Tidur Terkejut? Ini 7 Sebab Anda Perlu Tahu

Setiap orang memerlukan waktu tidur yang baik setiap hari kerana waktu tidur ini adalah waktu tubuh badan berada dalam keadaan rehat. Namun terdapat juga individu yang mengalami masalah seperti tidur terkejut kejut di tengah malam. Keadaan ini bertambah teruk kerana akan mengganggu aktiviti harian pada keesokan pagi. Di dalam artikel ini membincangkan 7 sebab kenapa tidur terkejut kejut di waktu malam.

7 tidur terkejut kejut di tengah malam

1) Kandungan gula tinggi dalam darah

Jika anda mengalami diabetis maka anda akan mempunyai simptom terkejut tengah malam. Apa yang berlaku adalah cecair dalam badan akan mengikuti gula dan anda akan kerap berasa hendak membuang air kecil terutamanya tengah malam. Dengan membaiki bacaan gula dalam darah akan membantu mengurangkan rasa membuang air besar di tengah malam.

2) Tinggi hormon insulin

Point kedua ini adalah berkaitan dengan pertama iaitu hormon insulin. Hormon insulin ini akan merangsang sympathetic nervous system. Fungsi sympathetic nervous system ialah akan mengawal signal stress. Apabila terlalu banyak sympathetic nervous system badan tidak berupaya untuk menahan saluran kencing menyebabkan badan akan kerap nak membuang air kecil. 

3) Tinggi hormon kortisol

Hormon kortisol adalah hormon yang melibatkan stress. Hormon kortisol ini akan menggangu sistem badan ketika tidur dan menyebabkan seseorang tidur terkejut kejut. Gangguan ini biasanya berlaku pada jam 2 pagi dimana mengikut kajian pada waktu ini tidur seseorang adalah berada pada waktu yang berkualiti. 

Biasanya selepas terjaga individu akan sukar untuk tidur semula seterusnya menyebabkan badan keletihan di siang hari. Gangguan kartisol pada tidur ini kerap kali berlaku pada individu yang selalu stress. 

4)  Kopi dan teh

Kopi dan teh mengandungi kandungan keffin yang menyebabkan tidur terkejut kejut. Sistem pencernaan perlu mengambil lebih masa untuk hadam keffin ini. Jika anda meminati minuman kopi, anda boleh mengambil kopi pada waktu lain selain waktu malam sebelum tidur atau seeloknya pada waktu pagi sahaja.

5)  Terlalu banyak cahaya

Mungkin ramai yang memandang rendah akan hal ini tapi hakikatnya tidur akan terganggu kerana terlalu banyak cahaya lampu. Jika anda sentiasa berada di hadapan komputer, atau laptop, cahaya UV dari screen adalah tidak baik bagus untuk tidur. Ini kerana, secara semulajadinya badan memerlukan tempat gelap untuk tidur, jika terdapat cahaya maka badan akan meberi signal untuk terus berjaga daripada tidur. 

6) Tidur apnea

Bagi masalah tidur apnea ini boleh diatasi dengan pengambilan vitamin B1. Vitamin B1 ini membantu perkembangan minda yang baik untuk memperbaiki pernafasan. Selain itu, boleh juga pengamalkan diet rendah karbohidrat kerana karbohidrat menyebabkan badan memproses glukos untuk tenaga, dalam situasi berlebihan glukos akan menyebabkan kekurangan vitamin B1 dalam badan.

7) pH

Terdapat 2 situasi pH yang boleh menggangu tidur iaitu apabila badan berada dalam alkali dan badan berada dalam asid. 

Alkali

Simptom utama apabila badan terlalu alkali iaitu berlakunya kekejangan otot. Kekejangan otot ini berlaku apabila otot mula mengetat menyebabkan anda terjaga pada waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini anda boleh pengamalkan cuka epal. Cuka epal sangat membantu terutamanya apabila seseorang mengalami masalah perut kurang asid. 

Asid

Apabila badan terlalu berasid juga akan menumbulkan masalah seperti jantung berdebar-debar, rasa lesu dan rasa tidak pengantuk pada malam. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu mengalkalikan badan anda. Antaranya ialah dengan pengambil kalsium, magnesium, atau potasium dalam pemakanan.

Akhir kata

Badan manusia secara semulajadinya memerlukan rehat dan tidur yang cukup untuk sihat. Jika waktu tidur ini terganggu akan mengakibatkan aktiviti harian turut terganggu seterusnya berisiko untuk menghadapai masalah-masalah kesihatan yang teruk. Diharap 7 sebab tidur terkejut kejut ini boleh membantu anda untuk memperoleh waktu tidur yang berkualiti.

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di Shopee Mall. Tekan link Promo di bawah

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

 

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC: 
The 7 Reasons Why You Get Up During the Night : https://youtu.be/1COqq37F82Q

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version