Cara Memulakan Diet Keto Dengan Betul

Mesti ramai yang ingin mengetahui cara memulakan diet keto dengan betul memandangkan diet ini terbukti mempunyai banyak kebaikan keto diet untuk tubuh badan. Panduan memulakan keto diet ini adalah hasil dari rujukan pakar yang merumuskan formula pemakanan keto diet yang betul. 

Di dalam artikel ini membincangkan cara diet keto yang betul bagi yang masih baru. 

Diet keto membakar lemak badan, bukan glukos

Untuk memahami apa itu keto diet adalah dimana badan menggunakan tenaga yang ada di badan iaitu lemak sebagai sumber tenaga, maka akan mengakibatkan berat badan menurun. Mereka yang mengalami masalah kenaikan berat badan disebabkan badan mengunakan glukos@gula dalam pemakanan harian sebagai tenaga, maka lebihan tenaga yang terhasil akan disimpan dalam bentuk lemak seterusnya berlakulah kenaikan berat badan. 

Hormon insulin punca kegemukan

Satu perkara yang perlu difahami disini adalah kehadiran hormon insulin. Secara ringkasnya hormon insulin ini adalah punca kenapa individu akan merasa lapar sentiasa atau rasa berselera ketika makan. Hormon insulin ini akan dirangsang oleh tubuh setiap kali seseorang makan. Masalah akan timbul apabila hormon insulin ini dirangsang secara tidak normal/berlebihan seterusnya mengakibatkan kegemukan atau diabetis. 

Konsep insulin dalam keto diet ini adalah mudah, jika hormon insulin rendah, makan badan akan membakar lemak di badan, manakala jika hormon insulin ini tinggi, badan akan membakar glukos dalam makanan yang diambil. Untuk berada dalam keto diet, badan hendaklah mengurangkan pengeluaran hormon insulin. 

Untuk mengurangkan hormon insulin seseorang wajib menjaga pengambilan makanan, disinilah peranan jenis makanan diet keto atau biasa dipanggil makanan mesra keto diet. Untuk memastikan tubuh badan berada dalam keto, terdapat 2 perkara yang perlu dititik beratkan iaitu

  1. Pengambilan makanan rendah karbohidrat
  2. Kurangkan kekerapan pengambilan makanan

Makanan yang berkarbohidrat akan mengakibatkan badan merangsangkan hormon insulin. Hakikatnya, hampir kesemua makanan harian kita mengandungi karbohidrat mengakibatkan badan menerima kadar karbohidrat terlalu tinggi. Kekerapan pengambilan makanan juga antara faktor yang Merangsang hormon insulin kerana semulajadinya insulin akan dirangsang setiap kali makan. Kombinasi keto diet dan intermittent fasting (IF) adalah cara memulakan diet keto yang bagus.

4 Cara memulakan diet keto dengan betul dan berkesan

Kurangkan karbohidrat dan gula dalam makanan

Kunci utama dalam cara memulakan diet keto adalah kurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan. Karbohidrat akan merangsangkan hormon insulin yang mana akan menghilangkan fungsi ketone untuk membakar lemak dalam badan. Kurangkan juga makanan yang manis atau gula kerana mempunyai kalori yang tinggi dalam bentuk glukos. 

Namun, anda harus mengambil sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak sepanjang keto diet. Sayur sayuran mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah maka ia tidak memberi kesan kepada tubuh. Makanan karbohidrat dan manis yang dilarang sepanjang keto diet ialah:

  • Nasi
  • Ubi kentang
  • Kuih muih
  • Kek
  • Coklat
  • Tepung
  • Buah-buahan yang manis
  • Makanan proses

Ini adalah contoh makanan yang dilarang sepanjang keto diet, namun anda boleh pengambil makanan-makanan ini pada hari cheat day sahaja. 

Amalkan pengambilan protein, jangan terlalu banyak

Sepanjang keto diet anda boleh pengambil makanan yang mempunyai protein seperti ayam, telur, ikan dan daging dalam kadar yang sederhana. Jika pengambilan makanan protein ini diambil dalam kadar yang banyak maka diet anda bukan diet keto tetapi diet atkin, jadi anda harus pengamalkan cara memulakan diet keto dengan betul agar tidak silap. 

Bergantung pada aktiviti harian anda, jika anda seorang yang kuat bersukan dan banyak aktiviti anda perlu mengambil lebih protein. Makanan protein yang perlu diambil secara sederhanan seperti:

  • Ayam
  • Ikan
  • Telur
  • Daging
  • Kekacang
  • Cheese organik
  • Makanan laut

Banyakan pengambilan lemak tepu 

Bagi anda yang kali pertama pasti tertanya-tanya bolehkah lemak diambil dalam kadar yang banyak? Dalam pengambilan protein sebenarnya tubuh menerima lemak kerana di dalam protein mengandungi lemak semulajadi. Kesilapan ramai dalam keto diet apabila mereka mengambil lemak yang diproses seperti ayam cheese, cheese yang dipaket dan dijual di pasaraya 90% adalah cheese buatan yang telah dicampur dengan gula.  

Kehadiran lemak ini juga membantu dalam mengawal hormon insulin. Antara makanan yang mengandungi lemak yang sesuai bagi cara memulakan diet keto adalah:

  • Buah avocado
  • Butter organik
  • Minyak zaitun
  • Minyak kelapa

Jangan makan kecuali lapar (intermittent fasting)

Antara cara memulakan diet keto yang betul adalah anda perlu mengurangkan kekerapan anda makan. Konsep ini dipanggil intermittent fasting atau IF dimana badan perlu berada dalam keadaan berpuasa dalam tempoh yang tertentu. Kesan dari IF ini adalah badan akan membakar lemak dengan lebih cepat kerana sel badan akan bertindak “memakan” sel-sel lemak yang lain untuk tenaga kepada badan. 

Terdapat beberapa cara dalam melakukan IF antaranya

  • Puasa 15 jam, makan 9 jam
  • Puasa 20 jam, makan 4 jam
  • Puasa 23 jam, makan 1 jam

Sepanjang tempoh berpuasa anda boleh memakan makanan tertentu sahaja yang rendah ataupun tiada langsung kalori. Seperti minum air kosong, kopi kosong, dan air lemon kosong.   

Akhir kata

Untuk memulakan keto diet bukan suatu yang sukar kerana ia hanyalah melibatkan perubahan dalam corak pemakanan harian. Namun untuk terus konsisten dalam mengamalkan keto diet ini anda perlu sekurangnya tahu apa yang perlu dan tidak perlu agar anda boleh adaptasi pemakanan keto diet ini. Diharap 4 cara memulakan diet keto di atas akan membantu anda untuk lebih kurus dan sihat.

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di Shopee Mall. Tekan link Promo di bawah

Halal Keto Food : https://shp.ee/9pxth72

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

 

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC: 
How to Start Keto Correctly: https://youtu.be/dR6TnC1RY_8

Scroll to Top