Punca Sakit Kepala Yang Ramai Perlu Tahu

Punca sakit kepala biasanya tidak diketahui bagi sesetengah orang ramai walaupun mereka sering merasa sakit terutamanya apabila berada di tempat kerja. Jika serangan sakit kepala ini berlaku dengan kerap, maka sudah semestinya akan mengganggu aktiviti harian seseorang.

Perbezaan sakit kepala biasa dan Migrain

Ramai juga yang tidak tahu untuk membezakan samada mengalami sakit kepala atau migrain. Keadaan ini tidak pelik kerana kedua-kedua situasi ini mempunyai simptom yang sama iaitu berasa sakit di bahagian kepala. 

Migrain adalah sakit kepala yang lebih teruk berbanding sakit kepala biasa yang mana boleh disertakan bersama beberapa tanda atau simptom migrain antaranya ialah:

Simptom-simpton migrain

  1. Rasa loya dan hendak muntah
  2. Penglihatan kabur
  3. Penglihatan sensitif apabila terlihat cahaya
  4. Merasa aura sebelum berlaku sakit kepala migrain 

Sakit kepala biasa pula hanya rasa sakit kepala yang lebih ringan berbanding sakit kepala migrain.

7 punca sakit kepala yang anda perlu tahu

1. Stress
Stress adalah punca utama sakit kepala, kebiasaannya masalah stress ini datang daripada tempat kerja, masalah kewangan, dan juga masalah keluarga. Stress yang gagal dikawal akan menyebabkan tekanaan pada otot di belakang leher dan kepala dan akan menyebabkan sakit kepala

2. Diet / Pemakanan
Sakit kepala yang berpunca dari pemakanan ini biasanya melibatkan masalah alahan/alergic terhadap suatu hidangan makanan. Sakit kepala disebabkan alahan makanan adalah yang paling ramai alami. 

Sakit kepala disebabkan alahan makanan ini akan mengambil masa untuk bertindak balas, ini kerana makanan akan dicerna terlebih dahulu. Bagi yang mengalami alahan makanan akan mengambil masa 1 ke 2 jam untuk merasa sakit kepala. Antara makanan alahan yang menyebabkan sakit kepala adalah:

Makanan penyebab sakit kepala:

  1. kopi / ceffeine
  2. Pemanis buatan
  3. Alkohol / minuman keras
  4. Coklat
  5. MSG
  6. Daging yang diawet
  7. Keju
  8. Acar / jeruk

3. Persekitaran
Persekitaran sekeliling juga boleh memberi kesan sakit kepala kepada sesetengah individu. Terdapat individu yang akan mengalami alahan secara bermusim, contohnya resdung dan selsema juga boleh menyebabkan sakit kepala. Selain itu, cuaca juga boleh mempengaruhi sakit kepala kerana badan akan cuba adaptasi cuaca sekeliling. 

4. Hormon
Sakit kepala akan berlaku secara tiba-tiba apabila hormon estrogen naik secara mendadak. Bagi mereka yang mengalami masalah lebihan hormon estrogen ini boleh mengambil ubatan seperti concentrated cruciferous untuk menstabilkan hormon estrogen. 

Shopee: Estrogen Balance with DIM

5. Kurang tidur

Sudah pastinya seseorang yang kurang atau tidak cukup tidur akan mengalami sakit kepala. Sakit kepala disebabkan kurang tidur ini biasanya akan menyerang bahagian tulang belakang ke atas kepala akan merasa berdenyut-denyut.

6. Hempedu
Apabila saluran yang menyambungkan hati dan hempedu terhalang, maka akan berlakunya simptom sakit kepala di bahagian belah kiri kepala. Saluran ini biasanya terhalang apabila tidak cukup garam bile (bile salt).  

7. Ubat-ubatan
Bagi sesetengah orang akan meresa lega dari sakit kepala apabila pengambil aspirin. Namun adakala sakit kepala ini akan datang semula selepas rasa lega. Terutamanya apabila pengambil ubatan jenis concentrated aspirin acetyl menophane sleeping pills ibuprofen.

Akhir kata

Sakit kepala adalah simptom yang boleh mengganggu aktiviti harian, mengetahui punca sakit kepala ini sedikit sebanyak boleh memberi pengetahuan kepada orang ramai untuk tahu apa yang perlu bagi mengelakkan punca sakit kepala ini berlaku.

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC: 
7 Causes of a Headache: https://youtu.be/yqAoHqi-yjs

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version