Cara Merawat Kulit Kusam

Cara Merawat Kulit Kusam | 7 Tips Simple

Cara merawat kulit kusam perlu dijadikan rutin harian bagi mereka yang mengalami masalah kulit kusam di wajah. Realitinya, kulit wajah mudah terdedah dengan pelbagai risiko yang menjadi punca kepada berlakunya masalah kulit kusam, oleh itu, cara penjagaan kulit muka kusam yang betul perlu untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk. 

Berita baiknya, kini terdapat banyak produk seperti krim dan face mask yang boleh diamalkan untuk merawat masalah kulit kusam ini. Di dalam slot kami ini kami kongsikan beberapa cara merawat kulit kusam yang boleh diamalkan dalam rutin harian anda. 

Ciri-Ciri Kulit Kusam

Kulit kusam boleh berlaku apabila banyak sel kulit berkumpul di permukaan kulit muka. Keadaan ini menyebabkan kulit mengalami kekeringan, sel kulit rosak, dan proses pembentukan sel kulit baru menjadi lambat.  

Kulit kusam ini boleh berlaku di semua peringkat umur disebabkan punca-punca tertentu. Akibatnya, kulit akan mula menjadi kasar dan tidak rata seterusnya menjadi kusam dan tidak bermaya. Antara ciri-ciri kulit kusam adalah:

  • Banyak Sel Kulit Mati
  • Kedutan
  • Kulit kekeringan
  • Kulit kasar dan tidak sekata
  • Toner kulit tidak sekata

Gambar kulit kusam

7 Cara Merawat Kulit Kusam Di Rumah

Seperti juga masalah kulit yang lain, kulit kusam juga boleh dirawat di rumah dengan beberapa amalan rutin harian. Rutin rawatan ini anda boleh lakukan tanpa sebarang produk, walaubagaimanapun kami cadangkan anda menggunakan beberapa jenis produk untuk memudahkan lagi proses rawatan kulit kusam anda. 

Urut Lembut Kulit Anda

Untuk mendapatkan kulit muka yang sihat anda perlu membersihkan kulit anda dari make up setiap hari. Disinilah anda perlu membasuh muka anda dengan lembut bagi mengelakkan iritasi berlaku.

Jangan gunakan sabun mandian biasa untuk membasuh kulit muka kerana boleh menyebabkan kulit semakin kering dan iritasi seperti

  • Kemerahan
  • Kulit kesat
  • Kulit sensitif

Sebaiknya anda boleh gunakan minyak pencuci muka yang sesuai untuk kulit kusam. Yang paling popular adalah jenis cleansing milk cosmoderm untuk memberi kelembaban pada permukaan kulit kusam. 

Elakkan Guna Air Suam @ Panas

Bagi mereka yang mengalami kulit kusam, kurang @ elakkan menggunakan air yang suhu tinggi. Ini kerana air panas akan menghilangkan semua cecair@minyak semulajadi dan boleh menyebabkan kulit semakin iritasi. Sesetengah keadaan juga akan menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan dan berkemungkinan besar mudah terkena jangkitan bakteria. 

Seeloknya, gunakan air suam-suam kuku sahaja untuk membasuh muka dan gunakan pelembab yang bersifat semulajadi seperti minyak kelapa dan minyak almond. 

Lakukan Exfoliate

Dengan melakukan rutin exfoliate ini akan membantu kulit dalam membersihkan sel kulit mati pada permukaan kulit muka. Ini akan memberikan sel kulit baru lebih ruang untuk terdedah pada krim rawatan seperti serum dan mositurazer. 

Terdapat banyak jenis exfoliate yang boleh didapati, pastikan anda memilih bahan exfoliate yang sesuai dengan jenis kulit muka anda bagi mengelakkan sebarang kesan samping.

Jenis exfoliate

  • Fizikal exfoliate.
  • Chemical exfoliate. 

Untuk jenis chemical exfoliate seeloknya dan merujuk doktor dahulu sebelum penggunaan. Selepas melakukan exfoliate ini pastikan anda sapu krim moisturizer untuk melindungi sel kulit baru yang terdedah.

Amalkan Rawatan Serum

Serum adalah sejenis bahan rawatan untuk merawat sel kulit pada wajah. Disebabkan tekstur serum yang cepat menyerap, anda boleh sapukan serum ini dua kali sehari. Terdapat banyak jenis serum yang boleh didapati antaranya adalah:

  • Vitamin C
  • Vitamin B3
  • Ferulic acid
  • Resveratrol

Serum vitamin C adalah bahan yang paling terbaik dalam merawat kulit kusam selain boleh membaiki toner wajah.  

Amalkan Penggunaan Moisturizer

Kajian mendapati dengan mengamalkan moisturizer sebanyak dua kali sehari boleh menyokong kesihatan kulit daripada pelbagai kerosakan. Antara kebaikan moisturizer adalah:

  • Membaiki dan melindungi lapisan kulit
  • Menyerap kedalam kulit untuk mengekalkan kelembapan
  • Menghalang kulit daripada kering

Amalkan Penggunaan Retinoids

Mungkin ramai yang belum tahu retinoids adalah sejenis vitamin A untuk kulit. Vitamin A ini membantu dalam merangsang sel kulit baru. Amalan penggunaan retinoids ini akan memberikan sel kulit yang baru tumbuh lebih kuat dan matang. Amalkan sebanyak 2 kali seminggu untuk menyokong sel kulit baru.

Amalkan Penggunaan Sunscreen

Cara merawat kulit kusam yang paling mudah sekali adalah dengan mengamalkan krim pelindung cahaya UV. terdapat banyak jenis krim pelindung UV di pasaran, untuk di malaysia boleh sahaja menggunakan SPF 30 @ ke atas lebih baik.

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk

Cleansing Milk Cosmoderm : https://shp.ee/bt6uebz

Scrub Muka : https://shp.ee/zd83ndh

Serum Vit C : https://shp.ee/udyeieh

Retinoids : https://shp.ee/ytu5hxz

SPF 30 : https://shp.ee/ffu569z

Akhir Kata

Kulit muka kusam adalah antara kondisi kulit yang sering berlaku pada ramai orang, berita baiknya masalah kulit kusam ini boleh dirawat dengan cara dan rutin penjagaan kulit wajah yang betul. Anda boleh juga membaca artikel produk hilangkan kulit muka kusam untuk info lebih lanjut berkenaan produk yang bagus untuk kulit kusam.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top