Petua Hilangkan Kolesterol Dengan Cepat

Petua Hilangkan Kolesterol Dengan Cepat

Petua hilangkan kolesterol dengan cepat ini adalah antara ikhtiar yang boleh diambil bagi mengurangkan paras kolesterol jahat LDL di dalam badan. Masalah kolesterol ini boleh terjadi kepada seseorang tanpa seseorang itu sedar, sehinggalah menimbul komplikasi teruk seperti serangan jantung dan stoke.

Oleh itu, amalan pemakanan yang sihat dan seimbang mesti diamalkan bagi mencegah dari awal. Bagi yang sedang mengalami paras kolesterol tinggi, anda masih berpeluang untuk sembuh melalui amalan diet yang sihat.

2 Petua Hilangkan Kolesterol Dengan Cepat & Mudah

Disini kami kongsikan beberapa petua menggunakan bahan semulajadi untuk hilangkan kolesterol dalam badan. Petua serta bahan-bahan ini adalah perkongsian daripada pengguna facebook yang telah mencuba sendiri sebelum dikongsikan. 

Petua Jus Nanas & Sawi

Petua ini dikongsikan oleh Puan Noor Azlina yang memperoleh resepi jus ini daripada seorang doktor. Dengan pengambilan secara rutin 1 kali sehari telah berjaya menurunkan paras kolesterol kepada normal. 

Bahan-bahan

  • Buah nanas
  • Sayur sawi

Cara penyediaan

  1. Mudah sahaja, potong buah nanas dan sayur sawi hingga mudah untuk dikisar dalam blender.
  2. Kisar halus sehingga menjadi jus
  3. Boleh amalkan segelas sehari.
Petua Hilangkan Kolesterol Dengan Cepat

Petua Jus Halia & Lemon

Petua ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah paras kolesterol yang tinggi. Petua yang dikongsikan oleh Delihayat Kitchen juga terbukti berkesan dalam merawat kolesterol dalam badan. Selain itu, jus petua ini juga turut berkesan untuk merawat masalah selsema.

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • Halia
  • Jus lemon
  • Cuka apel
  • madu

Cara penyediaan

  1. Bawang putih dikisar bersama air kosong, tapis dan ambil airnya
  2. Masukkan halia dan jus lemon ke dalam air jus bawang putih tadi, panaskan dengan api yang berlahan selama 30 minit. 
  3. Setelah selesai, sejukkan dahulu air jus tadi kemudian baru masukkan cuka epal dan madu, kacau hingga sebati. 

Cara pengambilan

  1. Boleh mengambil satu sudu besar sebelum sarapan pagi
  2. Dan satu sudu besar malam sebelum tidur

**Sukatan bahan-bahan boleh agak-agak untuk minum seorang atau lebih. Cuka epal dan jus lemon jangan terlalu banyak kerana nanti jus rasa terlalu asid.

Petua Hilangkan Kolesterol Dengan Cepat
Petua Hilangkan Kolesterol Dengan Cepat
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Cholesterol Test Kit: https://shp.ee/wk7bt7v

Blood Pressure Monitor : https://shp.ee/2z5djr5

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Akhir Kata

Nikmat sihat tubuh badan adalah antara rezeki yang tidak ternilai buat semua orang. Oleh itu, diet pemakanan yang sihat dan seimbang harus diamalkan bagi mencegah terjadi penyakit seperti kolesterol tinggi ini. Anda boleh mengikuti artikel kesan kolesterol tinggi untuk rujukan lanjut. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top