Makanan yang boleh dimakan ketika diet IF

Makanan yang Boleh Dimakan Ketika Diet IF

Makanan yang boleh dimakan ketika diet IF adalah satu kaedah diet yang semakin popular di Malaysia terutamanya mereka yang ingin menurunkan berat badan yang berlebihan. Diet ini melibatkan pattern makan di mana anda berpuasa untuk jangka masa tertentu dan makan dalam tempoh masa yang dibenarkan sahaja. 

Pemilihan makanan yang betul semasa melakukan diet IF adalah penting untuk memastikan badan membakar kalori lebihan yang ada pada badan dan menjadikan anda lebih sihat dan cerdas. Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh dimakan dan ada juga makanan yang perlu dielak sepanjang diet IF ini. Artikel ini akan membincangkan kebaikan diet IF untuk tubuh badan, makanan yang boleh dimakan semasa berpuasa dan selepas berbuka, serta makanan yang perlu dielakkan.

Kebaikan Diet IF untuk Turunkan Berat Badan

Diet IF adalah berasal daripada pattern berpuasa untuk orang sakit di hospital. Diet ini adalah bertujuan untuk mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan dan hanya mengambil manfaat nutrisi untuk keperluan badan. Diet ini mula trending kerana ia berkesan untuk menurunkan berat badan berlebihan dan sihat untuk diamalkan. Diet IF mempunyai beberapa kebaikan untuk tubuh badan manusia. Antaranya adalah: 

  • Mengurangkan pengambilan kalori harian
  • Meningkatkan kadar metabolisme
  • Memperbaiki kepekaan insulin
  • Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit jantung
  • Meningkatkan fungsi otak dan memperbaiki mood

Makanan yang Boleh Dimakan Ketika Intermittent Fasting (Semasa Berpuasa)

Walaupun nama diet ini berpuasa, sebenarnya anda masih boleh mengambilan pengambilan makanan semasa sedang berpuasa tetapi dalam jumlah kalori yang kecil. Oleh itu, makanan yang anda boleh ambil semasa melakukan puasa IF ini adalah dalam bentuk minuman sahaja. Berikut adalah beberapa minuman yang boleh diminum tanpa mengganggu puasa anda:

Air Garam

Air garam adalah pilihan yang baik semasa berpuasa kerana ia membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan. Semasa berpuasa, badan kehilangan banyak elektrolit melalui peluh dan air kecil. Minum air garam boleh membantu mengelakkan dehidrasi dan kekejangan otot.

Untuk menyediakan air garam, campurkan secubit garam Himalaya atau garam laut ke dalam segelas air. Garam ini mengandungi mineral penting seperti magnesium, kalsium, dan kalium yang bermanfaat untuk tubuh.

Air Lemon

Air lemon adalah minuman yang menyegarkan dan boleh diminum semasa berpuasa. Ia rendah kalori dan mengandungi vitamin C yang baik untuk sistem imun. Selain itu, air lemon boleh membantu dalam proses detoksifikasi dan meningkatkan penghadaman.

Anda boleh menyediakan air lemon dengan menambah perahan separuh jus lemon ke dalam segelas air. Pastikan anda tidak menambah gula untuk memastikan ia tidak mengganggu puasa anda.

Kopi Tanpa Gula

Kopi tanpa gula adalah minuman yang boleh diminum semasa berpuasa. Kafein dalam kopi boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme dan memberikan tenaga tambahan. Selain itu, kopi juga mengandungi antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Pastikan anda tidak menambah gula atau susu pekat manis ke dalam kopi anda untuk memastikan ia tidak mengganggu pattern puasa anda. Kopi hitam adalah pilihan terbaik semasa berpuasa.

Teh Tanpa Gula

Teh tanpa gula adalah satu lagi pilihan minuman yang sesuai semasa berpuasa. Teh hijau, teh hitam, dan teh herba adalah antara jenis teh yang boleh diminum. Teh mengandungi antioksidan dan boleh membantu dalam proses detoksifikasi serta meningkatkan kesihatan keseluruhan.

Cuka Epal

Campuran cuka epal dan air kosong adalah minuman yang popular untuk kesihatan dan boleh diminum semasa berpuasa. Ia dapat membantu dalam proses detoksifikasi, meningkatkan penghadaman, dan mengurangkan selera makan. Selain itu, cuka epal juga boleh membantu mengawal paras gula dalam darah.

Anda boleh menyediakan minuman cuka epal dengan mencampurkan satu atau dua sudu cuka epal ke dalam segelas air. Pengambilan cuka epal dan air kosong sebelum makan akan menyokong proses pencernaan dengan lebih baik. 

Makanan yang Boleh Dimakan Ketika Intermittent Fasting (Semasa Berbuka)

Apabila tiba waktu berbuka puasa, adalah penting untuk memilih makanan yang memberikan nutrisi seimbang dan tidak terlalu membebankan sistem penghadaman. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang sesuai untuk dimakan semasa berbuka puasa IF.

Telur

Telur adalah sumber protein yang baik dan boleh dimakan semasa berbuka puasa. Ia mudah disediakan dan boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti rebus dan telur dadar. Protein dalam telur membantu dalam membina otot dan memberikan tenaga.

Selain itu, telur juga mengandungi vitamin dan mineral penting seperti vitamin B12, vitamin D, dan selenium yang baik untuk kesihatan tubuh anda.

Isi Ayam (Elakkan Goreng)

Isi ayam adalah sumber protein yang rendah lemak dan sesuai dimakan semasa berbuka. Pilih cara memasak seperti panggang, bakar, atau rebus untuk memastikan menu ayam anda kekal sihat dan tidak mengandungi lemak tidak sihat berlebihan.

Ayam juga kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin B6, niacin, dan fosforus yang penting untuk fungsi tubuh yang optimum.

Avokado

Avokado adalah buah yang kaya dengan lemak sihat dan serat. Ia boleh memberi anda rasa kenyang lebih lama dan membekalkan tenaga yang berpanjangan. Avocado juga mengandungi vitamin K, vitamin E, dan potasium yang baik untuk kesihatan jantung.

Anda boleh menikmati avokado dengan salad, air jus atau dimakan begitu sahaja.

Sayuran Hijau & Salad

Sayuran hijau seperti bayam, kangkung, dan brokoli adalah sumber serat, vitamin, dan mineral yang baik. Makan sayuran hijau semasa berbuka boleh membantu dalam proses penghadaman dan memberikan nutrisi yang penting untuk tubuh.

Salad yang dicampurkan dengan pelbagai sayuran hijau dan minyak zaitun adalah pilihan terbaik untuk hidangan berbuka puasa diet IF ini.

Minyak Zaitun

Minyak zaitun adalah lemak sihat yang baik untuk jantung dan boleh digunakan dalam menyediaan makanan semasa berbuka. Ia mengandungi antioksidan dan mempunyai sifat anti-radang yang baik untuk kesihatan sistem pencernaan.

Gunakan minyak zaitun sebagai dressing untuk salad atau gunakan di dalam masakan harian anda. Anda juga boleh mengambil 1 sudu minyak zaitun setiap hari.

Makanan Perlu Elak Semasa Diet IF

Semasa menjalani diet IF, ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan untuk memastikan kalori harian anda tidak berlebihan. Antara makanan yang perlu dielakkan adalah:

  • Roti putih
  • Gula (termasuk buah-buahan manis)
  • Jajan dan makanan ringan

Akhir Kata & Kesimpulan

Intermittent fasting adalah kaedah diet yang berkesan untuk menurunkan berat badan dan memperbaiki kesihatan tubuh badan. Pemilihan makanan yang betul semasa sedang berpuasa dan semasa berbuka adalah penting untuk memastikan tubuh mendapat nutrisi yang mencukupi dan mengelakkan kesan negatif. Elakkan makanan yang tinggi gula dan karbohidrat komplek untuk memastikan keberkesanan diet IF. Baca juga artikel Jenama cuka epal terbaik.

Q&A

Scroll to Top