Table of Contents
Pemilihan pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat adalah amat penting, Ini kerana jika kulit muka tidak dirawat dengan pencuci muka yang betul akan menyebabkan kulit muka anda mengalami break out dan akan mengambil masa lama untuk sembuh.
Secara asasnya, minyak pada kulit muka ini mempunyai kebaikan untuk melindungi kulit muka seseorang. Malah, golongan yang mempunyai kulit muka berminyak normal ini akan mempunyai kulit yang sihat dan kurang kedutan. Namun, kulit yang mengasilkan minyak berlebihan pula akan menyebabkan kulit mula rosak dan tumbuh jerawat. Ini berlaku apabila cairan minyak sebum keluar lebih daripada normal.
Punca Kulit Berminyak Dan Jerawat
Sebum adalah sejenis cairan berminyak yang terhasil di kelenjar sebum, jika ia terhasil dengan kadar yang lebih dari normal, kulit akan mula kelihatan berminyak dan boleh menyebabkan risiko naiknya jerawat disebabkan liang pori yang tersumbat serta pembiakan bakteria jika tiada rutin penjagaan kulit muka yang betul.
Oleh sebab itu, anda perlu mencari pencuci muka yang boleh mengawal keseimbangan minyak pada kulit muka agar jerawat boleh hilang. Ini kerana, naiknya jerawat adalah berpunca daripada masalah kulit yang berminyak.
Fungsi Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak Dan Berjerawat
Memilih pencuci muka yang sesuai adalah penting kerana ia adalah langkah pertama dalam rutin penjagaan muka. Sebelum mengenakan sebarang jenis produk kulit, kulit harus dicuci dengan baik agar nutrisi pada produk kulit muka boleh diterima baik oleh kulit.
Fungsi pencuci muka:
- Membersihkan sebum yang berlebihan.
- Membersihkan saki-baki makeup.
- Habuk @ kotoran.
Kini terdapat pelbagai jenis pencuci minyak yang mempunyai pelbagai jenis tekstur mengikut keperluan kulit anda. Untuk kulit muka berminyak ini tekstur pencuci muka yang terbaik adalah yang berbuih dan kurang minyak.
Fungsi tekstur yang berbuih ini adalah disebabkan ia lebih lembut untuk kulit dan boleh membersihkan sibum yang berlebihan pada kulit muka. Tekstur yang kurang minyak juga penting disebabkan keadaan asal kulit muka yang sudah berminyak. Pencuci muka yang mengandungi minyak ini sesuai untuk kulit muka yang kering sahaja.
4 Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak Dan Berjerawat
Berikut kami sertakan beberapa jenis jenama pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan seterusnya boleh merawat masalah kulit muka berjerawat anda. Anda hanya perlu menggunakan salah satu daripada beberapa pencuci muka ini. Anda boleh dapatkan item ini di Watson Shopee Mall pada harga jimat.
*Anda boleh terus tekan link@butang yang disediakan untuk semakan harga di Shopee @ Hermo.my.
Akhir Kata
Pemilihan pencuci muka yang tepat adalah penting dalam memastikan kulit berada dalam keadaan yang bersih sebelum melakukan sebarang rawatan seperti memakai serum, toner dan moisturizer. Jika anda mempunyai masalah kulit kusam, boleh rujuk artikel Cara Merawat Kulit Kusam. Semoga bermanfaat!
Sumber glowwe