keburukan minyak kelapa dara

Keburukan Minyak Kelapa Dara

Walaupun mempunyai banyak kebaikan, namun terdapat juga keburukan minyak kelapa dara yang anda perlu tahu. Buah kelapa dikenali di seluruh dunia sebagai buah the tree of life disebabkan pelbagai variasi kegunaan untuk keperluan semasa manusia. 

Minyak kelapa dara mempunyai sejenis lemak yang dipanggil MCT atau medium triglycerides iaitu sejenis lemak semulajadi yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan manusia. Mengikut kajian, tidak ada sebarang keburukan minyak kelapa dara untuk kegunaan manusia.

Tiada Keburukan Minyak Kelapa Dara

Walaupun tiada keburukan, namun pengambil minyak kelapa ini bergantung kepada tahap kondisi seseorang. Sesetengah orang akan mengalami kesan sampingan terhadap minyak kelapa ini. Antaranya adalah:

Kesan sampingan minyak kelapa:

  • Cirit-birit
  • Mual @ muntah
  • Perut tidak selesa
  • Sakit perut

Kesan sampingan minyak kelapa dara ini amat jarang berlaku, malah jika berlaku hanya dalam kondisi minor sahaja. Namun jika anda mengalami kesan sampingan yang teruk dan tidak sembuh. Boleh segera meminta bantuan doktor berdekatan.

Cara Menyimpan Minyak MCT

Seperti juga bahan makanan lain, minyak kelapa dara juga perlu disimpan dan dijaga dengan betul agar terjaga kualiti dan khasiatnya. Berikut kami kongsikan cara simpan dan guna minyak kelapa dara agar lebih selamat digunakan.

  1. Sesetengah jenama minyak kelapa dara perlu disimpan di dalam peti sejuk. Anda perlu membaca setiap penerangan pada label untuk lebih selamat.
  2. Selepas dibuka, pastikan anda menghabiskan minyak kelapa dara dalam masa yang ditetapkan mengikut penerangan pada label. 
  3. Simpan di kawasan yang selamat dari kanak-kanak
  4. Jika telah tamat tempoh, buang minyak kelapa dara walaupun masih banyak.

Cara Makan Minyak Kelapa Dara

Terdapat beberapa cara dan variasi untuk pengambilan minyak kelapa dara ini. Cara yang sama juga boleh digunakan untuk pengambilan minyak premium lain seperti minyak zaitun dan minyak canola. Disini kami kongsikan cara paling ringkas, simple dan berkesan untuk mengambil minyak kelapa dara secara rutin. 

  • 1 sudu besar sebelum sarapan.
  • 1 sudu besar sebelum makan malam.
  • Amalkan setiap hari

Bagi golongan yang mengamalkan diet keto pasti sudah biasa dengan pengambilan minyak kelapa ini. Yang pasti ianya amat simple dan mudah, tambahan minyak kelapa ini mempunyai aroma yang enak seperti rasanya.

Dengan cara pengambilan minyak kelapa dara yang betul, pastinya anda bakal memperoleh zat @ lemak MCT yang bagus untuk menyokong keperluan sistem tubuh anda. Antara kebaikan utama minyak kelapa dara ini adalah:

  • Kurangkan rasa lapar
  • Mengurangkan kolesterol jahat (LDL) 
  • Membakar lemak @ badan berada dalam ketone

Terdapat banyak lagi kebaikan minyak kelapa dara untuk kesihatan anda, ia juga sesuai bagi anda yang ingin menurunkan berat badan agar lebih sihat dan cergas. 

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Minyak kelapa dara : https://shp.ee/x4zghdz

Shower cap : https://shp.ee/62u2buz

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Akhir Kata

Kebanyakkan kesan sampingan minyak kelapa dara ini tidak berlaku dalam kondisi yang serius, sebaliknya hanya berlaku dalam keadaan minor sahaja. Secara keseluruhannya minyak kelapa dara ini mempunyai banyak kegunaan untuk menyokong sistem tubuh agar lebih sihat. Semoga bermanfaat! 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top