Khasiat Cuka Epal & Lemon | Cara Minum Cuka Epal Untuk Kurus

Cuka adalah bahan masakan yang biasa digunakan di dalam masakan, tahukah anda bahawa cuka sebenarnya mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Malah terdapat cuka yang dijual untuk dijadikan sebagai perasa tambahan dalam minuman untuk tujuan kesihatan. 

Di dalam artikel ini membincangkan kebaikkan dan khasiat cuka epal dan lemon.

Kebaikan Cuka Epal (Apple Cider Vineger)

1. Menghalang lemak dari berkumpul
Cuka epal mengandungi asid acetic yang berfungsi untuk menghalang lemak dari berkumpul. Cuka epal akan mempengaruhi gula dalam darah dan memperbaiki sensitiviti insulin dan mengurang insulin resistance. Maka dengan ini akan menghalang lemak daripada terkumpul.

2. Melancarkan sistem pencernaan
Cuka epal akan merangsang pengeluaran bile dari hati, merangsang pankreas mengeluarkan enzim. Jika anda mengalami simptom perut kembung atau ketidakhadaman selepas makan, pengambilan 1 ke 2 sudu cuka epal di dalam air akan melegakan rasa kembung dan ketidakhadaman. 

3. Menstabilkan gula dalam darah
Menstabilkan kadar gula dalam darah dan mengurangkan dari berlakunya insulin resistance. 

4. Mengurangkan lemak di hati
Mengurangkan lemak hati “fatty liver” ini kerana lemak hati berpunca dari lebihan insulin

Kebaikan Lemon

1. Mengandung segala kebaikkan vitamin C. 
Pastikan untuk mendapatkan lemon jus dari sumber yang semulajadi dan organik. Ini kerana jus lemon yang telah dibotol kebanyakkan telah diproses dan memusnahkan enzim semulajadi lemon yang diperlukan. 

2. Menigkatkan glutathione
Apa itu glutathione? Glutathione adalah antioksida yang bagus untuk tubuh manusia terutamanya pada hati.

3. Melindungi hati dari rosak
Jus lemon mengandungi pelbagai phytonutrients. Selain vitamin dan mineral, phytonutrients juga sangat penting untuk melindungi sel-sel daripada sebarang bendasing kimia. Hati adalah organ yang berfungsi untuk detox sebarang racun dan kimia, jadi hati memerlukan anti oksida tambahan dari sumber makanan. 

4. Citric acid
Menghalang dari terbentuknya batu karang dengan menyerap oxalates di buah pinggang

Cara minum cuka epal untuk kurus

Cuka epal dan lemon boleh diambil secara berasingan dan juga boleh dicampur. Tapi elakkan pengambil cuka epal lebih dari dos yang ditetapkan. Untuk mengelakkan berlakunya kesan sampinngan ambil hanya 2 sudu besar cuka epal sahaja sehari.

Resepi cuka epal dan lemon jus

Bahan yang diperlukan

  1. Cuka epal (ACV)
  2. Sebiji lemon
  3. Segelas air kosong
  4. Ais batu
  5. Stevia (jika mahu)

Cara-cara

  1. Perah 1 biji lemon segar, ambil airnya
  2. Campurkan dengan segelas air kosong
  3. Masukkan 2 sudu besar cuka epal 
  4. kacau hingga sebati
  5. Boleh tambahkan ais untuk rasa sejuk
  6. Boleh tambahkan stevia untuk rasa lebih sedap

*elakkan mengambil cuka epal lebih dari 2 sudu besar sehari.

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di shopee mall. Tekan link promo di bawah.

Cuka Epal : https://shp.ee/p7ts86q

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC: 
Apple Cider Vinegar and Lemon Water for the Liver: https://youtu.be/eqQnJIx17io

Scroll to Top