Table of Contents
Adakah selamat untuk mengamalkan menu diet tanpa nasi? Nasi adalah makanana yang paling biasa diambil oleh ramai orang di Malaysia. Rata-rata hidangan popular di Malaysia adalah daripada sumber bahan nasi seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi goreng, nasi ayam, dan banyak lagi, jadi adalah benar nasi menyebab kepada masalah kegemukan.
Jika anda perhatikan rata-rata diet yang ada sangat ketat terutamanya dalam bab pengambilan nasi putih. Ini menyebabkan ramai mulai berasa takut untuk mengambil nasi putih kerana bimbang akan kenaikan berat badan. Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh terus membaca slot perkongsian ini hingga habis dan beberapa contoh makanan diet tanpa nasi untuk anda.
Menu Diet Tanpa Nasi Untuk Kurus
Betul ke nak kurus kene berhenti makan nasi? Untuk lebih jelas dalam bab ini anda mesti tahu terlebih dahulu nasi adalah sumber karbohidrat dan juga mempunyai kalori. Berbalik kepada konsep asal untuk turunkan berat badan, anda perlu berada dalam defisit kalori dalam satu tempoh masa agar badan menggunakan lemak pada badan sebagai tenaga.
Oleh itu, tiada kaitan secara langsung nasi boleh menyebabkan kegemukan, selagi mana ia diambil dalam kadar yang terkawal dan tidak melebihi daripada keperluan kalori harian. Masalah yang sering berlaku adalah bukan pada nasi, tetapi pada kuah dan lauk yang dimasak secara deep fried dan berkalori tinggi. Kesimpulannya, anda masih boleh menikmati nasi tetapi pada jumlah yang kecil.
Walaupun begitu, adalah lebih baik jika anda amalkan menu diet 30 hari tanpa nasi untuk lihat perubahan berat badan anda apabila anda berhenti pengambilan kalori nasi putih yang biasa diambil setiap hari. Tidak salah untuk mengambil diet tanpa nasi, malah anda juga boleh gantikan sumber karbohidrat kepada jenis makanan lain seperti berikut:
**Dapatkan barang keperluan anda pada harga Promosi di Shopee Mall. Link Shopee Mall berada di hujung artikel ini.
Quinoa
Quinoa adalah sumber karbohidrat yang paling popular sebagai peganti nasi putih, perbezaan utama quinoa dan nasi adalah pada kandungan protein yang lebih tinggi. Kandungan protein ini adalah dua kali ganda daripada nasi putih biasa.
Selain itu, quinoa ini juga mempunyai kandungan amino asid yang bagus untuk tubuh badan, menjadikan ia makanan peganti nasi terbaik untuk kuruskan berat badan. Untuk dapatkan quinoa ini anda boleh dapatkan secara dalam taalian di Shopee, link berada di hujung artikel ini.
Beras Kubis Bunga @ Riced Cauliflower
Tahukah anda kubis bunga juga boleh dijadikan sebagai peganti nasi putih, anda hanya perlu kisar kubis bunga dengan pengisar halus menjadi seperti ukuran beras dan boleh dimakan begitu sahaja. Anda juga boleh dapatkan Riced Cauliflower ini di laman Shopee melalui link Shopee Mall yang kami sediakan di hujung artikel ini.
Beras Brokoli @ Riced Broccoli
Sayur brokoli juga boleh dijadikan beras untuk menggantikan nasi. Sama seperti bunga kubis, anda boleh kisar brokoli ini hinggalah menjadi beras halus. Beras ini boleh dimakan begitu sahaja atau boleh digoreng dengan minyak zaitun untuk lebih enak dan sihat.
Beras Shirataki @ Shirataki rice
Beras shirataki adalah salah satu peganti nasi putih. Ia diperbuat daripada akar konjac, sejenis akar yang boleh didapati di asia, ia kaya dengan serat glucomannan. Untuk menyediakan beras shirataki ini anda perlu rendam di dalam air panas selama beberapa minit, tapis dan panaskan di dalam kuali untuk naikkan aroma enak.
Biji Bali
Anda juga boleh amalkan memakan biji bali sebagai peganti beras putih, nutrisi biji bali ini sama seperti oat tetapi mempunyai tekstur yang lebih kenyal dan lembut. Biji bali ini juga boleh dijadikan sebagai air minuman setiap hari. Untuk menyediakan biji bali ini sangatlah mudah, anda hanya perlu rebus biji bali ini sehingga kembang dan lembut, toskan anda boleh dimakan.
Whole Wheat Couscous
Couscous adalah sejenis pasta yang banyak diamalkan oleh masyarakat Mediterranean yang mempunyai ukuran seperti beras. Couscous ini sejenis makanan yang kaya dengan serat dan sumber protein. Ia mempunyai ukuran lebih kecil berbanding nasi dan mempunyai rasa yang unik untuk dinikmati.
Untuk menyediakan couscous ini anda hanya perlu campuran sejumlah couscous dan air yang telah direbuskan. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan couscous kembang dan air kering, gaul dengan garfu untuk jadikan ia tekstur seperti nasi putih.
Menu Diet Seminggu Tanpa Nasi
Bagi anda yang bercadang untuk mengamalkan diet tanpa nasi pastikan inginkan menu hidangan tanpa nasi untuk dijadikan rujukan sepanjang minggu. Sebenarnya diet tanpa nasi ini lebih mudah disediakan berbanding hidangan nasi, ini menjadikan proses menyediakan hidangan anda lebih mudah dan ringkas sahaja.
Berikut adalah beberapa menu menu diet seminggu tanpa nasi yang dikongsikan oleh Pn Norafiza Mahmud untuk rujukan anda. Perkongsian ini telah mendapat ratusan tanda suka dan perkongsian oleh warganet di laman facebook. Menurut Norafiza Mahmud lagi, resepi diet sihat ini juga bagus untuk penjagaan kulit wajah kerana tidak mempunyai sebarang jenis makanan proses dan gula yang tinggi.
Anda boleh jadikan resepi menu diet tanpa nasi ini sebagai rujukan dan boleh diolah agar lebih enak dan kena dengan citarasa anda. Yang paling penting pastikan jumlah kalori hidangan tanpa nasi anda lebih rendah daripada keperluan kalori harian anda.
Menu 1
Sarapan
- Jus buah
- 2 telur rebus
- Yogurt asli
- Lobak merah + madu
Tengahari
- Roti wholemeal
- Dada ayam
- Tomato
- Black paper
Makan Malam
- Cereal
- Susu rendah lemak
- Buah naga
- Buah kiwi
Menu 2
Sarapan
- Jus buah
- 2 telur rebus
- Yogurt asli
- Lobah merah + madu
Tengahari
- Roti wholemeal
- Sayur rebus
- Dada ayam gril
- Pisang
Makan Malam
- Buah naga
- Yoghurt asli
- Jus kiwi
Menu 3
Sarapan
- Jus apel + pegaga
- keledek
Tengahari
- Roti wholemeal
- Sayur rebus
- Dada ayam grill
- pisang
Makan Malam
- Buah naga
- Yogurt asli
- Jus kiwi
Menu 4
Sarapan
- Jus buah
- Telur separuh masak
- Lobak merah + madu
Tengahari
- Roti wholemeal
- Telur rebus
- Sayur dan tomato
- Timun
- Lada hitam
Makan Malam
- Jus buah
- Ubi keledek
Menu 5
Sarapan
- Jagung rebus
- Jus buah
- Timun + madu
Tengahari
- Ubi keledek
- Sayur rebus
- Telur rebus
- Jus epal
Makan Malam
- Kiwi
- Yogurt asli
- Cereal
Menu 6
Sarapan
- Jus buah
- Ubi keledek
- Yogurt asli
- Apel + pegaga
Tengahari
- Jagung rebus
- Roti wholemeal
- Kiwi
- Telur rebus
- Tomato
- Black paper
Makan Malam
- Pisang yogurt asli
- Ubi keledek
Kudap-kudap
Kudap-kudap ini mestilah diambil sebelum perut terasa lapar.
- Tembikai
- Apel
- Jambu Baru
- Kiwi
- Pisang
- Limau
- Betik
- Avocado
- Badam
- Lobak Merah
- Timun
Diet Makan Sayuran Tanpa Nasi
Anda juga boleh lebihkan portion sayuran di dalam setiap hidangan harian anda, ini kerana sayur ini mempunyai khasiat yang bagus untuk tubuh badan dan rendah kalori, jadi tiada masalah untuk anda mengambil sayur dalam jumlah yang banyak setiap hari. Berikut adalah beberapa rujukan gambar menu tanpa nasi untuk rujukan anda.
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..
Quinoa : https://shp.ee/u8scuvp
Rice Cauliflower : https://shp.ee/sc9tr5p
Biji Bali : https://shp.ee/bxd45fp
Rolled Oat : https://shp.ee/s4u96rj
Dutch Lady Milk Full Cream : https://shp.ee/53rzdaj
Dried Fruit : https://shp.ee/87yfesj
Kekacang : https://shp.ee/evcc7nj
Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p
Walnut : https://shp.ee/cspvy2p
Hazelnut : https://shp.ee/rf86gfp
**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee
Akhir Kata
Tiada masalah jika anda ingin mencuba diet tanpa nasi ini, yang paling penting adalah pastikan anda mengawal pengambilan kalori harian anda agar tidak berlebihan daripada keperluan. Anda juga boleh jadikan nasi putih ini sebagai hidangan untuk cheat day sahaja. Untuk lebih lanjut, anda boleh terus ke slot seterusnya iaitu Makanan Untuk Diet Cepat Kurus. Semoga bermanfaat!