khasiat buah avocado

Khasiat Buah Avocado | 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Apa itu buah avocado?

Buah avocado mempunyai khasiat yang tidak boleh dinafikan lagi, buah avocado dikatakan berasal dari kawasan iklim mediterranean. Buah avocado mempunyai kulit yang hijau kegelapan, berbentuk pear seperti telur. 

5 khasiat buah avocado untuk kesihatan

Mengandungi nutrisi yang tinggi

Buah avocado kaya dengan potasium yang mana baik untuk tenaga dan darah. Dengan kehadiran potasium ini juga boleh membantu seseorang untuk tidur dengan lebih nyenyak. Avocado juga kaya dengan vitamin yang baik untuk fungsi organ dalaman tubuh badan.

Avocado buah mesra keto diet

Bagi mereka yang mengamalkan keto diet avocado adalah buah yang bagus untuk dimakan seharian. Kebanyakan buah mempunyai kandungan gula yang tinggi menjadikan ia tidak sesuai dengan keto diet, namun tidak bagi buah avocado. Buah avocado mempunyai kandungan lemak yang tinggi, karbohidrat pula adalah sangat sedikit. 

Avocado mempunyai lemak yang tinggi

Buah avocado adalah buah yang kaya dengan lemak dan hampir kesemuanya adalah lemak tepu menjadikan buah avocado adalah buahan keto diet. 

Avocado kaya dengan serat

Seperti buah-buahan lain avocado juga adalah antara buah yang kaya dengan serat. Dengan pengambilan avocado akan melancarkan sistem pencernaan agar lebih lancar. 

Phytonutrients

Phytonutrients adalah kebaikan yang terhasil dari zat-zat mineral dan vitamin di dalam buah avocado. antaranya ialah:

  • Sebagai anti radang
  • Sebagai anti kanser
  • Sebagai anti microbial
  • Menyokong gula dalam darah

Kebaikan minyak avocado 

Selain boleh diambil sebagai buah-buahan, avocado juga boleh diambil dalam bentuk minyak avocado. Seperti juga buahnya, minyak avocado juga mempunyai khasiat yang bagus untuk kesihatan seperti:

  • Sebagai pelindung kardio
  • Bagus untuk kulit kepala dan rambut
  • Bagus sebagai anti keradangan
  • Menstabilkan gula dalam darah
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kesan gula dalam darah
  • Bagus untuk masakan kerana mempunyai takat didih yang tinggi

Akhir kata

Buah avocado adalah buah yang banyak kebaikan untuk kesihatan manusia. Bagi mereka yang mengamalkan keto diet buah avocado mesti diambil kerana kandungnya yang tinggi lemak dan rendah karbohidrat. Selamat mencuba!

Artikel berkaitan : Kebaikan Tidur Yang Berkualiti

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di Shopee Mall. Tekan link Promo di bawah

Halal Keto Food : https://shp.ee/9pxth72

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

 

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC: 
The 5 Health Benefits of an Avocado: https://youtu.be/VhVqz4KuEgI
7 Benefits of Avocado Oil: https://youtu.be/2jfJUPeYs2M 

error: Content is protected !!
Scroll to Top