Table of Contents
Cuka epal sejak turun temurun mempunyai banyak kebaikan terutamanya untuk kuruskan berat badan tetapi ia turut mempunyai keburukan cuka epal. Cuka epal adalah hasil penapaian jus epal hingga menjadi asid secara semulajadi. Walaupun mempunyai banyak khasiat cuka epal tidak bermakna anda boleh mengambil dalam jumlah yang berlebihan.
Di dalam artikel ini membincangkan keburukan cuka epal apabila diambil berlebihan.
4 Keburukan Cuka Epal
Denyutan jantung meningkat
Keburukan cuka epal apabila diambil secara berlebihan adalah akan mengakibatkan denyutan jantung meningkat. Ini berlaku kerana badan berada dalam keadaan terlalu asid. Akibatnya seseorang yang mengalami peningkatan dalam denyutan jantung sukar untuk tidur atau mengalami insomnia.
Sukar untuk bernafas
Salah satu kesan apabila badan berada dalam keadaan tinggi asid adalah akan mengalami gangguan sukar untuk bernafas. Tarikan nafas akan terasa lebih singkat berbanding biasa. Akibatnya, kebanyakan orang akan mengalami anxiety dan mengganggu aktiviti harian.
Boleh menghakis gigi
Cuka epal adalah bersifat asid, maka setiap kami meminum cuka epal akan berisiko menghakis lapisan pada gigi. Keburukan cuka epal adalah biasa kerana setiap kali minum, air minuman akan terkena pada gigi. Oleh itu dicadangkan agar menggunakan straw setiap kali pengambilan cuka epal bagi mengurangkan risiko cuka epal menghakis gigi. Elakkan juga keman atau berkumur air minuman cuka epal ini.
Rasa pedih di tengkuk
Cuka epal adalah berasid, maka jika diambil secara berlebihan di dalam minuman akan mengakibat kan rasa pedih di bahagian kerongkong sebaik sahaja minum cuka epal. Semasa minum cuka epal dan anda merasakan pedih di bahagian leher itu tanda kandungan cuka epal terlalu banyak di dalam air.
Waktu dilarang mengambil cuka epal
Selain dari keburukan cuka epal, terdapat juga situasi badan dimana dilarang untuk pengambil cuka epal iaitu:
Semasa ulser perut
Ulser perut adalah keadaan dimana lapisan dinding perut menipis dan menjadi sensitif terhadap makanan tertentu. Cuka epal yang bersifat asid akan merangsang sensitiviti pada lapisan dinding dan menyebabkan mengalami kesakitan, kembung perut, dan ketidakhadaman selepas makan.
Semasa gastritis
Gastritis adalah keadaan dimana berlakunya keradangan pada lapisan kulit perut. Sama seperti ulser kesan sampingan gastritis apabila mengambil cuka epal adalah akan terasa sakit, kembung, dan ketidakhadaman.
Untuk mengatasi kedua-dua masalah ini anda harus berhenti dahulu meminum cuka epal untuk mengelakkan kesan keburukan cuka epal menjadi teruk. Sangat digalakkan untuk pengamalkan keto diet dan intermittent fasting (IF) untuk proses sembuh yang lebih cepat.
Selain itu anda juga disarankan untuk memakan sayuran daun hijau seperti kubis yang sangat baik untuk merawat dinding perut. Anda juga boleh mengamalkan pengambilan probiotik yang sangat baik untuk sistem pencernaan terutamanya usus.
Cara minum cuka epal dengan betul
Sebelum pengambilan cuka epal anda harus ingat bahawa cuka epal adalah sejenis cecair yang berasid namun ia kurang asid berbanding cuka-cuka lain dalam masakan. Cara minum cuka epal dengan betul adalah dengan mengambil 2 sudu besar cuka epal dan dicampurkan dengan segelas air kosong.
Cara minum cuka epal dengan betul
- Segelas air kosong
- Campurkan 2 sudu sahaja cuka epal sehari
- Minum sebelum makan atau masa perut kosong
Kesilapan ramai orang apabila mengambil lebih dari 2 sudu cuka epal sehari dan tidak malarutkan cuka epal di dalam air kosong. Secara tidak langsung pengambilan dos berlaku secara berlebihan maka berlakulah kesan keburukan cuka epal.
Artikel berkaitan : Kebaikan Air Lemon
Akhir kata
Secara saintifiknya terdapat banyak kebaikan cuka epal pada tubuh badan manusia, namun pastikan pengambilan cuka epal dengan cara yang betul bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak baik. Selamat mencuba!
Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di Shopee Mall. Tekan link Promo di bawah
Halal Keto Food : https://shp.ee/9pxth72
Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au
Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk
Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC:
Side Effects of Apple Cider Vinegar (ACV) & Kombucha Tea – Dr.Berg: https://youtu.be/3lbA-UL7Sqo
Feeling Worse with Apple Cider Vinegar (ACV)? https://youtu.be/q2HThyEtD2g