Table of Contents
Tahukah anda bahawa tanda masalah fungsi hati boleh diagnosis dengan melihat keadaan kaki pesakit. Namun harus diingat untuk lebih jelas dan kepastian anda harus pergi perjumpa doktor kesihatan anda untuk sesi diagnosis yang lebih tepat. Tanda masalah fungsi hati pada kaki ini hanyalah tanda dan indikator luaran masalah hati.
Bintik-bintik merah pada kaki
Bintik-bintik ini akan kelihatan pada kaki pesakit, ada diantaranya berbentuk bintik-bintik besar dan ada juga berbentuk bintik-bintik kecil. Kebiasaanya bintik-bintik merah ini timbul di bahagian belakang bawah kaki.
Bintik-bintik merah ini adalah tanda terdapat saluran darah yang kurang baik. Tanda ini juga boleh dilihat pada pesakit diabetis namun kebiasanya banyak pada pesakit hati. Tanda ini berlaku kerana fungsi jantung adalah untuk menyalurkan darah ke seluruh tubuh. Jika terdapat masalah pada hati atau jantung maka saluran vaskular turut akan mengalami masalah dan boleh dilihat di bahagian kaki.
Spider veins
Selain bintik-bintik merah, tanda masalah fungsi hati juga boleh dilihat apabila terdapat spider veins. Spider veins ini adalah masalah pada saluran vaskular yang mengakibatkan saluran vein timbul dengan ketara seperti sarang labah-labah. Keadaan ini berpunca daripada hati menghasilkan estrogen yang tinggi seterusnya memberi kesan sampingan pada saluran darah.
Tumit merekah
Tumit merekah adalah tanda masalah fungsi hati dimana ia adalah disebabkan kekurangan vitamin B3 atau kekurangan omega-3 asid lemak. Kurang vitamin B3 dan asid lemak ini disebabkan hati yang menghasil bile gagal untuk menyerap sepenuh zat-zat vitamin dan menyebabkan masalah pada kulit. Selain tumit merekah, kekurangan vitamin B juga akan mengakibatkan pellagra dan beberapa penyakit kulit lagi.
Kaki berbau busuk
Tahukah anda bahawa kaki berbau busuk juda adalah tanda masalah fungsi hati. Ini kerana hati gagal untuk detox dan menyebabkan gangguan pada kulit. Tambahan pula pemakanan yang tidak sihat menjadikan sistem pencernaan tidak menyerap zat-zat yang baik mengakibatkan gangguan pada kulit.
Pitting edema
Pitting edema ini adalah simptom yang biasa berlaku berpunca daripada masalah hati. Tanda masalah fungsi hati ini berlaku apabila kulit kaki akan temban dan apabila ditekan akan terbentuk lurah daripada tekanan tersebut disebabkan gangguan cecair dalam badan.
Fungi pada kulit
Individu yang mempunyai masalah pada fungsi hati akan menunjukkan tanda pertumbuhan tidak normal fungi pada kulit terutamanya pada kaki. Ini berlaku disebabkan disebabkan ketidak imbangan mikro flora di dalam usus menyebabkan kesan sampingan pada kulit luaran. Antara kesan lain seperti berlakunya kelemumur dan psoriasis.
Punca penyakit hati rosak
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kerosakan pada fungsi hati antaranya adalah:
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Pengambilan gula dalam tinggi
- Pengambilan makanan proses
- Kurang pengambilan sayur-sayuran
- Pengambilan alkohol
- Pengambilan protein berlebihan
Akhir kata
Tanda masalah fungsi hati pada kaki ini adalah indikator luaran yang boleh merujuk kepada masalah dalaman seperti masalah hati. Untuk lebih kepastian berkenaan masalah fungsi hati anda di nasihatkan untuk merujuk doktor kesihatan anda.
Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC:
9 Things Your Feet Can Tell You About Your Liver: https://youtu.be/CsTmgX32Uk8