Produk Kecantikan Muka Yang Selamat Dan Berkesan

Produk Kecantikan Muka Yang Selamat Dan Berkesan | 5 Skincare Terbaik

Apakah jenama produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan untuk anda? Kebiasaanya apabila satu-satu produk sesuai dan “kena” dengan kulit wajah seseorang pastinya ia akan dibeli berulang kali. Penggunaan skincare ini berbeza mengikut jenama dan jenis kulit serta kondisi rawatan yang diperlukan. 

Untuk menyatakan produk skincare yang bagus dan berkesan adalah agak sukar kerana ia bergantung kepada jenis kulit dan keperluan semasa masing-masing. Walaupun begitu, asas rutin skincare tetap sama sahaja untuk semua orang iaitu:

Asas Penjagaan Kulit Wajah (mengikut urutan):

  • Pencuci wajah
  • Pelembab Muka
  • Pelindung Matahari (siang sahaja)

Bagi anda yang mempunyai kondisi kulit yang bermasalah seperti jeragat, jerawat, kulit kering dan kusam. Anda memerlukan beberapa tambahan skincare dalam rutin penjagaan harian anda. Antaranya adalah:

Skincare Keperluan Semasa:

  • Serum (untuk rawatan sel kulit)
  • Exfoliate (bersihkan sel kulit mati)
  • Toner (jika tidak pakai pon tak mengapa)

5 Produk Kecantikan Muka Yang Selamat Dan Berkesan

Berikut kami kongsikan 5 jenis skincare terbaik yang terdapat di pasaran Malaysia. Perkongsian ini adalah daripada glowwe yang turut dikongsikan di laman Youtube Channel beliau. Dimaklumkan bahawa 5 skincare ini adalah yang sesuai digunakan oleh beliau dan mungkin ia juga sesuai & tidak sesuai untuk anda. 

Perkongsian ini boleh memberi sedikit info berkenaan pemilihan produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan untuk anda. Antara skincare selamat dan terbaik adalah seperti berikut:

Toner

Disini kami kongsikan 3 jenis toner yang terbaik dan berkesan untuk kulit wajah. Ketiga-tiga toner ini sesuai untuk merawat kulit muka jenis sensitif dan berminyak. Kebaikan toner ini adalah:

  • Hilangkan kekusaman
  • Memberikan kelembaban
  • Merawat sel kulit sensitif

Hydrating Toner
SIMPLE Soothing Facial Toner 200ml

Exfoliating Toner
Glow Tonic

Toner Kulit Sensitif
Aquaporin Active Mist Spray 50ml

Moisturizer

Untuk pelembab muka ini dikhususkan untuk pengguna yang mempunyai kulit muka jenis berminyak. Mempunyai tekstur gel yang lembut dan membaiki kelembaban di permukaan kulit anda. 

Hada Labo Hydrating Watering Gel

Sunscreen 

Bagi anda yang sering melakukan aktivit di luar rumah anda mesti mempunyai krim pelindung daripada cahaya UV matahari. Keunikan sunscreen ini adalah ia mempunyai tekstur seperti foundation dan ia juga menjadikan makeup anda nampak lebih smooth dan cantik.

UV Aqua Rich Watery Essence SPF50 PA++++

Tips Membeli Produk Skincare Yang Berkesan & Selamat

Jika anda baru bermula untuk mengamalkan rutin penjagaan skincare pada kulit wajah, pastikan anda membeli produk pada isipadu yang kecil dahulu. Hampir semua produk mempunyai pilihan botol isipadu yang kecil pada harga paling murah. Jika berkesan dan selamat pada kulit anda barulah terus membeli pada isipadu yang besar.

Jika suatu skincare tidak sesuai dengan kulit anda, ia akan menunjukan tindak balas iritasi pada kulit, antara tanda skincare tidak sesuai adalah:

  • Kulit kemerah-merahan
  • Kegatalan
  • Rasa terbakar
  • Kulit melecur
  • Kulit mengelupas

Jika anda mengalami tanda-tanda ini maka stop penggunaan produk tersebut dan stop juga penggunaan bahan sama yang digunakan pada jenama yang lain. Anda tidak perlu risau kerana sekarang terdapat banyak jenis jenama skincare dengan pelbagai jenis variasi bahan yang bersesuaian dengan kulit wajah anda.  

Akhir Kata

Jika anda mempunyai kulit muka yang sensitif, anda tidak perlu risau kerana kini terdapat banyak jenis jenama yang menggunakan pelbagai variasi ramuan bahan yang boleh anda cuba. Jika anda sedang mengalami masalah kulit kusam berjerawat, boleh rujuk Serum Untuk Kulit Kusam Dan Jerawat untuk bantuan lanjut. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version