Cara Check Kolesterol

Cara Check Kolesterol Di Rumah Mudah & Cepat

Cara check kolesterol di rumah kini sudah menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia. Kit kesihatan ini telah banyak dijual dengan harga mampu milik untuk golongan pertengahan dan atasan. Peningkatan kegunaan kit kesihatan di rumah ini mungkin disebabkan oleh kesedaran rakyat berkenaan pentingnya melakukan pemeriksaan kesihatan berkala.

Cara Check Kolesterol @ Cholesterol Home Test Kit

Cholesterol home test kit ini akan memudahkan anda untuk membuat pemeriksaan terhadap paras kolesterol samada normal, tinggi atau rendah di dalam badan anda. Ia tidak memerlukan anda untuk pergi berjumpa dengan doktor dan terpaksa menunggu beberapa hari untuk mendapat hasil pemeriksaan kolesterol. Dengan kit ini keputusan anda boleh peroleh dalam masa yang beberapa minit sahaja. 

Cara Check Kolesterol Di Rumah

Untuk menggunakan kit ujian kolesterol ini anda terlebih dahulu perlu membelinya, kami cadangkan anda membuat pembelian secara dalam tali di Shopee kerana harganya lebih murah dan selamat daripada penipuan. Disini kami kongsikan cara check kolesterol dengan menggunakan kit EasyTouch GCU Meter 3-In-1

  1. Masukkan 2 chip yang disediakan ke dalam port chip pada meter, satu di belakang dan satu lagi di bahagian atas meter.
  2. Biarkan meter membaca chip sehinggalah menunjukkan tanda blood drop. Pada waktu ini meter sudah bersedia untuk langkah seterusnya.
  3. Sediakan set kit untuk cucuk jarum pada jari. Rujuk manual yang diberikan.
  4. Seeloknya basuh dahulu tangan dan elakkan mengambil sampel darah dalam kondisi bilik aircon. 
  5. Selepas jari dicucuk, tekan dan picit bahagian bawah jari agar mudah sampel darah keluar.
  6. Sapukan sampel darah tadi ke bahagian chip yang disediakan, biarkan meter proses kandungan kolesterol dalam darah. Proses akan mengambil masa beberapa minit.

**Kami cadangkan agar anda merujuk manual yang disediakan untuk lebih jelas dalam proses penyediaan kit ujian kolesterol ini. 

**Untuk kesan yang lebih tepat, dicadangkan anda melakukan test ini semasa sedang berpuasa untuk mendapat data dengan lebih terperinci.

Bacaan Meter Kolesterol

Meter kolesterol biasanya disukat dengan menggunakan ukuran unit millimol setiap 1 liter ataupun mmo/l. Berikut kami kongsikan bacaan kolesterol mengikut nilai meter:

Bacaan Normal Kolesterol : 5.2 mmol/l ke bawah

Bacaan Tinggi Kolesterol : 5.2 hingga 7.5 mmol/l

Bacaan Terlalu Tinggi Kolesterol : 7.5 mmol/l ke atas

Untuk bacaan tinggi dan terlalu tinggi kolesterol anda boleh mula mengubah cara pemakanan harian anda untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam diet harian. Antara langkah awal yang boleh dilakukan adalah:

  • Pengambilan makanan yang kurang lemak tipu @ saturated fat
  • Mulakan senaman harian atau banyak aktiviti harian
  • Jaga berat badan agar lebih ideal.
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Cholesterol Test Kit: https://shp.ee/wk7bt7v

Blood Pressure Monitor : https://shp.ee/2z5djr5

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Akhir Kata

Pastinya mempunyai kit kesihatan sendiri di rumah ini memudahkan anda dan keluarga untuk melakukan ujian kesihatan dengan lebih mudah dan cepat berbanding di klinik. Ditambah pula kit kesihatan ini hadir dalam 3 in 1, iaitu untuk pemeriksaan kolesterol dalam darah, gula dalam darah, dan kandungan urik asid. Nak lebih banyak info boleh membaca cara menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol. Semoga bermanfaat!

Rujukan Youtube : https://youtu.be/7gbZEtxdjBs

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version