Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara

Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara Simple & Mudah

Terdapat beberapa cara pengambilan minyak kelapa dara yang boleh diamalkan secara rutin harian anda. Cara pengambilan yang betul ini penting bagi memastikan khasiat minyak kelapa betul-betul diperoleh oleh sistem tubuh badan. 

Bagi mereka yang mengamalkan cara kurus dengan keto diet pastinya sinonim dengan penggunaan minyak kelapa ini. Minyak kelapa ini berfungsi untuk meletakkan tubuh badan dalam kondisi dipanggil ketone. Iaitu dimana badan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga harian. Ini akan menyebabkan berlakunya pembakaran lemak-lemak yang ada di dalam badan.

Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara Yang Betul

Minyak kelapa ini boleh digunakan sebagai bahan tambahan dalam menu diet dan juga dijadikan minyak sapu pada kulit. Terdapat juga beberapa kaedah menggunakan Minyak Kelapa Dara Untuk Rambut seperti dijadikan sebagai krim rawatan kulit kepala dan rambut.

Bagi anda yang baru mula mengamalkan pengambilan minyak kelapa dara ini boleh merujuk teruskan membaca slot perkongsian ini. Disini kami kongsikan beberapa cara pengambilan minyak kelapa di dalam diet harian.

Campurkan Bersama Kopi

Cara pengambilan bersama kopi adalah antara yang paling popular dalam diet keto. Ditambah pula dengan penggunaan kurang gula @ zero gula menjadikan ia minuman yang sihat. Kopi dan MCT ini akan membekalkan tenaga sepanjang hari dan meransangkan kecergasan minda semasa bekerja.

Smoothie

Smoothie iaitu minuman buah dan sayuran yang dikisar bersama turut boleh dicampur bersama minyak kelapa. Biasanya minuman ini diminum sebelum atau selepas melakukan senaman untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.

Dicampur Dalam Air Rebusan Sayur

Minyak kelapa juga boleh dimasak bersama sayur, caranya adalah dengan merebus sayuran berdaun hijau dan tuangan satu sudu besar minyak kelapa kedalam air rebusan. Minyak kelapa adalah minyak yang tahan takat didih, maknanya ia masih mempunyai zat walaupun dipanas dengan haba.

Dicampur Bersama Bahan Perap

Jika anda sering membuat perapan ayam untuk dimasak samada goreng, stim, ataupun bakar, anda boleh campurkan satu ke dua sudu besar minyak kelapa ini bersama bahan perap yang lain. Minyak kelapa ini juga boleh bertindak sebagai agent untuk meresap ke dalam isi daging ayam. 

Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung

Tidak dinafikan pengambilan minyak kelapa dara ini juga bagus untuk ibu mengandung. Minyak kelapa ini boleh dijadikan krim luaran atau sebagai bahan makanan untuk menyokong sistem tubuh badan. Antara cara yang boleh digunakan untuk ibu mengandung adalah:

Pengambil Terus Minyak Kelapa 

Cara yang paling simple tapi berkesan adalah dengan mengambil satu sudu besar pagi dan satu sudu besar malam sebelum tidur. Cara ini bagus bagi yang tiada masa kerana tidak memerlukan apa bahan untuk disediakan. 

Masukan Ke Dalam Minuman Harian

Bagi ibu yang mengandung, anda boleh masukkan satu sudu kecil ke dalam minuman harian anda seperti teh, kopi, ataupun smoothie. Minyak kelapa dara ini tidak mempunyai rasa yang kuat, sebaliknya ia boleh memberikan aroma yang enak pada minuman anda. 

Krim Sapu Pada Stretch Marks

Minyak kelapa juga boleh dijadikan krim untuk sapuan kulit luaran seperti stretch marks. Anda boleh campurkan minyak ini dengan bahan-bahan krim lain untuk jadikan skrim sapuan anda.

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Minyak kelapa dara : https://shp.ee/x4zghdz

Shower cap : https://shp.ee/62u2buz

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Akhir Kata

Jika anda mempunyai cara yang tersendiri, anda masih boleh mengolah cara pengambilan minyak kelapa ini agar lebih sesuai dengan rutin harian anda. Yang paling penting penggunaan minyak kelapa ini mesti konsisten untuk mendapatkan kesan yang bagus.

Scroll to Top