Kebaikan Tidur Yang Cukup & Berkualiti

Kepentingan Tidur yang cukup sangatlah penting namun ramai orang yang tidak endah akan kebaikan tidur yang cukup. Tidur adalah keadaan dimana tubuh badan berada dalam keadaan rehat. Jika tidak cukup tidur atau tidak cukup rehat maka akan mengganggu sistem tubuh.

Berapa lama waktu tidur yang cukup? 7 ke 8 jam sehari

Kajian mendapati semakin berumur seseorang akan mengalami pengurangan tempoh tidur sebanyak 2 jam. Secara purata tubuh seseorang memerlukan tidur dari 7 ke 8 jam sehari.  

Cara tidur dengan cepat 

Jika proses tidur terganggu pada waktu malam sudah semestinya akan mengganggu kerja harian pada waktu siang. Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk tidur dengan cepat antaranya:

1. Terlalu banyak cahaya/terang
Secara semulajdinya untuk tidur badan memerlukan berada di tempat yang gelap dari sebarang cahaya. Terdapat hormon yang memberi signal kepada anda untuk tidur dan memerlukan tempat yang gelap. Hormon melatonim akan bertukar menjadi serotonim yang bertujuan memberi signal untuk tidur. Untuk tidur dengan cepat tutup lampu dan elakkan sebarang cahaya di dalam bilik tidur. 

2. Menonton TV atau Talipon bimbit
Sedar tidak tidak rutin menonton tv adalah faktor sukar untuk tidur. Budaya ini tidak elok diamalkan terutamanya apabila hendak tidur. Cara terbaik untuk menggantikan rutin ini adalah dengan membaca buku. Kajian juga mendapati membaca sebelum tidur baik untuk perkembang minda kanak-kanak.

3. Rasa mengantuk pada lewat pagi
Terdapat juga orang yang mengalami masalah tidak mengantuk pada malam, tetapi rasa mengantuk akan datang apabila masuk waktu pagi dinihari. Ini salah satu penyebab kepada bangun lewat disebabkan tidur lewat. Masalah ini melibatkan adrenal. 

4. Terlalu bertenaga
Jika anda seorang atlet sukan atau gemar bersukan, sel badan anda akan mengembangkan mitochondria dan Merangsang tenaga. Badan akan mengeluarkan lebihan tenaga dan tidak merasa letih atau penat untuk tidur. 

Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan melakukan senaman untuk membakar lebihan tenaga tersebut. 

5. Sistem pencernaan
Sistem pencernaan berkait rapat dengan otak melalui saraf yang dipanggil saraf vagus. Jadi jika ada sesuatu pada sistem pencernaan seperti kembung, ciri-birit ia akan mempengaruhi otak. Bagi mengatasi keadaan ini elakkan makan berlebihan, dan jaga pemakanan harian dengan pengambil makanan yang sihat. 

Atau anda juga boleh mengambil ubatan kapsul untuk melegakan sistem pencernaan sebelum tidur. Terdapat 2 kapsul yang bagus untuk pencernaan iaitu kapsul cuka epal dan kapsul formula gallbladder untuk mengelakkan kembung.

Shopee:   kapsul cuka epal dan kapsul formula gallbladder

Faktor mempengaruhi kualiti tidur

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kualiti waktu tidur, antaranya ialah stress dan umur. Namun, yang menariknya juga apabila penggunaan barangan gajet juga boleh memberi kesan kepada kualiti tidur

Kini orang ramai kian bergantung terhadap alatan gajet seperti talifon bimbit, laptop, PC komputer, wifi, alatan wireless. Namun sedar atau tidak alatan ini menghasilkan gelombang EMF atau electromagnetic fields. Gelombang magnetik tidak kelihatan melalui mata kasar namun boleh dikesan melalui mesin gelombang. Gelombang ini boleh mempengaruhi badan dan menyebabkan mudah letih.

8 kebaikan tidur yang cukup

  1. Lebih bertenaga
  2. Minda lebih fokus
  3. Mudah belajar benda baru
  4. Mood sentiasa baik
  5. Lebih kreatif
  6. Selera makan menjadi normal, ini kerana tidur mempengaruhi gula dalam darah
  7. Aktiviti senaman lebih baik
  8. Lebih produktif

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di Shopee Mall. Tekan link Promo di bawah.

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC: 
11 Benefits of a Nap: https://youtu.be/xpkyh_VFCzY
How to Sleep Fast and Better – MUST WATCH | Dr. Berg: https://youtu.be/EX5Zdlm_2OI

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version