Apa Itu Migrain

Apa Itu Migrain? Punca & Rawatan Sakit Kepala Migrain

Apa itu migrain?

Apa Itu Migrain? migrain adalah sakit kepala yang berlaku secara kerap di sebahagian kepala sahaja, migrain ini juga biasa dikenali sebagai “vascular headache”. Walaubagaimanapun, biasanya sakit kepala ini akan merebak ke seluruh kepala pesakit. 

Untuk sesetengah pesakit, sakit kepala akan menyebabkan rasa hendak muntah, loya, cirit-birit dan boleh membawa kepada sensitif terhadap cahaya dan bunyi.

Punca migrain

Secara asasnya saluran darah akan membekalkan darah ke seluruh organ badan termasuk bahagian kepala dan otak, namun adakala saluran darah ke otak ini akan mengembang diluar dari normal, urat saraf pada bahagian dinding saluran kepala akan terangsang dan menghantar isyarat ke otak, maka terjadinya sakit kepala atau biasa dipanggil sebagai migrain.

Terdapat beberapa punca dan sebab berlakunya pembesaran tidak normal pada saluran darah, antaranya ialah:

  1. Stress atau tekanan harian
  2. Pengambilan minuman keras
  3. Sesetengah jenis makanan seperti keju, kopi, dan teh
  4. Tidur yang terganggu
  5. Perubahan hormon badan
  6. Merokok

Apa Itu Migrain & Jenis-jenis Migrain

Terdapat 2 jenis migrain iaitu Migrain Klasik dan Migrain Biasa

Migrain Klasik: Migrain ini terjadi apabila sebelum sakit kepala berlaku, pesakit akan merasa tanda-tanda awal sebagai “tanda amaran”. Antara tanda-tanda awal sebelum sakit kepala seperti ternampak kilauan cahaya, zigzag, kebas, dan sukar bertutur dengan baik. Rasa sakit kepala akan merebak selepas tanda-tanda awal ini hilang.

Migrain Biasa: migrain jenis ini biasa dialami oleh kaum wanita, rasa sakit kepala akan datang secara tiba-tiba tanpa ada tanda awal.

Rawatan migrain

Sakit kepala migrain boleh diatasi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, urus stress dengan baik, jaga pemakanan dan elakkan pemakanan yang tidak sihat seperti banyak memakan makanan proses.

Gejala-Gejala Migrain

Sakit kepala

Sakit kepala adalah gejala yang paling biasa dialami apabila migrain, kebiasaannya denyutan sakit kepala ini berlaku pada bahagian sebelah kepala sahaja, namun adakala boleh merebak hingga ke dua-dua belah bahagian kepala kiri dan kanan. 

Sakit kepala seperti denyutan ini akan beransur pulih secara perlahan-lahan dalam tempoh 8 ke 72 jam. Bergantung kepada individu, sakit kepala ini mungkin sederhana sahaja, tapi ada juga yang sangat sakit sehingga mengganggu aktiviti kerja harian. Serangan migrain ini boleh berlaku sekali dalam beberapa bulan atau jika serius boleh menyerang secara kerap dalam seminggu

Tanda-Tanda Awal Migrain

Tanda-tanda sebelum berlakunya sakit kepala ini biasanya berlaku antara 1 ke 15 minit,

  1. Penglihatan: antara tanda migrain adalah apabila penglihatan akan hilang sementara, terdapat sinar cahaya garisan zig-zag sebelum hilang dari penglihatan
  2. Akan merasa kebas pada anggota tangan, bibir, dan muka
  3. Mengalami masalah percakapan
  4. Terhidu atau sesuaitu ayang aneh, keliru dalam pemikiran.

Punca sakit kepala Migrain

Terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya migrain, antaranya ialah:

Makanan

  1. Minuman yang beralkohol
  2. Buah-buahan citrus
  3. Kopi
  4. Keju, yogurt, kacang

Persekitaran

  1. Merokok atau menghidu asap rokok
  2. Cahaya yang terang dan mengganggu penglihatan
  3. Bunyi bising
  4. Bau yang terlalu kuat

Psikologi

  1. Kemurungan
  2. Cemas
  3. Marah
  4. Keletihan
  5. Tekanan

Ubat-ubatan

  1. Rawatan hormon
  2. Ubat tidur
  3. Ubat perancang keluarga.

Punca-punca lain berlakunya Migrain

1. Migrain apabila haid (Menstrual migrain). Migrain ini berlaku semasa datangnya haid sahaja dan hilang selepas kitaran haid habis

2. Abdominal migraine. Serangan ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak, kanak-kanak akan mengalami sakit perut dalam beberapa jam.

3. Ocular migraine. Serangan ini berlaku pada penglihatan samada kehilangan semua atau sebahagian penglihatan mata. Terdapat juga kes yang mana berlaku pergerakan mata yang tidak normal

4. Hemiplegic migraine. Serangan ini berlaku dalam bentuk sakit kepala dan rasa lesu pada badan. Ia juga boleh mengakibatkan berlakunya angin ahmar atau strok

5. Basilar-type migraine. Tanda-tanda serangan ini adalah seperti menjadi buta sementara, melihat imej yang berganda, rasa pening seperti berputar, dan pertuturan yang tidak jelas.

Anda juga meminati artikel Apa Itu Darah Tinggi

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di shopee mall. Tekan link promo di bawah.

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

error: Content is protected !!
Scroll to Top