Cara Menurunkan Kolesterol

Cara Menurunkan Kolesterol Dalam Badan

Cara menurunkan kolesterol dengan mengubah diet pemakanan adalah cara yang paling berkesan memandangkan punca kolesterol ini adalah disebabkan pengambilan diet harian yang tinggi kolesterol. 

Kajian mendapati pengambilan ubatan sahaja tanpa amalan diet yang sihat tidak menjamin paras kolesterol kembali normal. Malah kajian juga mendapati untuk menurunkan kolesterol jahat LDL anda wajib menjaga pengambilan makanan harian agar lebih seimbang. 

Oleh sebab itu, bagi anda yang sedang mengalami masalah kolesterol ini wajib untuk mengubah cara pengambilan makanan harian dalam proses menurunkan kolesterol jahat LDL ini. Di dalam slot ini kami kongsikan cara-cara turunkan kolesterol tinggi.

7 Cara Menurunkan Kolesterol

Berikut kami kongsikan beberapa cara untuk menurunkan kolesterol tinggi, cara ini melibatkan pengambilan makanan yang sihat dan beberapa elemen-elemen yang penting dalam mengawal paras kolesterol jahat dalam darah. Jom baca hingga habis…

Stop Pengambilan Gula

Mungkin ramai yang beranggapan kolesterol tiada kaitan dengan pengambilan gula. Ternyata itu silap, pengambilan gula yang berlebihan turut menyumbang kepada masalah kolesterol dalam badan. 

Ini kerana pengambilan gula dalam badan akan mengakibatkan menurunan paras kolestrol baik iaitu HDL. Ditambah pula pengambilan gula berlebihan turut mengakibatkan seseorang mengalami insulin resistance yang menyebabkan berlakunya obesiti.

Pengambilan Monounsaturated Fat

Tidak semua lemak @ fat itu tidak sihat untuk kesihatan, lemak jenis monounsaturated ini adalah sejenis lemak yang bagus untuk mengawal paras kolesterol. Kajian turut mendapati pengambilan makanan yang kaya dengan lemak monounsaturated ini boleh melindungi paras kolesterol baik HDL dan menurunkan kolesterol jahat LDL. 

Tidak seperti saturated fat yang tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan, lemak monounsaturated ini turut mempunyai beberapa kebaikan lain lagi untuk tubuh badan manusia. Antara bahan makanan yang kaya dengan monounsaturated ini adalah:

  • Minyak zaitun
  • Buah zaitun
  • Minyak canola
  • Kekacang
  • Buah avokado

Makan Diet Tinggi Fiber @ Serat

Pengambilan serat amat penting untuk proses pencernaan makanan, namun serat juga boleh membantu mengawal paras kolesterol jahat dalam badan. Pengambilan serat akan membantu pertumbuhan bakteria probiotik dan mengurangkan kolesterol LDL. Antara sumber serat yang bagus untuk kawal kolesterol adalah seperti kacang peas, buah, dan oat.  

Kawal Berat Badan

Kajian turut mendapati dalam proses penurunan berat badan, badan akan menyerap kolesterol daripada pemakanan harian dengan paras yang lebih banyak dan mengurangkan penghasilan kolesterol baru dalam darah. Dalam masa 2 tahun kajian, paras kolesterol baik HDL akan meningkat manakala kolesterol jahat LDL pula tidak berubah, keadaan ini pastinya mengurangkan risiko serangan jantung pada seseorang.

Amalkan Senaman

Senaman tidak dinafikan bagus untuk kesihatan tubuh badan secara umumnya, termasuk dalam mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL. Kajian mendapati aktiviti senaman yang meningkatkan kadar denyutan nadi sehingga 85% berupaya menaikkan paras kolesterol HDL dan mengurangkan kolestrol LDL. Malahan, jika senaman lebih lama tahap HDL akan lebih banyak. 

Pengambilan Omega 3

Makanan yang kaya dengan zat omega 3 dipercayai dapat membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Antara makanan yang kaya dengan omega 3 adalah telur omega, ikan salmon, sarden, kacang dan makarel. Selain rasanya yang enak dan sedap dimakan, ia juga bagus untuk keperluan nutrisi tubuh badan.

Berhenti Merokok

Jika anda perokok tegar, anda wajib berhenti merokok untuk kesihatan yang lebih baik. Merokok boleh meningkatkan penyakit melibatkan jantung antaranya adalah perubahan paras kolesterol. 

Menurut kajian, budaya merokok akan menyebabkan meningkatkan lipoprotein jahat dan menurunkan kolesterol HDL. Malah, dengan berhenti merokok boleh mengubah paras HDL ini meningkat kembali.

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Cholesterol checker : https://shp.ee/e3rbt2p

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Walnut : https://shp.ee/cspvy2p

Hazelnut : https://shp.ee/rf86gfp

Akhir Kata

Ternyata untuk menurunkan kolesterol tinggi ini tidaklah sukar, yang paling penting anda mesti disiplin dalam mengamal diet pemakanan yang sihat dan kurang kolesterol. Dengan mengamalkan makanan turunkan kolesterol ini boleh menjadi penyelamat kepada serangan jantung disebabkan kolesterol berlebihan.

Scroll to Top