Pantang Larang Intermittent Fasting (Diet IF) yang Perlu Tahu

Apa itu intermittent fasting (IF)

Intermittent fasting atau biasa dikenali sebagai diet IF ini mula mendapat perhatian di Malaysia. Intermittent fasting sebenarnya bukan satu diet tetapi ia adalah merujuk kepada pattern tempoh masa bila hendak makan dan bila untuk tidak makan. 

Dalam sehari terdapat 24 jam secara keseluruhan, dalam intermittent fasting anda mestilah mengatur jadual 24 jam anda dengan waktu puasa dan waktu makan seperti di bawah:

  • Puasa 15 jam, makan 9 jam
  • Puasa 20 jam, makan 4 jam
  • Puasa 23 jam, makan 1 jam

Jadual IF yang terbaik adalah dengan memanjang kan tempoh berpuasa dan memendekkan tempoh waktu makan. Dengan cara membahagi tempoh waktu makan dan puasa ini akan membolehkan badan membakar lemak secara cepat dalam tempoh berpuasa.

Pantang larang intermittent fasting

Tiada pengambilan kalori pada waktu puasa

Sepanjang tempoh berpuasa anda masih boleh mengambil makanan harian, namun pantang larang intermittent fasting adalah anda tidak boleh mengambil makanan yang berkalori tinggi semasa puasa. Makanan yang dibenarkan sepanjang tempoh berpuasa hanyalah makanan yang hampir tiada kalori seperti:

  • Cuka epal
  • Teh kosong
  • Kopi kosong
  • Air kosong
  • Sup kosong

Pastikan makanan yang diambil semasa tempoh puasa adalah makan yang tiada atau hampir tiada gula. 

Langkau sarapan pagi

Pantang larang intermittent fasting yang ramai tidak tahu adalah langkau @ skip sarapan pagi. Sedar atau tidak sarapan pagi adalah punca kepada kegemukan, ini kerana semula jadinya setiap kali makan, badan akan menghasil kan insulin yang menyebabkan rasa lapar dengan kerap. Dalam IF seseorang hendaklah menahan diri dari memakan dan badan akan adaptasi untuk tidak makan dengan mengurang kan pengeluaran insulin. Salah satu caranya ialah dengan skip sarapan pagi dan hanya pengambil ‘sarapan pagi” pada waktu tengahari iaitu dalam tempoh makan sahaja.

Tahan rasa lapar sehingga waktu makan

Intermittent fasting terbaik adalah dengan diri dari makan walaupun semasa lapar. Pantang larang intermittent fasting ini mesti kerana kebanyakan orang diabetes mengalami masalah insulin yang tidak normal menyebabkan mereka sentiasa rasa lapar dan berselera apabila makan, rasa lapar ini adalah hasil dari insulin spike. 

Cara terbaik untuk mengawal insulin spike ini adalah dengan menahan diri dari makan ketika rasa lapar. Ini kerana rasa lapar itu hanya datang ketika insulin berada dalam spike sahaja dan akan mula menurun kembali. Disebabkan itu rasa lapar hanya sekejap dan akan hilang dalam beberapa minit.

Berhenti ambil gula

Gula adalah musuh dalam proses menurunkan berat badan fakta ini tidak boleh dibahas lagi. Keburukan gula ini juga adalah pantang larang intermittent fasting kerana gula ini akan meningkat kan pengeluaran insulin dalam badan. Selain itu gula adalah bahan makanan yang berkalori tinggi. Jadi untuk IF anda berjaya berhenti dari pengambil gula dalam pemakanan harian anda. 

Makan makanan rendah karbohidrat @ keto diet

Bagi memberikan hasil pembakaran yang lebih cepat dan sihat anda sangat disarankan untuk mengamalkan diet rendah karbohidrat semasa tempoh makan. Ini bermakna anda perlu memakan makanan yang rendah lemak sepanjang tempoh makan. Kebaikan diet rendah karbohidrat ini adalah secara tidak langsung meletakkan badan anda dalam ketone iaitu proses badan membakar lemak untuk tenaga.  

Akhir kata

Intermittent fasting adalah satu gaya pemakanan yang sangat baik untuk diamalkan. Ini telah terbukti mampu memberi banyak kebaikan terutama untuk sistem pencernaan dan untuk membakar lemak secara semulajadi. Pantang larang intermittent fasting adalah antara tips yang boleh diamalkan sepanjang tempoh IF. selamat mencuba! 

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di Shopee Mall. Tekan link Promo di bawah

Halal Keto Food : https://shp.ee/9pxth72

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

 

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC: 
Intermittent Fasting Basics for Beginners: https://youtu.be/3dHcT1-K-tw

Scroll to Top