makanan diet malam

Makanan Diet Malam

Anda mencari makanan diet malam yang sihat dan menyangkan perut anda sepanjang malam? Bagi anda yang sedang dalam diet untuk turunkan berat badan pastinya anda tercari-cari makan malam untuk diet yang sihat agar tidak berasa lapar sepanjang malam. Di dalam slot ini kami kongsikan menu diet makan malam yang sihat untuk rujukan anda. 

Terdapat banyak versi menu makan malam diet yang anda boleh tiruvasi dan jadikan sebagai makan malam anda. Malah dengan menu yang betul juga anda boleh diet makan malam yang sihat dengan kos yang jimat dan murah. Di dalam artikel ini juga kami akan kongsikan beberapa menu diet makan malam yang dikongsikan oleh warganet untuk rujukan anda. 

Makanan Diet Malam Untuk Kurus

Tahukah anda makan malam yang sihat dan teratur juga boleh mempengaruhi kesihatan tubuh badan dan membantu anda untuk memperoleh bentuk tubuh yang ideal dan sihat. Namun bagitu, anda mestilah lebih disiplin dalam jenis menu makan malam diet agar badan menerima nutrisi yang perlu untuk recovery semasa tidur.

Berikut adalah beberapa jenis menu makanan diet malam yang anda boleh masukkan ke dalam senarai makan malam anda. Bahan-bahan ini anda boleh olah dan masak mengikut masakan kegemaran ataupun boleh saja dijadikan makanan ringan @ snacking sebelum tidur. 

Anda boleh dapatkan makanan ini secara dalam talian di Shopee melalui butang Shopee yang kami sediakan. Jangan lupa untuk tebus Voucer percuma Shopee yang kami sertaka di hujung artikel ini. Berikut adalah beberapa menu diet makan malam untuk rujukan anda.

Sup

Menu sup adalah hidangan yang paling bagus untuk kesihatan tubuh badan, menu sup ini juga sangat bagus untuk dijadikan hidangan makan malam. Anda boleh sahaja mengenakan sebarang jenis bahan yang ada di dapur rumah anda untuk dijadikan sup. Bukan sahaja enak dimakan, sup juga sangat mudah untuk disediakan. 

Sup ayam dan sup sayuran antara menu makan malam yang ideal untuk kesihatan tubuh badan anda. Anda boleh masukkan bahan seperti herba untuk jadikan sup anda lebih sihat untuk tubuh anda semasa tidur nanti. Sup juga makanan yang mudah untuk dihadam sebelum anda tidur dengan lena.

Salad & Buah-Buahan

Jika anda dalam proses turunkan berat badan, menu hidangan makan malam terbaik adalah salad dan juga buah-buahan. Namun pastikan anda tidak campurkan dengan mayonis kerana kebanyakkan mayonis ini mempunyai kalori yang tinggi. Anda juga perlu memilih salad yang rendah kalori, antaranya adalah:

  • Sprouts salad
  • Bean salad
  • Avocado salad
  • Kimchi salad

Anda juga boleh mengambil buah-buahan diwaktu malam, untuk buahan ini pastikan anda memilih buah yang kurang manis dan rendah kalori. Terdapat banyak jenis buah-buahan yang bagus untuk dimakan sebelum tidur, antaranya adalah:

  • Tomato
  • Avocado
  • Lemon
  • Guava
  • Pisang
  • Epal hijau

Anda boleh juga menggunakan buah-buahan ini untuk dijadikan sebagai minuman jus tanpa gula untuk diminum sebelu tidur. Selain itu, anda juga boleh campurkan sayur dan buahan ini untuk dijadikan sebagai smoothie setiap malam. 

Ikan @ Ayam Bakar

Jika anda inginkan makan malam sedikit berat tapi sihat, anda boleh hidangkan daging ikan atau ayam yang dibakar @ dipanggan. Anda boleh perap dengan perapan herba dan sos, namun pastikan anda menitik beratkan kalori dalam setiap perapan ikan @ ayam bakar ini. 

Seeloknya anda panggan sahaja isi ikan dan ayam ini dengan minyak zaitun dan campuran beberapa daun herba seperti rosemary dan juga jus lemon. Anda boleh juga masak isi ikan & ayam ini di atas kuali non-stick untuk lebih mudah dan cepat. Ingat kira kalori setiap hidangan anda ya. 

Susu & Yogurt

Tahukah anda dengan mengamalkan minum susu segar setiap malam sebelum tidur boleh membantu anda untuk tidur dengan lebih baik. Kajian juga turut mendapati susu boleh membakar lemak badan anda semasa tidur. Secawan susu setiap malam juga boleh mengurangkan selera makan dan menjadikan anda boleh tidur dengan baik. 

Anda boleh amalkan minum susu segar setiap malam sebelum tidur @ boleh juga campurkan bersama-sama oat untuk dijadikan hidangan makan malam setiap hari. Namun elakkan minum susu berperisa yang telah dicampur dengan gula dan perasa tambahan, ia boleh menambah pengambilan kalori dalam diet harian anda. Pengambilan susu segar ini bagus sebagai sumber protein berkualiti untuk pertumbuhan otot badan.

**Dapatkan susu segar Dutch Lady pada harga Promosi di Shopee Mall. Link Dutch Lady Shopee Mall berada di hujung artikel ini. 

Oat

Oat adalah makanan yang tidak asing lagi terutamanya bagi mereka yang sedang diet untuk kuruskan berat badan. Oat adalah makanan yang mengandungi serat larut yang tinggi yang boleh membuatkan anda cepat kenyang dan mengurangkan selera makan. 

Walaupun oat ini biasa dinikmati semasa sarapan pagi, anda boleh jadikan menu oat ini sebagai makan malam untuk membantu anda kenyang sepanjang malam. Namun pastikan anda elakkan mengambil jenis oat yang telah diproses atau jenis instant oatmeal kerana telah dicampur dengan krimer dan gula. 

Resepi Makanan Diet Malam Mudah & Cepat

Berikut kami kongsikan beberapa resepi @ menu makan malam untuk diet yang anda boleh jadikan rujukan. Idea resepi ini adalah perkongsian daripada warganet di laman sosial facebook dan telah mendapat ratusan komen dan perkongsian oleh nitizen. anda juga boleh dapatkan bahan makanan ini secara dalam talian di Shopee. Link promo Shopee Mall berada di hujung artikel ini.

Overnight Oat Oleh Fiza Jaafar

Bahan-bahan:

  • 5 Rolled oats
  • Susu low fat @ full krim @ susu segar
  • 2 sudu yogurt
  • Kacang (kuaci, kismis, badan)
  • Madu
  • Buah-buahan (ikut suka)

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam jar, boleh asingkan ke setiap jar untuk seorang.
  2. Tutup dan simpan ke dalam peti sejuk semalaman, setelah semalaman barulah boleh makan bersama keluarga.
  3. Anda boleh jarkan bahan-bahan ini dan simpan di dalam peti sejuk untuk makan diwaktu malam. Semua bahan ini boleh disimpan selama 5 hari di dalam peti sejuk.
Resepi Oat Sedap & Mudah Oleh Syarifah Anne

Bahan-bahan:

  • Oat
  • Susu segar
  • Nestum
  • Kismis

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan kesemua bahan mengikut kesukaan anda.
  2. Resepi ini sesuai untuk anda yang tidak suka makan oat, rasanya lebih sedap dengan campuran manisan kismis dan nestum.
Resepi Oat Strawberry Oleh Syarifah Anne Syed Amuar

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar rolled oat
  • Susu segar @ full krim
  • 1 sudu besar yogurt
  • Buahan (kismis, strawberry, blueberry, atau anggur)

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan jar dan masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam jar.
  2. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  3. Boleh juga masukkan madu, kacang, dan buahan yang anda suka.
Resepi Yogurt Buah Oleh Syarifah Anne Syed Amuar

Bahan-bahan:

  • Greek Yogurt @ plain yogurt
  • Pisang
  • Strawberry
  • Blueberry
  • Mangga
  • Kiwi

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan yogurt ke dalam gelas atau jar
  2. Hiris nipis buah-buahan tadi, masukkan ke dalam yogurt tadi, kacau hingga sebati
  3. Boleh tambah madu jika nak lebih sedap dan manis.
Minuman Malam Oleh Nurul Moleek Cereprove

Bahan-bahan:

  • 2 biji kurma
  • 1 biji epal hijau
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 gelas susu

Cara Penyediaan:

  1. Buang biji kuram dan hiris halus kurma dan epal hijau. 
  2. Masukkan buah yang dihiris nipis dan bahan-bahan lain ke dalam blender. Kisar hingga semuanya hancur.
  3. Jangan tapis, minum bahan yang telah dikisar tadi.
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Rolled Oat : https://shp.ee/s4u96rj

Dutch Lady Milk Full Cream : https://shp.ee/53rzdaj

Dried Fruit : https://shp.ee/87yfesj

Kekacang : https://shp.ee/evcc7nj

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Walnut : https://shp.ee/cspvy2p

Hazelnut : https://shp.ee/rf86gfp

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Terdapat banyak pilihan diet lewat malam yang anda boleh pilih anda olah untuk dijadikan makan malam setiap hari. Yang paling penting adalah pastikan anda mengambil kira berapa jumlah kalori yang anda ambil agar tidak melebihi kalori yang diperlukan tubuh anda. Anda nak lebih banyak info dan tips diet? Boleh terus ke slot Menu Diet Seminggu. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version