Cara Menaikkan Metabolisma Badan Dengan Sihat

Salah satu perkara yang mempengaruhi berat badan seseorang adalah metabolisma badan, ramai orang yang mengalami kegemukan disebabkan oleh metabolisma badan yang perlahan. Namun tahukah bahawa terdapat cara untuk menaikkan metabolisma badan? 

Di dalam artikel ini membincangkan secara terperinci apa itu metabolisma badan perlahan dan cara menaikkan metabolisma badan dengan sihat.

Diet akan perlahankan metabolisma badan

Mungkin anda pelik tapi inilah fakta, seseorang yang sedang diet akan mengalami metabolisma badan yang perlahan. Manakala jika anda tidak pernah diet, makan metabolisma anda akan lebih cepat. 

Contohnya di sini boleh dilihat dalam The Biggest Loser, di dalam rancangan tersebut dilihat para peserta seolah-olah hilang berat dengan mudah dalam jangka masa yang singkat. Namun kesannya apabila mereka berhenti dari bersenam dan menjaga pemakanan berat badan mereka akan kembali naik. Buktinya boleh dilihat kebanyakkan para peserta The Biggest Loser mengalami simptom kegemukan setelah keluar dari rancang realiti tersebut.

Insulin menyebabkan metabolisma badan rendah

Hormon insulin adalah hormon yang menyebabkan kegemukan, dalam bab metabolisma badan juga punca metabolisma badan rendah adalah apabila insulin wujud di dalam tubuh badan seseorang akan menahan proses pembakaran lemak badan. 

Hormon insulin akan hadir apabila pengambilan karbohidrat yang banyak di dalam pemakanan harian, karbohidrat akan disimpan sebagai gula yang dipanggil glycogan di dalam lemak. Jika insulin ini tetap terangsang dan meningkat, maka semakin banyak gula/glukosa disimpan di dalam lemak badan. Ini akan menghalang dari pembakaran lemak semulajadi oleh badan manusia malah akan menyebabkan lemak bertambah atau obesiti.

Apabila berlakunya lebihan hormon insulin, kandungan gula dalam darah akan meningkat lebih dari normal, seseorang normal mempunyai kadar bacaan gula dalam darah antara 80 ke 90 sebelum makan, dan kandungan gula dalam darah ini akan naik hingga bacaan 120 selepas makan. Namun bagi seseorang yang mengalami insulin resistance kandungan gula dalam darah akan naik sehingga 140 selepas makan. Untuk lebih jelas graf seperti di bawah:

Simptom Paras Gula Dalam Darah Tinggi

Kenaikkan mendadak darah dalam gula ini akan menyebabkan simptom seperti:

  1. Kelesuan
  2. Gagal untuk fokus
  3. Lemak di perut meningkat
  4. Mengantuk lepas makan
  5. Perut kembung/buncit
  6. Sudah kenyang, berselera untuk makan

Simptom-simptom ini akn hilang dalam masa 3 ke 4 jam selepas makan, dimana bacaan darah akan kembali ke paras normal.

Cara menaikkan metabolisma badan

1. Mengamalkan cuka epal apple cider vinegar
Dengan meminum 2 sudu cuka epal sehari boleh membantu menstabilkan bacaan gula dalam darah. 2 sudu cuka apel campurkan di dalam segelas air kosong dan minum sebelum sarapan semasa perut masih kosong.

2. Makan makanan yang ditapai
Ramai tidak tahu bahawa dengan memakan makanan yang ditapai fermented food boleh mensatbilkan bacaan gula dalam darah. Manfaatnya sama seperti meminum cuka epal.  

3. Makan makanan tinggi potasium
sayur -sayuran adalah makanan semujadi yang mengandungi kandungan potasium yang tinggi. Malah kandungan potasium ini penting dalam proses menaikkan metabolisma badan. Amalkan memakan sayuran hijau samada secara mentah atau boleh dibuat jus.

4. Vitamin B1
Vitamin B1 membantu dalam merendahkan hormon insulin, pastikan membeli dari sumber nutrisi yis kerana terdapat Vitamin B1 yang dijual menggunakan sistetik.

5. Pengambilan serat
Serat berfungsi untuk melambatkan pengeluaran insulin badan. Banyakkan pengambilan serat di dalam hidangan harian bagus untuk menaikkan metabolisma badan

6. Elakkan stress
Apabila stress badan akan menghasilkan kortosol. Kortosol ini akan menghasil glukos dalam badan yang menggalak pengeluaran insulin.

7. Tidur dengan cukup dan bersenam
Tidur dan bersenam adalah aktiviti yang boleh merendahkan pengeluaran insulin dalam badan. Pastikan tidur minima 4 ke 6 jam sehari. Amalkan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu samada bermain bola, badminton, joging, mahupun berjalan cepat.

Kesimpulan

Gaya hidup yang sihat adalah kunci untuk memiliki tubuh badan yang sihat. Cara menaikkan metabolisma badan ini akan lebih baik jika diamalkan sekali bersama intermittent fasting (IF). apa itu diet IF? IF ini sebenarnya bukan diet tapi pattern bila hendak makan dan bila hendak berpuasa. Selamat mencuba!

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di shopee mall. Tekan link promo di bawah.

Halal Keto Food : https://shp.ee/g5hqijc

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC:
How to Fix a Slow Metabolism: MUST WATCH! | Dr. Berg: https://youtu.be/dt1DOJXAXFg

Scroll to Top