Senarai Makanan Keto Diet Yang Batul & Sihat

Keto diet mula mendapat perhatian ramai disebabkan makin pelbagai kebaikan dan khasiat yang terbukti bagus untuk kesihatan tubuh badan. Keto diet juga mempunyai senarai makanan keto diet yang tersendiri, bagi mereka yang ingin mengamalkan keto diet mesti tahu jenis makanan keto diet yang perlu diambil.

Apa itu keto diet?

Keto diet adalah diet pemakanan yang tinggi lemak dan rendah karbohidrat. Disebabkan diet ini rendah karbohidrat menyebabkan tubuh badan akan berada dalam keadaan ketone, dimana badan mula menggunakan tenaga pada badan @ lemak sebagai sumber tenaga.

Pengambilan tinggi lemak juga akan membantu badan untuk tidak cepat rasa lapar. Untuk kesan yang lebih bagus keto diet ini biasanya dilakukan bersama intermittent fasting (IF) iaitu patern makan dan puasa mengikut waktu tertentu.  

Jika anda mengamalkan keto diet dan IF, senarai makanan keto diet ini anda hanya boleh makan ketika dalam tempoh berbuka sahaja. Persoalannya apakah senarai makanan keto diet ? apakah yang membezakan jenis makanan keto diet dan makanan harian yang lain?

8 jenis makanan diet keto

Keto diet adalah diet yang tinggi lemak, sederhana protein, dan rendah karbohidrat. Fokus utama untuk meletakan tubuh di dalam ketone adalah dengan pengambilan lemak dan protein. Ini kerana 2 sumber ini datang dari jenis makanan diet keto yang sama. Antaranya ialah:

Telur

Telur adalah antara jenis makanan diet keto yang paling umum, ini kerana sebiji telur mempunyai kandungan lemak dan protein yang tinggi. Ambil telur ini sekali bersama putih dan kuning telur untuk memperoleh nutrisi yang lengkap. Jika boleh, dapatkan telur organik kerana bebas dari bahan kimia dll.

Avocado

Buah avocado adalah buah yang sinonim dengan keto diet, mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Di dalam keto diet lemak berfungsi untuk menahan daripada rasa lapar secara kerap maka avocado termasuk dalam senarai makanan keto diet.

Keju

Ramai yang melakukan kesilapan apabila mengambil keju yang telah diproses. Hampir kesemua keju yang dijual adalah keju yang telah diproses dan mengandungi kandungan gula. Keju yang terbaik untuk keto diet adalah keju organik tanpa campuran semasa pemprosesan.

Mentega kacang & mentega almond

Ramai yang beranggapan apabila mengamalkan keto diet anda perlu menahan dari makan makanan yang sedap namun tanggapan ini silap. Anda boleh menggunakan mentega kacang dalam pemakanan anda selagi tidak bercampur bersama gula tambahan. 

Daging dan ayam

Daging dan ayam adalah sumber protein dan lemak dalam masa yang sama. Anda boleh mengambil daging atau ayam mengikut keperluan semasa. Jika dan seorang yang kuat bersukan maka boleh pengambil daging dalam kadar yang lebih banyak.

Untuk ayam seeloknya makan sekali bersama kulit ayam, pastikan anda memasak kulit ayam dengan baik agar memperoleh lemak yang bagus untuk kesan keto diet.

Sayur-sayuran

Sayur-sayuran adalah senarai makanan keto diet yang wajib diambil dalam kadar yang banyak. Walaupun terdapat kandungan karbohidrat dan gula namun ia dalam kadar yang sedikit di dalam sayur-sayuran.

Minyak zaitun dan minyak kelapa

Kedua-dua minyak ini juga tersenarai dalam senarai makanan keto diet. Kandungan lemak di dalam kedua-dua minyak ini bermanfaat pada tubuh badan untuk menahan lapar dan mengekalkan kondisi ketone dalam tubuh. 

Ikan (salmon dan sardin)

Ikan juga boleh diambil sepanjang tempoh keto diet, malah ikan salmon dan Ikan sardin sangat kaya dengan omega 3. Tambahan ikan juga mengandungi lemak yang bagus untuk diet keto. 

Apa yang boleh dimakan ketika tempoh puasa intermittent fasting?

Bagi yang mengabungkan keto diet dan intermittent fasting (IF) pada tempoh waktu berpuasa anda sebenarnya masih boleh makan tetapi haruslah makanan yang rendah kalori seperti:

  • Cuka epal
  • Kopi tanpa gula
  • Air lemon
  • Air kosong
  • Air garam

Senarai makanan keto diet (Karbohidrat)

  • pucuk alfalfa
  • kembang kol
  • daun bawang
  • Kacang pea
  • Saderi
  • Selada
  • Bayam
  • Asparagus
  • Daun ketumbar
  • Cendawan
  • Labu
  • Labu
  • Okra
  • Kacang panjang
  • Kacang
  • Timun
  • Bawang
  • Kangkung
  • Dill
  • Daun sup
  • Bok choy
  • Terung
  • Kacang polong
  • Lobak 
  • Brokoli
  • Lada (semua)
  • Bawang putih
  • Rumput laut
  • Kobis
  • Halia
  • Lobak merah
  • Buah zaitun
  • Tomato
  • Salsa (tanpa gula)
  • Acar (tanpa gula)
  • Brussels

Senarai makanan keto diet (Protein) 

  • Rusuk daging lembu
  • Sosej
  • Ayam serta kulitnya
  • Itik atau angsa
  • Telur
  • Ikan dan makanan laut
  • Tuna dan minyak ikan

Senarai makanan keto diet (Lemak)

  • Semua kacang (termasuk kacang macadamia)
  • Mentega kacang
  • Avocado
  • Minyak kelapa
  • Keju organik
  • Minyak ikan
  • Mayonis tanpa gula
  • Minyak zaitun
  • Buah zaitun

Akhir kata

Untuk mengamalkan keto diet adalah bukan suatu yang sukar apa yang perlu dilakukan adalah anda perlu rajin untuk mencari info berkenaan senarai makanan keto diet serta resepi-resepi keto diet yang boleh dipelajari dari semasa ke semasa. Diharap dengan senarai makanan keto diet di atas membantu anda untuk lebih jelas dalam keto diet. 

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di Shopee Mall. Tekan link Promo di bawah

Halal Keto Food : https://shp.ee/9pxth72

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

 

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC: 
Dr. Berg’s Healthy Ketogenic Diet Basics: Step 2: WHAT TO EAT: https://youtu.be/mBqpaAKtnXE
https://www.drberg.com/ketosis-approved-foods

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top