menu diet sarapan pagi

Menu Diet Sarapan Pagi

Menu diet sarapan pagi yang ideal dan enak pastinya memberi semangat untuk meneruskan program diet turunkan berat badan. Sarapan pagi adalah tempoh masa makan yang pemula dalam seharian anda. Dengan adanya sarapan pagi diet yang ideal boleh membantu anda untuk kurangkan rasa lapar sepanjang hari. 

Nasi lemak, roti canai, dan kuih muih adalah antara sarapan pagi yang popular di Malaysia, tetapi makanan ini tergolongan dalam golongan makanan yang tinggi kalori dan penyumbang kepada masalah berat badan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Untuk menurunkan berat badan anda wajib untuk menukar sarapan pagi anda kepada lebih clean dan rendah kalori. Di dalam artikel ini kami kongsikan semuanya info berkenaan sarapan pagi untuk orang diet.

Menu Diet Sarapan Pagi Untuk Kurus

Sebenarnya tidak susah untuk menyediakan sarapan pagi untuk diet sendiri di rumah, anda hanya perlu menggunakan makanan diet pagi untuk dijadikan menu hidangan. Malah untuk menyediakan resepi sarapan pagi untuk diet sebenarnya lebih mudah berbanding sarapan nasi lemak dan lain-lain. 

Sebelum menyediakan hidangan untuk sarapan pagi anda, anda perlulah terlebih dahulu mengenal makanan-makanan yang sihat untuk dijadikan menu hidangan anda. Jenis makanan ini boleh juga dijadikan hidangan untuk makan tengari, makan malam, dan juga untuk snecking. 

Telur

Telur adalah makanan yang sangat sesuai untuk hidangan diwaktu pagi. Selain mudah untuk disediakan, telur juga mempunyai khasiat yang penting seperti vitamin dan mineral iaitu selenium dan riboflavin. Telur juga kaya dengan kandungan protein tinggi, kandungan protein ini sangat bagus untuk mengawal selera makan sepanjang hari anda.

Anda boleh menikmati sarapan pagi dengan telur ini dengan cara rebus, rebus separuh masak, dan juga telur dadar. Paling penting jangan sesekali goreng terus @ deep fried kerana akan menyebabkan kalori semakin tinggi. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil bersama-sama kuning telur kerana ia juga adalah sumber protein yang bagus.

Pisang

Pisang adalah buah yang kaya dengan serat tapi rendah kalori, pisang ini biasanya dijadikan pengganti kepada gula dalam hidangan sarapan pagi. Hirisan pisang ini boleh dicampur bersama menu seperti oat dan cereal diwaktu pagi. Serat ini juga boleh membantu anda untuk rasa kenyang sepanjang hari.

Tahukah anda, pada pisang yang masih belum dikupas mempunyai sejenis kanji yang berfungsi untuk mengurangkan selera makan. Disebabkan itu tidak hairan kenapa ramai orang diet memilih pisang sebagai sumber serat di waktu pagi.

Susu Rendah Lemak

Susu boleh dijadikan minuman diwaktu pagi bersama sarapan diet anda. Ini kerana susu mempunyai keperluan nutrisi yang banyak untuk tubuh badan. Dengan menjadikan susu sebagai minuman pagi membolehkan badan menerima nutrisi yang cukup untuk sepanjang hari. 

Anda boleh juga jadikan campuran susu untuk hidangan pagi anda seperti oat dicampur susu dan cereal dicampur susu. Kebaikan susu ini adalah ia mempunyai calcium yang bagus untuk menyokong kesihatan tulang dan juga sumber vitamin B12.

Yogurt

Anda juga boleh mengamalkan minuman yogurt di waktu pagi kerana ia turut mempunyai sumber protein yang tinggi. Kebaikan protein ini adalah untuk membantu anda untuk kurangkan selera makan sepanjang hari. Anda boleh campurkan yogurt ini bersama hirisan buah-buahan segar seperti blueberry dan pisang.

Semua Jenis Berry

Semua jenis berry adalah bagus untuk turunkan berat badan, ini kerana buah berry ini mempunyai yang kalori dan kaya dengan nutrisi untuk tubuh badan. Buah-buahan berry ini juga adalah sumber vitamin dan mineral selain serat yang membantu untuk kurangkan selera makan anda. 

Kopi Kosong

Kopi adalah minuman yang bagus diambil semasa program diet anda. Kandungan ceffeine dalam kopi ini membantu untuk melancarkan lagi metabolisma badan dan membakar lemak dengan cepat berbanding biasa. Namun pastikan anda tidak campurkan kopi anda dengan manisan gula dan krimer yang mempunyai kalori yang tinggi dan bahan proses. Minum kopi kosong sahaja sudah cukup untuk kurus.

Teh Hijau

Selain kopi dan susu, teh hijau juga bagus untuk dijadikan minuman diwaktu pagi anda. Teh hijau juga mempunyai khasiat untuk cepatkan metabolisma badan agar membakar lemak dengan lebib cepat. Anda boleh minum teh hijau ini bersama-sama perahan jus lemon untuk rasa yang lebih enak dan berkhasiat.

Oatmeal

Oat adalah makanan diet yang popular dan kerap dijadikan sebagai menu untuk sarapan pagi diet dan juga makan malam. Oat mempunyai kalori rendah anda kaya dengan serat dan protein, ciri-ciri inilah yang mempengaruhi selera makan dan mengawal berat badan anda. Anda boleh menikmati oat ini bersama-sama susu dan buah-buahan untuk lebih sedap dan sihat. 

Kekacang

Jangan sesekali asingkan kekacang walupun anda sedang diet, kacang adalah makanan yang kaya dengan serat, protein dan lemak baik. Anda boleh campurkan kekacang ini bersama sarapan pagi anda atau boleh juga jadikan ia sebagai sneck pagi. 

Sarapan Pagi Untuk Orang Diet 

Bagi anda pemula untuk turunkan berat badan, pastinya anda menjadi ideal menu dan resepi sarapan pagi diet yang anda boleh cuba sendiri di rumah. Sebenarnya, untuk menikmati sarapan pagi diet ini tidak sukar, malah cara penyediaannya juga lebih ringkas dan jimat sahaja. 

Disini kami kongsikan beberapa menu sarapan pagi diet yang dikongsikan oleh warganet untuk rujukan anda. Kami turut sertakan beberapa bahan makanan yang anda boleh dapati secara dalam talian di Shopee kerana ia lebih murah berbanding di kedai biasa. Jangan lupa untuk tebus Voucher Percuma Shopee yang terdapat di hujung artikel ini ya.  

Menu Sarapan Pagi Diet Oleh AziLa Ghani

Berikut adalah beberapa idea sarapan pagi sihat untuk rujukan anda, secara kasar kesemua menu ini mempunyai kalori dalam anggaran 300kcal+ sahaja. Terdapat lima jenis menu untuk dijadikan pilihan anda. 

Gardenia Canadian Purple Wheat.

Gardenia Somerset Cottage.

Ubi Keledek.

Wholemeal Wrap.

Oat banana Waffle & Pancake.

Nasi Lemak, Bihun ecobrown, Suun.

Menu Diet Kenyang Lama Oleh Lailatul Munira Zainuddin

Bagi anda yang gemarkan isi daging tuna, anda boleh mencuba sarapan pagi roti salad tuna ini. Anda hanya perlu menyediakan stok roti pita wholemeal dan isi tuna Ayam Brand untuk resepi ini.  

Menu Diet Buah Buahan Pagi Oleh Mamina Ma

Untuk anda yang gemarkan sarapan bersama buah-buahan pula bolehlah mencuba menu pagi ini. Anda hanya perlukan beberapa jenis buah-buahan segar, telur, dan roti sahaja.

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Roti Gardenia : https://shp.ee/65b42s7

Mission Wraps Tortilla : https://shp.ee/iexs297

Ayam Brand Tuna : https://shp.ee/2zxmqt7

Dutch Lady Milk Full Cream : https://shp.ee/53rzdaj

Dried Fruit : https://shp.ee/87yfesj

Kekacang : https://shp.ee/evcc7nj

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Walnut : https://shp.ee/cspvy2p

Hazelnut : https://shp.ee/rf86gfp

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Jika diperhatikan menu sarapan pagi diet ini tidak sukar sama sekali untuk dinikmati, anda hanya perlukan beberapa bahan makanan yang sihat dan membuat olahan resepi sendiri agar kene dengan selera harian anda. Nak lebih banyak tips kurus? Boleh terus ke artikel seterusnya Menu Diet Tanpa Nasi. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version