Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Dan Kolesterol

Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Dan Kolesterol

Cara menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol mesti diambil sekiranya anda didapati mempunyai masalah terhadap kedua-dua penyakit tersebut. Secara umumnya, pesakit yang mempunyai masalah kolesterol ini turut mengalami masalah tekanan darah tinggi. Oleh itu, langkah merawat mesti dilakukan untuk mengelakkan ia bertambah teruk.

Terdapat ubatan medik yang khusus untuk merawat masalah kolestrol ini, namun ia perlu pengawasan doktor bagi mengelakkan berlaku sebarang kesan sampingan terhadap hati. Namun begitu, terdapat cara yang lebih semulajadi dan kurang berisiko untuk mengawal masalah yang melibatkan saluran pembuluh darah ini.

4 Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Dan Kolesterol Semulajadi

Masalah utama kolesterol adalah berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan tinggi kolesterol. Jadi untuk merawat masalah ini anda perlu mengubah menu hidangan harian dan agar lebih sihat dan baik untuk sistem jantung. Antaranya adalah:

  • Kurangkan pengambilan lemak tepu, Contoh, kek, biskut, sosej.
  • Berhenti pengambilan lemak trans. Contoh, makanan goreng.
  • Makan makanan yang mengandungi lemak omega 3. Contoh, salmon, sardin, kacang.
  • Tingkatkan pengambilan serat larut. Contoh, epal, lemon, oat.

Secara umumnya, anda perlu memakan makanan yang menyokong pertumbuhan kolesterol baik HDL dan mengurangkan paras kolesterol jahat LDL. Amalkan setiap hari selama sebulan untuk melihat kesan awal kolesterol mulai stabil. 

Amalkan Senaman @ Aktiviti Harian

Bersenam atau gaya hidup yang aktif akan menyokong pasas kolesterol baik HDL dalam badan. Anda hanya perlu mengambil masa 30 minit sehari, 5 kali seminggu untuk melakukan aktiviti senaman ini. Malahan dengan berjalan setiap petang juga boleh membantu badan untuk lebih sihat dan cergas sepanjang hari.

Berhenti Merokok

Merokok adalah antara punca meningkatnya paras kolesterol jahat LDL dalam badan. Tahukan anda bahawa dengan berhenti merokok selama setahun, anda telah mengurangkan risiko terkena serangan jantung sebanyak 50% berbanding semasa anda merokok.

Tambahan, dengan berhenti daripada merokok juga boleh membaiki tekanan darah agar lebih stabil dan normal.

Berat Badan Ideal

Berat badan yang berlebihan juga mempengaruhi paras kolesterol dalam badan dan berisiko untuk mengalami masalah darah tinggi. Rata-rata orang yang mengalami masalah obesiti mempunyai kolesterol jahat LDL lebih banyak berbanding kolesterol baik HDL. Ini akan mengakibatkan golongan yang mempunyai berat badan ini berisiko tinggi untuk mengalami serangan jantung dan angin ahmar.

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Cholesterol Test Kit: https://shp.ee/wk7bt7v

Blood Pressure Monitor : https://shp.ee/2z5djr5

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Akhir Kata

Senarai petua hilangkan kolesterol dengan cepat ini adalah antara ikhtiar yang boleh diambil bagi merawat paras kolesterol tinggi dan juga masalah darah tinggi. Yang pastinya, untuk kesan yang bagus anda perlu mengambil langkah mengubah pemakanan harian anda kepada diet rendah kolesterol sahaja. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version