Kesan Kolesterol Tinggi

Kesan Kolesterol Tinggi & Puncanya

Kesan kolesterol tinggi akan berlaku apabila paras kolesterol naik dengan mendadak. Kolesterol adalah bahan yang bertekstur seperti lilin di dalam saluran darah manusia. Badan memerlukan bantuan kolesterol ini untuk membina sel di dalam badan, namun dengan kehadiran kolesterol yang tinggi menjadi ia berbahaya terutamanya untuk kesihatan jantung.

Terdapat dua jenis kolesterol yang dihasil oleh tubuh, kedua-dua kolesterol ini mempunyai fungsi yang berbeza antara satu dengan yang lain. Iaitu:

  • Kolesterol jahat, Low-density lipoprotein (LDL)
  • Kolesterol baik, High-density lipoprotein (HDL)

Kesan Kolesterol Tinggi Pada Tubuh Badan

Apabila paras kolesterol mulai tinggi daripada normal, ia akan mewujudkan penumpukan pada saluran pembuluh darah. Jika keadaan ini tidak terkawal, ia akan menyebabkan kesukaran pada sistem pembuluh darah untuk mengalir. Penumpukan kolesterol akan mengakibatkan berlakunya serang jantung dan stroke.

Yang lebih merisaukan adalah paras kolesterol tinggi ini tidak mempunyai symptom yang khusus melainkan hanya boleh dikesan melalui ujian darah.  

Punca Kolesterol Tinggi

Salah satu punca kolesterol adalah disebabkan keturunan, namun ia turut disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat. Pemakanan juga antara punca kolesterol tidak stabil di dalam badan, amalan pemakanan yang tinggi protein dan kurang sayur juga boleh menjadi faktor kolesterol tidak stabil.

Punca-punca kolesterol tinggi

  • Diet yang tidak sihat
  • Kegemukan @ obesiti
  • Kurang senaman
  • Merokok
  • Minuman keras
  • Usia

Jika dilihat senarai di atas boleh simpulkan bahawa diet kurang sihat adalah penyumbang utama masalah kolesterol ini. Banyak memakan makanan yang mengandungi lemak larut (saturated fat) dan lemak trans adalah punca terjadinya kolesterol berlebihan ini.   

Komplikasi Organ Jantung

Seperti sedia maklum, masalah kolesterol ini tidak mempunyai tanda yang khusus, sehingga ia menyebabkan komplikasi pada organ badan. Kolesterol yang tertumpu pada saluran darah akan mengganggu aliran darah dan menyebabkan organ seperti jantung tidak menerima bekalan darah yang cukup. Antara akan menyebabkan:

  • Sakit dada
  • Serangan jantung
  • Angin ahmar

Cara-cara Pencegahan Komplikasi 

Cara pencegahan terbaik adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk jantung. Secara umumnya terdapat beberapa amalan penjagaan jantung yang boleh diamalkan antaranya adalah:

  • Banyakkan pengambilan sayuran di dalam diet
  • Kurang @ berhenti dari mengambil makanan tinggi lemak tepu
  • Dapatkan berat badan yang ideal
  • Amalkan senaman 30 minit setiap hari
  • Kendali stress dengan baik
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Cholesterol Test Kit: https://shp.ee/wk7bt7v

Blood Pressure Monitor : https://shp.ee/2z5djr5

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Akhir Kata

Kolesterol tinggi adalah satu keadaan tidak normal yang kerap kali menyerang orang awam, ini adalah tanda bahawa masyarakat masih lagi kurang peka dalam mencegah penyakit ini daripada berlaku. Diharap dengan info ini sedikit sebanyak membantu anda dalam mengawal bacaan kolesterol normal anda. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top