Lemon Kurangkan Kolesterol

Lemon Kurangkan Kolesterol Dalam Badan

Lemon kurangkan kolesterol? Mungkin ada yang tidak tahu bahawa buah citrus jenis lemon ini mempunyai banyak kebaikan termasuklah untuk menstabilkan paras kolesterol dalam badan. Selain ubatan medik, anda juga boleh mengamalkan petua-petua ini yang menggunakan bahan semulajadi sahaja. 

Cara terbaik untuk mengawal kolesterol jahat yang tinggi dalam badan adalah dengan mengubah diet harian kepada hidangan yang rendah @ zero kolesterol. Termasuklah dengan mengawal pengambilan minuman harian, salah satu minuman yang boleh menurunkan kolesterol LDL adalah jus lemon.

Kebaikan Lemon Untuk Kolesterol

Secara ringkasnya, lemon adalah buah yang kaya dengan vitamin C yang diperlukan untuk tubuh badan. Menurut kajian juga mendapati amalan meminum satu sudu besar jus lemon dicampur bersama air minuman selama sebulan boleh meningkatkan kolesterol baik HDL.

Petua Lemon Kurangkan Kolesterol (Jus Lemon & Air Barli)

Petua turunkan kolesterol yang dikongsikan oleh Diyanah Safiya ini boleh dijadikan rujukan bagi pengambilan jus lemon sebagai rutin makanan anda. Petua ini mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan selain boleh menurunkan kolesterol jahat. Malah cara membuatnya lebih mudah, murah dan kurang risiko kesan sampingan berbanding ubatan medik.

Petua ini boleh diamalkan setiap hari selama sebulan untuk melihat keberkesanan pada paras kolesterol anda. Disamping itu, anda juga boleh mengawal diet pemakanan kepada yang lebih sihat dan “mesra kolesterol”. Jom ikuti perkongsian ini.

Bahan yang diperlukan:

  • Jus separuh lemon @ jus lemon asli
  • 3 sudu kecil biji barli 
  • Air kosong
  • 4 gelas air

Cara penyediaan:

  1. Biji barli dibersihkan dan direndam dahulu selama 2 jam, agar mudah lembut bila direbus
  2. Rebus barli tadi hingga lembut, dan sejukkan
  3. Perah jus lemon, boleh letak hirisan buah lemon. Boleh diminum. 

Kebaikan Petua Jus Lemon & Barli

  • Menyejukkan badan
  • Hilangkan masalah batuk, selsema dan demam.
  • Mengawal gula dalam darah
  • Melancarkan saluran buang air kecil
  • Menghalang daripada terjadinya batu karang
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Cholesterol checker : https://shp.ee/e3rbt2p

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Walnut : https://shp.ee/cspvy2p

Hazelnut : https://shp.ee/rf86gfp

Akhir Kata

Selain digunakan sebagai bahan di dalam masakan, jus lemon ini juga mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan manusia. Selain sebagai makanan turunkan kolesterol, Petua ini adalah antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk menstabilkan kolesterol tinggi dalam badan. Malah ia turut sesuai dijadikan minuman rutin untuk sesiapa sahaja. Semoga bermanfaat! 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top