Table of Contents
Manfaat teh kombucha telah menjadi minuman popular dalam kalangan mereka yang mencari alternatif minuman sihat. Kombucha adalah teh yang terhasil daripada proses penapaian yang telah digunakan untuk manfaat kesihatan sejak ratusan tahun lagi. Teh ini bagus untuk sistem pencernaan terutamanya usus. Namun, adakah teh kombucha benar-benar baik untuk kesihatan atau ada risiko jika diambil secara berlebihan?
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan apa itu teh kombucha, kebaikan dan kesan sampingannya, serta beberapa soalan lazim mengenai teh ini.
Apa itu Teh Kombucha?
Teh kombucha adalah minuman teh yang terhasil melalui proses penapaian dengan bantuan kultur bakteria dan yis. Proses ini menghasilkan minuman yang sedikit berkarbonat, dengan rasa yang unik dan menyegarkan. Kombucha boleh dibuat dari teh hijau atau teh hitam dan sering kali dicampur dengan pelbagai perasa semulajadi seperti buah-buahan atau herba.
Penapaian teh kombucha dilakukan dengan menambahkan “SCOBY” (Symbiotic Culture Of Bacteria and Yeast) ke dalam teh manis. Selepas beberapa minggu, proses penapaian akan ini menghasilkan pelbagai asid organik, enzim, dan probiotik yang memberi manfaat kesihatan.
Kebaikan Teh Kombucha
Teh kombucha mempunyai banyak manfaatnya untuk kesihatan manusia dan telah diamalkan sebagai minuman sejak ratusan tahun lagi. Disini kami kongsikan beberapa manfaat teh kombucha untuk rujukan anda.
Mengawal Insulin
Teh kombucha dikatakan mampu membantu dalam pengawalan paras insulin dalam badan, yang mana bagus untuk mereka yang mengalami masalah berat berlebihan. Dengan mengawal insulin ini membolehkan anda cepat kenyang dan boleh mengawal selera makan.
Menghilangkan Lemak Hati
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kombucha secara berkala boleh membantu mengurangkan lemak di hati, menjadikannya pilihan yang baik bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan hati.
Probiotik Semulajadi
Kombucha adalah sumber probiotik semulajadi yang sangat baik. Probiotik adalah bakteria baik yang penting untuk kesihatan usus dan sistem pencernaan. Ia menyokong dalam proses pencernaan dan penyerapan nutrien pada usus.
Kurang Kandungan Gula
Berbanding dengan minuman ringan lain, kombucha mengandungi kandungan gula yang lebih rendah, menjadikannya pilihan yang lebih sihat bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan gula.
Sumber Antioksidan
Kombucha kaya dengan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam badan. Antioksidan adalah penting dalam melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan dan mencegah pelbagai penyakit kronik.
Kesan Sampingan Ambil Berlebihan
Walaupun teh kombucha mempunyai banyak manfaat kesihatan, pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini, seperti keadaan badan menjadi asidik (acidosis).
Kadar Denyutan Jantung Meningkat
Pengambilan teh kombucha secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung kerana ia juga mengandungi kafein dan asid yang tinggi.
Insomnia
Kandungan kafein dalam teh kombucha juga boleh menyebabkan anda mengalami masalah tidur atau insomnia jika diminum dalam kuantiti yang banyak, terutama pada waktu malam.
Sakit Jika Ada Ulser
Bagi mereka yang mempunyai ulser perut atau masalah gastrik, teh kombucha boleh menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan kerana keasidan minuman ini.
Manfaat Minum Kombucha Sebelum Tidur
Minum teh kombucha sebelum tidur boleh memberikan kebaikan untuk kesihatan, namun kesannya mungkin berbeza bergantung kepada individu. Berikut adalah beberapa manfaat yang mungkin diperoleh dengan minum teh kombucha sebelum tidur:
- Meningkatkan Kualiti Tidur : Kombucha mengandungi asid amino seperti theanine yang boleh membantu menenangkan minda dan badan, seterusnya meningkatkan kualiti tidur.
- Mengurangkan Stres : Kombucha kaya dengan probiotik yang dapat mengurangkan tahap kortisol (hormon stres) dalam tubuh, membantu anda berasa lebih tenang dan rileks sebelum tidur.
- Menyokong Kesihatan Usus : Mengambil probiotik sebelum tidur boleh membantu menyeimbangkan mikrobiota usus, yang penting untuk pencernaan dan kesihatan keseluruhan.
- Menyokong Sistem Imun : Probiotik dalam kombucha juga dapat membantu meningkatkan sistem imun anda, menjadikan tubuh lebih kuat dalam melawan jangkitan semasa anda tidur.
Namun, perlu diingat bahawa kombucha mengandungi sedikit kafein dan alkohol, yang mungkin mengganggu tidur sesetengah individu. Oleh itu, dicadangkan agar anda mengambil dalam kadar yang sederhana sahaja sebelum tidur.
Teh Kombucha Halal atau Haram?
Terdapat kekeliruan mengenai status halal atau haram teh kombucha disebabkan oleh proses penapaian yang menghasilkan sedikit alkohol. Namun, menurut Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, jika kandungan alkohol dalam kombucha adalah kurang daripada 0.5 peratus dan tidak memabukkan, hukumnya adalah harus. Ini adalah dengan syarat teh kombucha dibuat dari sumber media penapaian yang bersih dan suci.
Sumber : https://maktabahalbakri.com/2516-hukum-minum-teh-kombucha/
Jadi, jika kombucha dibuat dengan cara yang betul dan kandungan alkoholnya tidak memabukkan, ia boleh dianggap halal dan selamat untuk diminum oleh umat Islam.
Dengan maklumat di atas, anda kini mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai manfaat, kesan sampingan, dan status halal teh kombucha. Anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak mengenai pengambilan kombucha dalam diet harian anda.
Akhir Kata & Kesimpulan
Teh kombucha boleh menjadi minuman tambahan yang sihat dalam diet harian anda jika diambil dalam kuantiti yang sederhana. Ia bagus terutamanya untuk kesihatan usus dan sistem imun. Namun, adalah penting untuk mengambilnya dengan bijak dan mengelakkan pengambilan yang berlebihan untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini. Baca artikel berkaitan Buah tin kering.
Teh kombucha dianggap halal oleh ramai ulama, kerana kandungan alkohol yang terhasil daripada penapaian adalah sangat rendah dan tidak memabukkan. Namun, pastikan anda membaca label kerana setiap jenama teh kombucha mengalami proses penapaian yang berbeza.
Ya, teh kombucha boleh menjadi minuman sihat yang baik untuk diet kerana ia rendah kalori, mengandungi probiotik, dan membantu dalam pengawalan gula darah.
Waktu terbaik untuk minum kombucha adalah pada waktu pagi atau awal petang. Elakkan meminumnya pada waktu malam untuk mengelakkan masalah tidur disebabkan kandungan kafein.
Untuk membuat teh kombucha, anda memerlukan teh, gula, dan SCOBY. Bancuh teh dengan gula, biarkan sejuk, kemudian tambahkan SCOBY. Biarkan campuran ini menapai selama 1-2 minggu hinggalah kombucha sedia untuk diminum.