Table of Contents
Tanda perut kurang asid
Kurang asid dalam perut mempunyai tanda utama iaitu ketidakhadaman atau rasa senak selepas makan. Rasa ketidakhadaman berlaku apabila terasa seperti sensasi makanan tersekat di dalam perut dan seperti tidak bergerak.
Malah sesetengah kes orang yang mengalami ketidakhadaman ini juga turut merasai keadaan seperti:
- Bloating atau kembung perut
- Sakit dada atau sakit perut
- Rasa loya dan muntah
- Sendawa
Tapi harus diingat 70 peratus keadaan kurang asid dalam perut ini adalah tiada penyebab, atau dengan kata lain asid perut akan berkurang dengan sendiri apabila umur mengikat. Kurang asid dalam perut juga boleh disebabkan beberapa faktor antaranya ialah
- Anxiety
- Pedih ulu hati atau gerd
- Stress
Stress adalah antara punca terbanyak yang mengakibatkan kurang asid dalam perut, manakala pedih ulu jati juga boleh menjadi punca kurang asid dalam perut.
Hypochlorhydria dan chlorhydria
Untuk kurang asid dalam perut biasanya akan dipanggil hypochlorhydria, manakala jika keadaan dimana tiada asid langsung di dalam perut dinamakan chlorhydria. Keadaan kurang asid dalam perut ini perlu untuk diketahui bahawa apabila umur meningkat, kebanyakkan orang akan mengalami kurang asid dalam perut, disebabkan itu ramai yang mengambil ubat yang silap dan menjadikan keadaan lebih teruk seperti mengambil antacids. Dengan pengambil antacids ini keadaan kurang asid dalam perut akan makin berkurang dan menyebabkan berlakunya simptom seperti :
- Deman panas
- Selsema
Asid di dalam perut ialah hydrochloric asid
Kebiasaanya pH normal bagi hydrochloric asid sepatutnya dalam lingkungan 0.8 hingga 1.5 dan boleh mencapai ke 3, dalam lingkungan ini keadaan adalah sangat asid. Kombinasi hydrochloric asid dan enzim pepsin dalam perut ini yang membantu untuk mencerna makanan di dalam perut.
Apa yang mengganggu proses pencernaan di dalam perut adalah apabila lapisan mukus yang menjadi nipis. Kerosakan lapisan mukus pada dinding perut ini antaranya disebabkan kurang mineral zink. Selain itu, penipisan lapisan mukus ini juga boleh menyebabkan berlakunya ulser perut dan gastritis.
Fungsi hydrochloric asid & kesan akibat kekurang di dalam perut
- Mencerna protein menjadi amino asid
Jika kurang asid dalam perut makan akan berlakunya masalah dalam mencerna protein (incomplete protein digestion) - Membunuh microb
Membunuh microb seperti bakteri, fungus, yis, dan virus, jika kurang asid dalam perut maka semua microb akan masuk dan merebak ke dalam sistem pencernaan badan. - Menyerap mineral
Apabila kurang asid dalam perut akan berlaku masalah untuk memisahkan mineral dari makanan yang dimakan maka akan berlaku masalah kekurangan mineral dalam badan.
Solusi kepada kurang asid dalam perut
Bagi mengatasi masalah kurang asid dalam perut ini, anda boleh pengambil betaine hydrochloride. Untuk mengambil betaine hydrochloride ini anda haruslah tidak mempunyai masalah ulser perut dan gastritis.
Betaine hydrochloride adalah ubatan yang paling selamat dan mudah untuk diamalkan. Anda boleh mengambil beberapa biji sebelum hidangan makan anda dan merasa kesan seawal beberapa jam, namun ada sesetengah kes yang memerlukan beberapa hari dan minggu untuk menghilangkan kesan.
*Penting
Jika anda merasa sakit apabila mengambil betaine hydrochloride, makan berkemungkinan anda mengalami ulser perut atau gastritis.
Anda juga meminati Apa Itu Migrain
Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di Shopee Mall. Tekan link Promo di bawah.
Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au
Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk
Kredit :
Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC : https://www.youtube.com/watch?v=8TCsWyI2xSA