kebaikan minyak kelapa dara

Kebaikan Minyak Kelapa Dara | Khasiat MCT Oil

kebaikan minyak kelapa dara pada pokok kelapa adalah pokok yang banyak tumbuh di kawasan asia tenggara. Pokok ini dikatakan berasal dari kawasan pesisir pantai hawaii dan mula membiak ke seluruh asia melalui buah kelapa yang hanyut ke laut. 

Di malaysia, buah kelapa ini biasa diproses sebagai santan untuk kegunaan di dalam masakan. Namun ramai yang belum tahu minyak yang terhasil dari kelapa ini iaitu minyak kelapa dara mempunyai banyak khasiat untuk tubuh manusia.

Di dalam artikel ini membincangkan kebaikan minyak kelapa dara untuk kesihatan

Kebaikan Minyak Kelapa Dara | Khasiat MCT Oil

1. Memberi tenaga untuk tubuh
Disebabkan minyak kelapa mengandungi minyak MCT yang mana tidak memerlukan enzim untuk dicerna, maka minyak MCT ini akan diserap terus ke tubuh untuk tenaga. Antara sumber tenaga yang dibekal oleh minyak MCT ini adalah asid lemak dan ketone. Asid lemak dan ketone ini adalah sumber tenaga yang lebih baik dari glukos.  

2. Membakar lemak secara semulajadi
Dengan adanya minyak MCT di dalam minyak kelapa, maka badan akan menghasil ketone. Ketone adalah sumber tenaga untuk tubuh selain dari glukos. Oleh sebab itu, mereka yang mengamalkan keto diet sangat bagus untuk mengamalkan minyak kelapa dalam pemakanan harian.

3. Menstabilkan kolestrol
Minyak kelapa bagus untuk menghasilkan HDL iaitu kolestrol yang baik yang diperlukan untuk tubuh badan. Ini sama sekali menolak kenyataan yang menyatakan minyak kelapa akan tidak elok untuk jantung. 

4. Bagus untuk otak
Minyak kelapa mengandungi MCT atau medium chain triglycerides. MCT ini adalah sejenis lemak yang akan menukar menjadi ketone. Ketone sangat bagus untuk fungsi otak seperti melundungi saraf otak, melindungi sel-sel otak, mengurangkan stress. Malah ketone ini juga bagus untuk orang yang menghidapai dementia dan alzheimer.

5. Meningkatkan imun badan manusia
Minyak kelapa mengandungi beberapa jenis asid lemak (fatty acid) iaitu:

  1. Caprylic
  2. Caprile
  3. Lauric acid

Fungsi asid lemak ini adalah sebagi anti bakteri, anti fungi, anti kandida dan yis, dan anti viral. Asid lemak ini bertindak memusnahkan lapisan lipid atau lapisan lemak virus dan meningkatkan sistem imun badan.

Kebaikan-kebaikan lain minyak kelapa MCT

  1. Mengurangkan kabus otak, membaiki fokus 
  2. Meningkatkan tenaga
  3. Mengurangkan kandungan gula dalam darah
  4. Mengrang rasa lapar
  5. Membantu menyembuh luka
  6. mengurangkan keradangan
  7. Antioksidan
  8. Mengurangkan stress
  9. Memudahkan badan menghasilkan ketone, bagus untuk keto diet

Keburukan minyak kelapa 

keburukan minyak kelapa adalah apabila buah kelapa jatuh ke atas kepala anda dan anda cedera.

Cara makan minyak kelapa dara

1. Guna sebagai minyak masak
Terdapat beberapa cara untuk mengambil minyak kelapa di dalam makanan. Minyak kelapa boleh digunakan sebagai minyak dalam masakan harian. Malah, kajian menunjukkan minyak kelapa mempunyai takat didih yang tinggi berbanding minyak-minyak yang lain, maksudnya minyak kelapa ini masih mengekalkan nutrisinya walaupun dipanaskan.

2. Campurkan di dalam kopi
Cara ini adalah antara cara yang paling biasa diamalkan iaitu mencampurkan minyak kelapa ke dalam kopi. Sebaiknya untuk kopi ini gantikan gula dengan stevia untuk menjadikan minuman kopi lebih sihat dan bagus untuk sistem badan.

3. Minum beberapa sudu minyak kelapa 
Bagi mereka yang ingin pengambilan yang mudah dan cepat, anda boleh juga mengambil minyak kelapa ini secara terus. Bagi minyak kelapa ini seeloknya ambil 2 sudu selepas makan.

Post Berkaitan : Minyak Kelapa Dara Untuk Rambut

Dapatkan produk-produk kesihatan pada harga mampu milik di shopee mall. Tekan link promo di bawah.

Minyak Kelapa Dara  : https://shp.ee/q554t68

Watsan Mall : https://shp.ee/guwq9au

Guardian Mall : https://shp.ee/7ipfkyk

Kredit: Dr. Eric Berg DC
Sumber Youtube Dr. Eric Berg DC: 
Coconut Oil: Is Coconut Oil Good For You? Dr.Berg Discusses The Health Benefits Of Coconut Oil: https://youtu.be/eD_O8LqvuOw
3 Main Reasons for Using Coconut Oil: https://youtu.be/goIfgmQQOKc

error: Content is protected !!
Scroll to Top