleh memberikan kesan positif terhadap kawalan paras gula dalam darah. Selain itu, senaman juga membantu dalam meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.
Akhir Kata & Kesimpulan
Menghilangkan kencing manis tanpa ubat perlu dilakukan dengan komitmen yang tinggi terutamanya pada perubahan gaya hidup dan diet. Dengan mengurangkan pengambilan gula setiap hari, mengamalkan diet bebas gula, berpuasa IF, dan melakukan senaman secara konsisten, anda boleh mengawal dan mungkin boleh membalikkan keadaan diabetes anda. Artikel berkaitan cara minum cuka epal untuk kurus.
Q&A
Kencing manis berlaku apabila tubuh tidak dapat mengawal kadar gula dalam darah dengan baik disebabkan oleh kekurangan insulin atau ketidakpekaan insulin.
Diabetes jenis 2 boleh dikawal dan dibalikkan melalui perubahan gaya hidup dan diet, tetapi ia memerlukan komitmen yang tinggi.
Antara tanda-tanda kencing manis tinggi termasuk kerap buang air kecil, kerap dahaga, cepat keletihan, dan penglihatan kabur.
Penurunan berat badan berlaku kerana tubuh tidak dapat menggunakan gula sebagai sumber tenaga dengan baik, menyebabkan tubuh menggunakan tenaga pada lemak dan otot sebagai gantinya.