Makanan Tinggi Kolesterol Malaysia

Makanan Tinggi Kolesterol Malaysia (Wajib Tahu)

Disebabkan oleh makanan tinggi kolesterol Malaysia menjadikan gaya hidup aktif bersenam dan diet pemakanan yang seimbang adalah penting untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas. Tahukan anda bahawa setiap 1 dari 2 rakyat Malaysia mengalami masalah paras kolestrol yang tinggi? Iaitu hampir separuh populasi dewasa mengalami masalah tinggi kolestrol ini. 

Akibat paras kolestrol yang tinggi ini menjadikan ia berisiko untuk mengalami penyakit jantung, serangan stroke @ angin ahmar dan kegagalan buah pinggang. Oleh yang demikian, langkah-langkah mencegah harus diamalkan. Di dalam artikel ini kami kongsikan senarai makanan tinggi kolesterol Malaysia yang wajib anda tahu.

Apa Itu Kolesterol?

Dalam bentuk yang mudah difahami, kolesterol adalah sejenis bahan lembut dan berminyak yang dihasil oleh hati. Kolesterol ini dijumpai di dalam darah dan sel-sel badan. Secara umumnya manfaat kolesterol ini diperlukan untuk membina sel, tisu, hormon, vitamin D, & asid bile.

Kolesterol Sihat Atau Tidak?

Kolesterol adalah sejenis lemak di dalam badan, jadi kolesterol ini diperlukan untuk kegunaan seperti membina sel baru, mencerna makanan, dan merangsang hormon. Walaubagaimanapun, pengambilan kolesterol yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan masalah yang serius seperti gangguan aliran darah, dan serangan jantung. Kolesterol juga mempunyai beberapa jenis yang anda perlu tahu, iaitu:

Jenis-jenis kolesterol:

  • Low Density Lipoprotein (LDL)
  • High Density Lipoprotein (HDL)
  • Triglycerides (TGs)

Kolesterol LDL adalah jenis kolesterol yang tidak elok untuk tubuh manusia, jika tinggi paras LDL di dalam darah akan menyebabkan seseorang berisiko untuk mengalami serangan jantung yang tinggi. 

Kredit Public Health Malaysia

Makanan Tinggi Kolesterol Di Malaysia

Ternyata, faktor utama yang menyebabkan tingginya paras kolesterol jahat dalam darah adalah disebabkan pemakanan harian yang tinggi kolesterol. Disini kami kongsikan beberapa jenis hidangan menu di Malaysia yang mempunyai kolesterol yang tinggi dan tidak sesuai diambil dalam kadar yang banyak.

Rata-rata makanan ini adalah hidangan yang sering dan kerap diambil di dalam diet harian masyarakat di Malaysia. Jangan terkejut jika makanan favourite anda selama ini adalah menu yang tidak sihat untuk kesihatan jantung anda, antaranya adalah:

Makanan tinggi kolesterol: 

  • Nasi lemak
  • Roti canai
  • Nasi goreng seafood
  • Mee goreng
  • Kari ayam
  • Nasi briyani ayam
  • Chicken chop goreng
  • Mee Udang 
  • Char kuey teow
  • Mee rebus
  • Mee siam
  • Satay 
  • Rendang daging
  • Sambal telur
  • Ketam masak pedas
  • Sotong goreng

Berdasarkan senarai di atas, pastinya nasi lemak dan roti canai adalah hidangan yang popular di Malaysia, namun ia tergolong dalam hidangan yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dan perlu berhati-hati dalam pengambilan harian. Bukan itu sahaja, rata-rata makanan atas mempunyai kadar kalori yang turut tinggi, jadi anda perlu mengambil dalam jumlah yang sedikit sahaja.

Menurut rujukan persatuan jantung di Amerika, pengambilan kolesterol ini perlu dihadkan pada paras kurang daripada 300mg sehari. Tetapi, bagi anda yang telah mengalami masalah sakit jantung, kolesterol yang dibenarkan hanyalah di bawah 200mg sehari. 

Minyak Zaitun Untuk Rawat Kolesterol

Jika anda telah mengalami masalah paras kolesterol jahat yang tinggi, antara langkah awal yang anda boleh dilakukan adalah ubah diet pemakanan anda. Antara makanan yang terbukti boleh mengawal paras LDL adalah sejenis monounsaturated fat iaitu minyak zaitun.

Minyak zaitun juga bagus untuk menyokong kolesterol baik HDL dan menurunkan kadar kolesterol LDL. selain minyak zaitun, antara monounsaturated fat yang boleh diambil adalah:

  • Minyak canola
  • Kekacang. Seperti almonds, pecans, hazelnuts, dan walnuts.
  • Avocado

Anda juga dinasihatkan untuk menyediakan cholesterol checker di rumah agar lebih mudah untuk membuat pemeriksaan berkala. Anda boleh dapatkan alatan ini di Shopee pada harga yang jimat. 

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Cholesterol checker : https://shp.ee/e3rbt2p

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Walnut : https://shp.ee/cspvy2p

Hazelnut : https://shp.ee/rf86gfp

Akhir Kata

Tidak ada cara menurunkan kolesterol melainkan anda mesti mengubah cara pemakanan diet harian anda. Tidak salah untuk mengambil hidangan seperti nasi lemak dan roti canai, namun mesti pada kadar dan jumlah yang sesuai agar tidak berlebihan. Tambahan, anda juga boleh mengamalkan makanan turunkan kolesterol. Semoga bermanfaat!

Scroll to Top