5 Tips Untuk Kekal Sihat Sepanjang Masa

Apabila meningkat usia kebanyakan orang akan mengalami beberapa simptom-simptom awal penyakit, keadaan ini tidak pelik kerana mojoriti orang akan mengalami sakit seiring dengan peningkatan usia. Tahukah bahawa terdapat tips untuk kekal sihat yang boleh diamalkan untuk mengurangkan risiko di usia tua.

Di dalam artikel ini membincangkan 5 tips untuk kekal sihat sepanjang masa;

Punca kesihatan terjejas

Sebelum mengetahui lebih lanjut berkenaan tips untuk kekal sihat, sudah semestinya terlebih wajib untuk memahami punca kesihatan terjejas. Ini kerana kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada amalam harian individu itu sendiri yang sedar atau tidak memberi akibat buruk kepada tubuh badan. Apabila mengetahu punca kesihatan terjejas maka mudah untuk mengetahui tips untuk kekal sihat.

Terlebih air kosong

Air kosong atau H20 bukanlah suatu yang tidak baik untuk badan, namun dengan pengambilan air kosong terlalu banyak akan mengkibatkan tubuh badan hilang mineral dan elektrolit apabila kerap kali membuang air kecil. Ini disebabkan mitos yang disebarkan bahawa untuk sihat perlu minum 8L air kosong sehari adalah tidak benar. Cara betul untuk minum air kosong adalah minum ketika dahaga sahaja. 

Pengambilan protein kurang lemak (lean protein)

Salah satu penyebab kepada kegemukan adalah dengan pengambilan protein kurang lemak atau makanan yang kurang lemak tepu. Ini kerana protein kurang lemak akan meransang hormon insulin. Hormon insulin ini adalah hormon yang buat seseorang sentiasa lapar dan makan. 

Nak kurus untuk sihat

Ini adalah salah satu pemikiran yang salah kerana yang sebetulnya adalah perlu sihat dahulu untuk kurus. Dengan adanya pemikiran yang betul ini membantu untuk mengamalkan pemakanan yang sihat untuk tubuh badan seterusnya kurus/lemak hilang akan datang dengan sendiri. Fokus utama adalah untuk sihat. 

Kurangkan kalori untuk kurus

Untuk kurus perlu kurangkan kalori ia satu fakta yang betul, namun realitinya perlu pengambil kira kesan sampingan terhadap metabolisma badan dan nutrisi. Ramai yang terlalu ghairah hendak kurus dengan pengambil kalori yang sikit dan menyebabkan kesan sampingan seperti:

  • Metabolisma badan rendah
  • Nutrisi terganggu (kurus keding)
  • Kelaparan, dan akhirnya makan dengan banyak disebabkan rasa lapar yang tinggi
  • Stress dan dll

Terdapat juga mereka yang mengamalkan makanan yang tidak sihat semata-mata hendak kurangkan kalori. Akibat daripada keadaan ini akan mengakibatkan kesan sampingan yang lebih teruk badan badan.

Makan 5 ke 6 kali sehari

Ini ternyata adalah mitos semata-mata. Ini kerana semulajadinya apabila seseorang makan, badan akan menghasil hormon insulin yang menyebabkan rasa hendak makan lagi. 

Kurangkan gula

Hampir kesemua artikel menyatakan untuk sihat perlu kurangkan gula. Namun hakikatnya gula masih lagi banyak digunakan dalam pemakanan harian. Sebetulnya dan yang paling tepat adalah BERHENTI ambil gula dalam pemakanan.

 5 tips untuk kekal sihat 

Selepas memahami punca kesihatan terjejas, maka secara tidak langsung kita memperoleh tips untuk kekal sihat. Kunci utama disini adlaah hormon insulin. Apa sahaja diet atau pemakanan yang berupaya merendahkan ransangan hormon insulin, maka ia bagus untuk kesihatan.

Elakkan rangsangan hormon insulin

Apabila seseorang makan, secara semulajadinya badan akan menghasilakn hormon insulin yang memberi rasa berselera untuk terus makan. Masalahnya timbul apabila badan merangsang insulin terlalu banyak disebabkan beberapa makanan yang tidak betul.  

Cara terbaik untuk mengurangkan rangsangkan insulin adalah dengan pengambilan makanan yang rendah karbohidrat dan tinggi lemak tepu. Keto diet dalah salah satu diet terbaik untuk mengurangkan insulin dalam badan.

Berpuasa @ intermittent fasting (IF)

Berpuasa juga adalah salah satu cara untuk mengurangkan insulin kerana apabila makan insulin akan terangsang, maka begitulah sebaliknya. Yang menariknya, apabila seseorang berpuasa dengan tidak makan, sel-sel dalam badan akan “makan” sel-sel lemak di tubuh untuk menghasilkan tenaga maka berlakulah proses yang kita panggil “bakar lemak”

Selain itu, berpuasa juga telah terbukti memberi banyak manfaat antaranya boleh menghalang kanser, menurunkan berat badan, mentsabilkan gula dalam darah, baik untuk otak dan banyak lagi. Maka berpuasa adalah tips untuk kekal sihat  sepanjang masa.

Hidup sihat untuk kurus

Tips ini melibatkan mindset seseorang, untuk kurus wajib mengamalkan hidup yang sihat. Point disini adalah untuk fokus kepada amalan dan pemakanan yang sihat, secara tidak lansung badan akan kurus dan sihat. 

Amalkan keto diet

Keto diet adalah pemakanan yang tinggi lemak dan rendah karbohidrat, diet yang rendah karbohidrat ini terbukti berjaya mengurangkan insulin spike dalam badan. Yang manariknya apabila jika keto diet diamalkan dengan betul. Badan akan mengunakan lemak sebagai sumber tenaga untuk badan menjadikan anda membakar lemak sepanjang masa.

Senaman dan rehat

Tips terakhir adalah amalkan senaman dan rehat dengan teratur. Badan membakar lemak apabila sedang rehat, bukan pada waktu bersenam. Jika seseorang bersenam tanpa rehat yang cukup akan memberi kesan sampingan kepada tubuh badan. Jadualkan senaman anda seeloknya selang sehari bagi memberi masa kepada otot untuk recovery.

Akhir kata

Berdasarkan tips untuk kekal sihat di atas secara asasnya untuk mengamalkan budaya hidup yang sihat bukanlah suatu yang sukar. Apa yang anda perlu lakukan adalah perlu tahu cara dan bertindak dengan konsisten. Memiliki tubuh badan yang sihat di usia tua bukan suatau yang mustahil dengan syarat amalkan pemakanan yang baik dan sihat untuk tubuh badan.

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di Shopee Mall. Tekan link Promo di bawah

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

 

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC: 
The 5 Top Health Tips of All Time : https://youtu.be/xNoanoQ5syY

Scroll to Top