Makanan turunkan kolesterol

Makanan Turunkan Kolesterol Simple & Murah

Makanan turunkan kolesterol menjadi bahan makanan keperluan kepada golongan yang telah menghadapi masalah kolesterol jahat @ LDL yang tinggi dalam badan. Dengan mengubah diet harian kepada makanan untuk turunkan kolesterol ini membantu menghilangkan pengumpulan plak kolesterol dalam pembuluh darah. 

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh mengurangkan paras kolesterol LDL ini, secara asasnya, makanan ini mempunyai kadar kolesterol yang rendah dan menyebabkan ia bagus untuk diambil dalam hidangan harian. Antara beberapa makanan yang bagus untuk kolesterol adalah seperti berikut:

7 Makanan Turunkan Kolesterol Di Malaysia

Berikut kami kongsikan beberapa jenis makanan yang membantu dalam menurunkan kolesterol di dalam badan. Makanan ini anda boleh peroleh di sekitar pasaraya @ secara dalam talian di Shopee dengan harga yang murah dan jimat. Selamat membaca..

Oats

Oat adalah sejenis makanan yang boleh didapati di kedai-kedai di Malaysia, walaupun oats bukan makanan rutin di Malaysia, namun bagi anda yang mempunyai masalah kolesterol boleh mencuba pengambilan oats ini untuk mengawal bacaan kolesterol tinggi dalam badan anda.

Oats mengandungi bahan serat larut dan tidak larut yang diperlukan oleh sistem badan, serat tidak larut ini membantu untuk kelancaran sistem organ badan. Manakala serat larut ini bagus untuk menyokong imun badan dari jangkitan penyakit dan menurunkan paras kolesterol jahat.

Buah Avokado

Avokado adalah buah yang mempunyai kandungan lemak saturated yang bagus untuk tubuh badan, malah sebiji avokado tidak mempunyai sebarang kolesterol. Kandungan monounsaturated fatty acid di dalam buah ini membantu untuk mengurangkan kolesterol LDL dalam badan. 

Kajian turut mendapati pengambilan buah avokado dalam menu harian selama sebulan boleh merangsang pengurangan kolesterol jahat dalam badan.

Buah Berry

Buah berry sangat terkenal sebagai makanan yang baik untuk organ jantung, terutamanya blackberry dan strawberry yang turut membantu dalam mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL dalam badan.  

Selain itu, buah berry ini juga mempunyai serat larut yang terbukti boleh mengawal paras kolesterol. Anda boleh memakan buah berry ini secara terus atau boleh dibuat jus untuk minuman harian anda.

Buah Epal

Buah epal juga mudah didapati di pasaraya Malaysia, yang baiknya epal ini bagus untuk mengurangkan paras kolesterol tinggi dalam badan. Selain mempunyai vitamin dan mineral untuk keperluan tubuh badan, bahan polyphenols 1 dan serat dalam epal ini membantu dalam merendahkan kolesterol. 

Kajian mendapati memakan 2 biji epal sehari selama sebulan boleh menstabilkan paras kolesterol dalam badan. 

Bawang Putih

Bawang putih adalah bahan yang sering dijadikan sebagai bahan tumis dalam masakan untuk menaikkan rasa dan aroma hidangan. Namun tahukah anda, bawang putih ini mempunyai kebaikan untuk menurunkan kolesterol jahat dalam badan.

Cara terbaik untuk mendapatkan khasiat bawang putih ini bukanlah dengan tumis, sebaliknya dengan cara makan mentah. Boleh tumbuk 3 ke 4 ulas bawang putih dan makan sebagai ulam bersama nasi.  

Kekacang

Kacang almond dan beberapa lagi kacang jenis daripada pokok, bagus untuk menurunkan kolesterol dalam darah. Kacang ini juga terkenal sebagai makanan yang bagus untuk sistem jantung. Namun perlu berhati-hati dengan pengambilan agar tidak keterlaluan kerana kekacang ini mempunyai kalori yang tinggi. 

Antara beberapa lagi jenis kacang untuk kolesterol adalah seperti berikut:

  • Kacang tahan
  • Walnut
  • Kacang gajus
  • Almond

Sayur-sayuran 

Satu fakta yang menarik adalah kolesterol ini hanya terdapat dalam makanan sumber daripada haiwan, tidak di dalam tumbuhan. Jadi anda selamat untuk mengambil sebarang jenis makanan daripada tumbuh-tumbuhan. 

Sayur-sayuran yang datang daripada pokok berdaun hijau adalah terbaik untuk merawat paras kolesterol tinggi selain ia turut membekalkan zat untuk tubuh manusia. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Yams
  • Brokoli
  • Kangkung
  • Kubis
  • Bell pepper

Minyak Zaitun

Minyak zaitun adalah bahan makanan yang terkenal sebagai antioksidan yang turut bermanfaat untuk turunkan paras kolesterol jahat LDL.  Selain minyak zaitun, terdapat juga beberapa jenis minyak yang membantu dalam menurunkan paras kolesterol antara:

  • Minyak canola
  • Minyak jagung
  • Minyak sunflower
  • Minyak kacang

Untuk pengambilan minyak zaitun ini anda boleh minum 1 sudu sehari atau boleh dituang ke dalam air rebusan sayur-sayuran. Untuk digunakan sebagai tumis anda perlu memilih jenis minyak zaitun yang khas untuk tumis agar khasiatnya terpelihara apabila terkena haba.

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Cholesterol checker : https://shp.ee/e3rbt2p

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Walnut : https://shp.ee/cspvy2p

Hazelnut : https://shp.ee/rf86gfp

Akhir Kata

Cara Menurunkan Kolesterol ini tidak sukar, cuma anda perlu lebih tegas dalam pemakanan harian dengan pengambilan makanan yang kurang @ zero kolesterol. Makanan-makanan ini juga mempunyai banyak khasiat lain untuk kesihatan sistem organ badan. Semoga bermanfaat.

error: Content is protected !!
Scroll to Top