Cara Nak Hilangkan Blackhead

7 Cara Nak Hilangkan Blackhead Dan Whitehead di Muka

Cara nak hilangkan blackhead adalah dengan menjaga kebersihan kulit muka dan mengamalkan rutin penjagaan skincare yang baik. Blackhead adalah masalah kulit yang biasa dihadapi oleh ramai orang. Kondisi ini terbentuk disebabkan oleh pori-pori yang tersumbat, namun dengan penjagaan kulit muka yang betul, masalah ini akan dapat dikurangkan. Artikel ini akan menerangkan cara-cara berkesan untuk menghilangkan blackhead di muka anda.

Menghilangkan blackhead memerlukan pendekatan menjaga kebersihan dan rutin skincare yang baik dan konsisten. Dari penggunaan pencuci muka dengan salicylic acid, exfoliate dengan AHA dan BHA, hingga menggunakan clay mask dan retinol, setiap langkah memainkan peranan penting dalam rutin skincare anda.

Punca Terjadinya Blackhead Pada Kulit Wajah

Punca utama terjadinya blackhead adalah:

  • Pori-pori tersumbat : Minyak, sel kulit mati, dan kotoran menyumbat pori-pori.
  • Penghasilan minyak berlebihan : Kulit berminyak lebih cenderung untuk membentuk blackhead dan whitehead.
  • Perubahan hormon : Hormon yang tidak stabil boleh meningkatkan pengeluaran minyak pada kulit.
  • Pemakaian produk yang salah : Produk yang boleh menyumbat pori-pori boleh memburukkan keadaan.
  • Tidak menjaga kebersihan kulit muka : Tidak menjaga kebersihan dan kesihatan kulit muka juga menjadi punca kesihatan pori-pori terjejas.

Dengan mengenal pasti punca terjadinya masalah blackhead ini kita akan mudah untuk tahu cara hilangkan blackhead dengan mengamalkan rutin skincare yang betul dan berkesan. Pastikan anda mengenal pasti jenama produk yang sesuai dengan kulit wajah masing-masing. 

Pencuci Muka Salicylic Acid

Salicylic acid adalah bahan yang sangat efektif dalam merawat dan mencegah blackhead dan whitehead. Ia membantu membersihkan pori-pori secara mendalam dan mengurangkan keradangan pada kulit

Salicylic acid ini berfungsi untuk mencuci liang-liang pori yang tersumbat pada wajah. Terdapat beberapa punca terjadinya liang pori tersumbat antaranya adalah:

  • Sel kulit mati
  • Minyak berlebihan
  • Bendasing (habuk dan sisa makeup)

Anda juga masih perlu untuk membasuh muka anda sekurangnya dua kali sehari dan menggunakan pencuci muka ini sekali sehari sahaja. Bagi anda yang alahan atau kulit sensitif, terdapat banyak produk pencuci muka yang ada di pasaran anda boleh cuba hinggalah sesuai dengan kulit wajah anda.

Produk yang mengandungi salicylic acid, seperti Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser, membersihkan kulit tanpa mengeringkan. Pembersih ini sesuai untuk penggunaan harian dan membantu kulit agar lebih bersih dan bebas bendasing.

Produk Cadangan:

Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser mengandungi 0.5% asid salisilik yang membantu merawat dan mencegah jerawat, membersihkan secara mendalam tanpa mengeringkan kulit. Produk ini memberikan kulit muka yang bersih, bebas jerawat, dan lembut setiap hari.

Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Soothing Cream Cleanser menggabungkan niacinamide dan salicylic acid untuk menenangkan dan membersihkan kulit, sesuai untuk kulit sensitif.

Minimalist 2% Salicylic Acid + LHA Cleanser direka untuk kulit yang berminyak dan mudah berjerawat, memberikan kawalan minyak dan jerawat tanpa mengeringkan kulit.

Exfoliate AHA dan BHA

Exfoliate adalah langkah penting dalam rutin penjagaan kulit untuk menghilangkan sel-sel kulit mati yang boleh menyumbat pori-pori. AHA dan BHA adalah bahan exfoliate yang popular digunakan sekarang.

AHA berfungsi di permukaan kulit untuk mengelupas sel kulit mati, manakala BHA menembusi lebih dalam ke dalam liang pori-pori untuk membersihkan kotoran dan minyak tersumbat. Menggunakan produk seperti SOME BY MI AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner dapat membantu mengurangkan blackhead dan whitehead anda.

Produk Cadangan:

SOME BY MI AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner mengandungi campuran AHA, BHA, dan PHA yang membantu mengelupas dan membersihkan kulit dalam masa 30 hari.

COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner membantu mengurangkan jerawat dan bintik-bintik hitam dengan penggunaan setiap hari.

SKINTIFIC 5% Aha Bha Pha Exfoliating Toner adalah exfoliator yang lembut namun efektif, membantu mengekalkan kondisi kulit bersih dan licin

Gunakan Skin Brush

Skin brush adalah alat yang berguna untuk membersihkan kulit secara luaran. Ia membantu mengeluarkan kotoran dan minyak berlebihan dari pori-pori, yang seterusnya mengurangkan pembentukan blackhead dan whitehead pada kulit wajah.

Menggunakan skin brush secara berkala dapat meningkatkan kecerahan dan tekstur kulit. Pilih brush yang sesuai dengan jenis kulit anda untuk hasil yang optimum.

Produk Cadangan:

Forever Electric Vibration Facial Cleaning Brush memberikan getaran lembut yang membantu membersihkan pori-pori dan meningkatkan peredaran darah.

3D Two Side Face Wash Cleanser Brush membersihkan kulit secara mendalam dengan fungsi spam brush yang lembut untuk kulit.

Hilangkan Blackhead dengan Retinol

Retinol adalah bahan yang kuat dalam merawat pelbagai masalah kulit termasuk blackhead dan whitehead. Ia membantu mempercepatkan pergantian sel kulit dan mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan.

Menggunakan produk yang mengandungi retinol secara berkala dapat membantu membersihkan pori-pori dan mencegah pembentukan blackhead dan whitehead baru. Pastikan anda menggunakan pelindung matahari kerana retinol boleh membuat kulit lebih sensitif terhadap cahaya matahari.

Produk Cadangan:

SOME BY MI Retinol Intense Reactivating Serum Essence mengandungi retinol yang membantu memperbaharui sel kulit dan mengurangkan pori-pori tersumbat.

VIBRANT GLAMOUR Natural Retinol Face Cream membantu meremajakan kulit dan menghilangkan bintik-bintik hitam.

Gunakan Clay Mask

Clay mask adalah pilihan yang baik untuk menghilangkan minyak berlebihan dan membersihkan pori-pori. Ia membantu membersihkan kotoran dan minyak dari dalam pori-pori, menjadikan kulit lebih bersih dan bebas blackhead.

Penggunaan clay mask sekali atau dua kali seminggu boleh membantu mengekalkan kebersihan kulit dan mengurangkan pembentukan blackhead dan whitehead.

Produk Cadangan:

SKINTIFIC Mugwort Clay Mask mengandungi ekstrak mugwort yang melembutkan kulit pada masa yang sama membersihkan pori-pori.

The Originote Mugwort B3 Clay Stick Mask adalah clay mask dalam bentuk stick yang mudah digunakan dan berkesan dalam membersihkan kulit.

Cuba Charcoal Mask

Charcoal mask terkenal dengan kemampuan menyerap minyak dan kotoran. Ia membantu membersihkan pori-pori secara mendalam dan mencegah pembentukan blackhead dan whitehead.

Anda dicadangkan untuk menggunakan charcoal mask ini sekali atau dua kali seminggu untuk memberikan kulit yang lebih bersih dan licin. Ia juga membantu mengecilkan ukuran pori-pori.

Produk Cadangan:

The Originote BHA Charcoal Clay Mask menggabungkan kebaikan charcoal dan BHA untuk proses pembersihan yang mendalam.

Vibrant Glamour Bamboo Charcoal Blackhead Remover adalah mask yang efektif dalam menghilangkan blackhead dan mengurangkan minyak berlebihan.

Bersihkan Makeup Sebelum Tidur

Membersihkan makeup sebelum tidur adalah langkah penting dalam penjagaan kulit. Makeup yang tidak dibersihkan dengan sempurna boleh menyebabkan pori-pori tersumbat dan akan berlakunya pembentukan blackhead dan whitehead.

Gunakan makeup remover yang lembut dan efektif untuk memastikan kulit muka bersih sebelum tidur. Ini membantu untuk mengekalkan kesihatan kulit muka dan membersihkan liang pori yang tersumbat.

Garnier Makeup Remover Micellar Water (Pink/Blue) membersihkan makeup dengan lembut dan tidak mengeringkan kulit.

The Originote Hyalurose Micellar Water Makeup Remover mengandungi hyalurose untuk membersihkan dan melembapkan kulit muka.

Akhir Kata

Menghilangkan blackhead dan whitehead memerlukan penjagaan kulit yang konsisten dan penggunaan produk yang betul. Dengan mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan, anda boleh memiliki kulit muka yang lebih bersih dan bebas cela. Baca juga artikel berkaitan Pelembab muka lelaki

Q&A

Scroll to Top