cara diet yang betul

Cara Diet Yang Betul Tanpa Perlu Bersukan

Anda mencari cara diet yang betul dan berkesan untuk hilangkan lemak berlebihan? Bagi anda yang ingin turunkan berat badan berlebihan pastinya memerlukan menu diet yang betul untuk diamalkan setiap hari. Terdapat beberapa jenis diet yang anda boleh amalkan, di dalam slot kali ini kami kongsikan cara diet yang berkesan dan bagus untuk kesihatan anda.

Diet yang betul bukan sahaja berkesan untuk turunkan berat badan, namun ia juga bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya. Jangan terkejut kalau ada orang yang boleh kurus dengan memakan makanan ringan sahaja, nak tahu kenapa? semuanya kami akan kongsikan di dalam artikel ini. 

Bagi anda yang mencari produk @ barangan yang rekomendasikan, anda boleh dapatkan melalui butang Shopee yang disediakan. Jangan lupa untuk tebus voucher percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini. Jom kurus sihat!

Cara Diet Yang Betul & Berkesan

Untuk turunkan berat badan, anda perlulah terlebih dahulu faham bagaimana lemak berlebihan ini berfungsi dan terbentuk pada tubuh anda. Untuk pengetahuan anda, lebihan lemak pada badan akan terhasil apabila pengambilan kalori anda lebih daripada keperluan harian anda. Lebihan tenaga inilah akan disimpan di dalam bentuk lemak pada badan, jadi lemak anda adalah sumber tenaga lebihan badan anda.

Oleh sebab itu, untuk turunkan berat badan anda mestilah mengambil kalori harian kurang daripada keperluan anda, keadaan ini dipanggil defisit kalori. Apabila anda berada dalam defisit kalori setiap hari, badan anda akan mula menggunakan tenaga lebihan pada badan anda @ lemak badan untuk dijadikan tenaga, di sinilah proses bakar lemak akan berlaku secara semulajadi. Inilah sebab terdapat individu yang boleh kurus dengan hanya memakan makanan ringan sahaja, kerana pengambilan kalori masih lagi dibawah keperluan harian.

Jenis Diet Untuk Kurus & Sihat

Anda mungkin terdengar pelbagai jenis diet yang ada di laman sosmed, kesemua diet untuk kurus ini masih lagi memerlukan anda untuk berada dalam defisit kalori untuk turunkan berat badan. Namun terdapat perbezaan dari segi jenis makanan dan kekerapan waktu makan yang menjadikan proses bakar lemak lebih cepat dan sihat.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, disini kami kongsikan beberapa jenis diet yang berkesan dan sihat untuk kesihatan tubuh badan anda. Jenis diet ini adalah rekomendasi daripada pakar dan boleh dijadikan rujukan samada pemula mahupun sesiapa sahaja. Berikut adalah jenis diet yang anda boleh amalkan:

Diet Rendah Kalori (sesuai untuk beginner)

Jika anda baru sahaja ingin turunkan berat badan, diet rendah kalori dan seimbang ini adalah yang paling sesuai. Ini kerana anda tidak perlu pengubah kekerapa makan anda, cuma anda perlu gantikan menu harian anda kepada makanan yang rendah kalori dan sihat @ eat clean.

cara diet yang betul

Jangan terkejut jika anda makan lebih kerap apabila amalkan diet seimbang ini, namun disebabkan setiap hidangan anda makan berkalori rendah, maka anda tetap berada dalam defisit kalori setiap hari. Diet ini sangat sesuai untuk pemula kerana ia boleh mengelakkan anda menahan berlapar dan boleh mengawal selera makan secara beransur-ansur.

  • Sarapan pagi
  • Snack
  • Makan tengahari
  • Snack
  • Makan malam
  • Snack

Berikut adalah beberapa jenis makanan rendah kalori yang anda boleh masukkan ke dalam senarai menu hidangan anda setiap hari. Anda boleh olah dengan cara sendiri mengikut selera anda yang penting jumlah kalori mestilah terkawal.  

Makanan rendah kalori:

  • Buah epal
  • Buah orang
  • Betik
  • Pisang
  • Strawberries
  • Tomato
  • Timun dan timun cina
  • Asparagus
  • Lobak merah
  • Brokoli
  • Kubis
  • Bawang putih
  • Kacang kuaci
  • Kacang almond
  • Telur rebus
  • Ikan (jangan goreng)
  • Ayam (jangan goreng)
  • Sup
  • Susu dan yogurt rendah lemak

Terdapat banyak lagi makanan rendah kalori yang anda boleh cari, anda boleh menggunakan makanan-makanan ini di dalam menu hidangan anda, namun pastikan anda olah dengan cara yang sihat seperti salai, panggang, bakar, atau stim, elakkan daripada goreng @ deep fries.

**Dapatkan barang keperluan anda pada harga Promosi di Shopee Mall. Link Shopee Mall berada di hujung artikel ini. 

Keto Diet

Bagi anda yang inginkan hasil yang lebih cepat, anda boleh fokus kepada diet yang popular @ dikenali sebagai keto diet, namun anda perlu lebih disiplin untuk dapatkan hasil yang cepat ini. Keto diet ini adalah diet rendah karbohidrat dan tinggi lemak, iaitu seperti berikut:

Lemak : 60% ke 80%
Protein : 10% ke 30%
Karbohidrat : 5% ke 10%

cara diet yang betul

Kredit gambar : kemin

Untuk amalkan keto diet ini anda perlu lebih tegas dalam menu hidangan harian anda, ini kerana diet ini bertujuan untuk meletak badan anda dalam kondisi ketone, yang mana badan menggunakan lemak @ tenaga lebihan pada badan sebagai sumber tenaga harian, menjadikan proses membakar lebih lebih cepat.

Namun, anda perlu berhati-hati dalam pengambilan makanan agar tidak mengambil karbohidrat dan gula yang banyak. Jika ini berlaku secara semulajadi badan akan terkeluar daripada kondisi ketone. Makanan untuk keto diet ini sangat strict sehinggakan anda dilarang untuk mengambil buahan yang tinggi gula seperti buah epal dan pisang. Berikut adalah antara makanan yang anda boleh ambil untuk keto diet:

Makanan mesra keto diet:

  • Daging ikan
  • Daging ayam
  • Cheese organik
  • Telur 
  • Kekacang
  • Buah avocado
  • Buah berry
  • Kopi tanpa gula
  • Teh hijau
  • Minyak kelapa
  • Minyak zaitun
  • Lemon

Makanan tidak mesra keto diet:

  • Tepung
  • Buah-buahan manis
  • Air jus
  • Madu
  • Makanan proses

Ini adalah info secara ringkas tentang keto diet, ternyata untuk keto diet ini anda perlu lebih banyak pantang larang untuk dapatkan hasil yang cepat. Kebiasaannya keto diet ini dilakukan bersama-sama IF diet untuk dapatkan hasil lebih super cepat dan sihat. 

IF Diet

IF diet ini sebenar bukan bukanlah diet, tetapi lebih kepada puasa @ pattern bila hendak makan dan bila untuk tidak makan. Tujuan Diet IF ini adalah untuk pastikan badan anda berada dalam kondisi ketone agar proses bakar lemak badan lebih cepat. IF diet ini biasanya diamalkan bersama-sama keto diet untuk hasil lebih cepat.

IF diet dan keto diet ini sangat popular terutamanya di eropah dan kian trending di Malaysia. Ini ditambah pula IF diet ini juga banyak diamalkan oleh pelakon-pelakon hollywood untuk dapatkan bentuk tubuh yang cantik dan sihat untuk lakonan Movie. 

cara diet yang betul
Cara Diet IF Yang Betul (Bonus)

IF diet adalah salah salah satu cara untuk kuruskan berat badan yang semakin popular sejak kebelakangan ini. Terdapat banyak jenis cara pemakanan @ diet yang anda boleh cuba untuk hilangkan lemak berlebihan pada badan anda. Kesemua diet ini mempunyai konsep yang sama untuk kurus iaitu badan mesti berada dalam defisit kalori agar badan menggunakan [email protected] untuk memberi tenaga sepanjang hari.

Perbezaan semua diet untuk kurus ini adalah pada jenis makanan yang dimakan dan juga kekerapan masa untuk makan dan masa untuk tidak makan, konsep untuk kurus tetap sama iaitu anda mesti berada dalam defisit kalori. Berikut adalah antara waktu puasa IF diet yang anda boleh jadikan rujukan:

  • 16 jam puasa, 8 jam makan
  • 20 jan puasa, 4 jam makan

Untuk IF diet anda perlu menahan diri anda daripada pengambil sebarang bentuk kalori sepanjang masa berpuasa, dan hanya mengambil nutrisi daripada sumber makanan yang berkalori rendah sahaja. Anda hanya boleh mengambil kalori pada waktu makan sahaja dan mesti kembali berpuasa selepas waktu makan habis. 

Antara makanan yang anda boleh ambil semasa waktu puasa adalah:

  • Jus lemon
  • Kopi tanpa gula
  • Wheat grass 
  • Teh hijau
  • Air kosong
  • Minyak kelapa
  • Cuka epal
  • Air garam

Diet IF ini boleh memberikan hasil yang cepat dan berkesan untuk menurunkan berat badan, namun sama seperti keto diet, anda perlu lebih disiplin dalam menahan diri daripada mengambil sebarang bentuk kalori sepajang hari. Malah terdapat juga yang mengamalkan IF diet ini secara serius iaitu berpuasa selama 23 jam dan hanya makan dalam masa 1 jam sahaja.

Untuk IF diet ini tidak sesuai untuk diamalkan oleh semua orang memandangkan terdapat beberapa golongan yang mengalami masalah penyakit dan faktor usia. Anda dinasihatkan untuk meminta rujukan doktor dahulu sebelum mengamalkan IF diet ini. 

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Rolled Oat : https://shp.ee/s4u96rj

Dutch Lady Milk Full Cream : https://shp.ee/53rzdaj

Dried Fruit : https://shp.ee/87yfesj

Kekacang : https://shp.ee/evcc7nj

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Walnut : https://shp.ee/cspvy2p

Hazelnut : https://shp.ee/rf86gfp

Akhir Kata

Cara diet yang betul dan berkesan adalah sangat penting bagi mengelakkan anda tidak membuang masa, tenaga, dan wang ringgit dengan mengamalkan diet yang tidak menjadi. Mengamalkan menu hidangan seimbang dengan memakan hidangan rendah kalori secara kerap adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan rasa lapar sepanjang hari. Namun pastikan anda memakan makanan yang sihat @ eat clean sahaja untuk hasil yang konsisten. Mahu lebih banyak info diet? Boleh terus ke slot Jadual Makanan Diet. semoga menfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top