Table of Contents
Tanda kolesterol tinggi seharusnya diberi perhatian agar mudah terhindar daripada berlakunya sebarang komplikasi pada sistem tubuh badan terutamanya sistem aliran darah. Kolesterol diperlukan oleh tubuh pada paras yang normal sahaja.
Namun, jika kadar kolesterol jahat (LDL) berlebihan di dalam badan akan menyebabkan risiko seperti serangan jantung, angin ahmar, dan sebagainya. Rata-rata punca peningkatan LDL ini adalah berpunca daripada pengambilan makanan harian yang tinggi kolesterol.
Ditambah pula dengan gaya hidup yang kurang bersenam dan kurang aktif menjadikan ia bertambah teruk. Antara faktor lain yang menyumbang kepada masalah obesitas adalah:
- Minuman yang beralkohol
- Kurang bersenam
- Obesiti atau kegemukan
- Kencing manis
- Keturunan @ genetik
6 Tanda kolesterol tinggi dalam badan
Secara umumnya, tanda kolesterol tinggi dalam badan ini tidak mempunyai tanda-tanda yang khusus, jadi ia juga boleh dirasai oleh semua orang. Pada kebanyakan orang, paras kolesterol yang tinggi ini tidak menunjukkan sebarang tanda sehinggalah terjadinya komplikasi seperti serangan jantung dan angin ahmar.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa simptom yang boleh dikaitkan dengan paras kolesterol tidak normal ini. Antaranya adalah:
Benjolan kuning di kelopak mata @ Xanthelasma
Seseorang yang mempunyai kolesterol yang tinggi boleh dilihat apabila terdapat benjolan kuning di sekitar bawah mata. Benjolan ini adalah berpunca daripada penumpukan kolesterol di dalam saluran darah dalam tubuh seperti kulit dan urat.
Benjolan yang berbentuk bulat kuning ini adalah tanda tinggi kolesterol yang jelas boleh dilihat dari luaran seseorang.
Kredit Public Health Malaysia
Benjolan kuning di pembuluh darah @ Xanthomata
Seperti juga benjolan di sekitar kelopak mata, tanda paras kolesterol tinggi juga boleh dilihat apabila saluran darah pada tubuh kelihatan sedikit bengkak dan berwarna kuning. Ini adalah disebabkan pembentukan plak kolesterol pada saluran pembuluh darah.
Cepat penat
Antara tanda lain seseorang mengalami paras kolesterol tinggi adalah apabila rasa cepat penat dan letih. Hal ini kerana berlakunya penumpukan kolesterol pada saluran darah dan menyebabkan aliran darah ke organ badan terganggu. Namun begitu, tanda ini terlalu umum dan boleh juga disebabkan keadaan kesihatan yang lain.
Cepat mengantuk
Apabila saluran darah terganggu disebabkan wujudnya plat kolesterol, maka seseorang akan mengalami simptom kurang menerima oksigen dalam darah dan boleh menyebabkan cepat rasa mengantuk. Jika anda sering mengantuk dan penat, dicadangkan anda untuk melakukan pemeriksaan secara berkala di klinik atau boleh membeli kit kesihatan untuk pemeriksaan di rumah sahaja.
Rasa nyeri di dada
Kolesterol yang berlebihan ini akan mengganggu sistem saliran darah dalam badan, sistem saliran darah ini berkait rapat dengan organ jantung anda. Rata-rata pesakit akan mengalami rasa sakit atau nyeri di sekitar dada iaitu jantung. Ini adalah tanda awal kepada masalah komplikasi yang serius melibatkan serang jantung.
Rasa nyeri di kaki
Selain rasa nyeri di dada, gangguan pada saluran darah ini juga boleh berlaku disekitar kaki dan menyebabkan rasa nyeri pada kaki. Pembentukan plak pada pembuluh darah di kaki ini akan menyekat saliran darah pada bahagaian kaki.
Disebabkan tidak ada tanda yang khusus untuk menyatakan seseorang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, jadi kami cadangkan anda membuat pemeriksaan darah secara berkala di klinik kesihatan berdekatan anda.
Anda juga boleh membeli kit pemeriksaan yang melakukan ujian sendiri di rumah, kit kesihatan ini anda boleh dapatkan secara dalam talian di Shopee dengan harga yang murah sahaja. Ujian darah ini seeloknya dilakukan pada umur sebaik memasuki 20 an dan seterusnya setiap 4 tahun sekali.
Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..
Cholesterol checker : https://shp.ee/e3rbt2p
Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p
Walnut : https://shp.ee/cspvy2p
Hazelnut : https://shp.ee/rf86gfp
Akhir Kata
Mencegah lebih baik daripada mengubati, maka anda seharusnya boleh mula menjaga kesihatan mulai sekarang dengan menjaga diet pemakanan yang seimbang dan kurang kolesterol. Anda boleh melihat senarai Makanan Tinggi Kolesterol Malaysia untuk rujukan diet harian anda. Semoga bermanfaat.