Apa Itu Darah Tinggi

Apa Itu Darah Tinggi? Komplikasi & Rawatan Darah Tinggi

Apa itu darah tinggi?

Apa Itu Darah Tinggi? darah tinggi atau biasa dikenali sebagai hipertensi ialah penyakit yang boleh mengakibatkan beberapa kompliksi pada organ badan pesakit malah jika tidak dirawat boleh membawa kepada kematian.

Tekanan darah

Fungsi jantung adalah seperti mesin pam untuk mengepam darah ke seluruh badan. Cara bacaan tekanan darah akan diukur dalam 2 bacaan iaitu 140/75.

Punca hipertensi kebiasaanya tidak diketahui, walaubagaimanapun berikut adalah antara punca-punca yang berkait rapat.

  1. Ubatan (steroid)
  2. Buah pinggan yang bermasalah
  3. Genetik
  4. Minuman alkohol dan merokok

Hipertensi ini biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda pada peringkat awal. Pesakit akan mengalami sakit dan pening kepala yang mana dianggap sakit biasa.

Komplikasi tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi akan mengakibatkan komplikasi pada organ-organ badan yang lain antaranya otak, jantung, buah pinggan dan mengakibatkan kerosakan. Berikut adalah kerosakan pada organ badan:

  1. Jantung – kegagalan jantung dan mati mengejut
  2. Pembuluh darah – saluran pembuluh darah menjadi keras
  3. Buah pinggan – kegagalan buah pinggang
  4. Mata – Berlaku pendarahan & kerosakan pada kawasan sensitif mata
  5. Otak- Angin ahmar

Senarai komplikasi di atas boleh sembuh jika dirawat pada peringkat awal

Rawatan tekana darah tinggi

 

Darah tinggi boleh dirawat tanpa ubat, antaranya ialah

  1. Dapatkan rehat yang cukup
  2. Mengurus stress dengan baik secara tidak lansung membantu merawat tekanan darah tinggi seterusnya mencegah komplikasi
  3. Dapatkan berat badan yang ideal. Dapatkan berat badan yang ideal boleh membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Kira kalori harian anda agar tidak melebihi dari keperluan.
  4. Berhenti merokok dan alkohol. Sayangi jantung anda, berhenti merokok dan minum minuman keras alkohol.
  5. Kawal pengambilan garam harian anda,. Elakkan mengambil lebih dari 6 gram sehari, bersamaan dengan 1 ¼ sudu kecil atau 3 sudu kecil serbuk perasa
  6. Bersenam & diet yang sihat. Amalkan senaman dan jaga pemakanan yang sihat untuk kesihatan anda. Banyakkan buah dan sayur sayuran dalam hidangan harian anda. Berhenti ambil makanan yang diproses dan makanan yang tinggi kalori. Amalkan juga senaman ringan, walaupun sekadar berjalan setiap hari boleh menyelamatkan nyawa anda.

Anda juga meminati Apa Itu Migrain

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di shopee mall. Tekan link promo di bawah.

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

Scroll to Top