beras untuk diet

Beras Untuk Diet

Anda mencari beras untuk diet untuk dinikmati setiap hari? Beras adalah makanan yang paling popular di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Bagi golongan yang sedang dalam diet, anda masih boleh menikmati hidangan beras perang untuk diet tetapi dengan syarat perlulah diambil dalam jumlah yang terkawal.    

Kini terdapat banyak jenama beras untuk diet yang anda boleh dapatkan di pasaran, beras perang adalah peganti nasi putih yang popular untuk kurus. Di dalam slot kali ini kami kongsikan semuanya berkenaan beras untuk diet, beras ini anda boleh dapatkan secara dalam talian melalui link Shopee Mall yang terdapat di hujung artikel ini.  

Beras Untuk Diet, Warna Perang Atau Putih?

Nasi putih adalah beras yang paling popular dinikmati di seluruh dunia, adakah ia bagus untuk menurunkan berat badan?  Untuk faham dengan lebih jelas perbezaan beras perang dan nasi putih ini, anda boleh merujuk jaduan di bawah.

beras untuk diet

Dari segi nutrisi, beras perang mempunyai kandungan karbohidrat lebih rendah berbanding nasi putih, manakala nasi perang mempunyai kandungan serat berbanding nasi putih yang tiada kandungan serat. Dari segi kalori pula nasi perang mempunyai kalori rendah dan berbanding nasi putih.

Untuk menurunkan berat badan, anda mestilah mengambil pengambilan kalori yang rendah dan terkawal. Oleh itu, nasi perang adalah beras yang sesuai untuk diet, nasi perang adalah pilihan terbaik untuk dinikmati semasa sedang diet kerana mempunyai kalori yang sedikit rendah berbanding nasi putih. Walaupun begitu, anda masih boleh mengambil nasi putih selagimana ia masih dalam jumlah kalori yang terkawal. 

Secara umumnya, nasi perang ini sesuai diambil untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan dan tidak hanya tertumpu untuk menurunkan berat badan sahaja. Oleh itu, anda boleh mengamalkan memakan nasi perang disetiap hidangan anda bukan sahaja untuk kurus, tetapi untuk mencegah daripada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, dan juga kolesterol. 

Nasi Punca Gemuk?

Nasi perang adalah pilihan beras terbaik untuk diet, namun begitu tidak semestinya nasi putih tidak boleh diambil semasa proses menurunkan berat badan. Malah anda masih boleh mengambil nasi setiap hari dan tetap boleh kurus. Ini kerana untuk kurus anda hanya perlu mengambil kalori kurang daripada keperluan harian anda.

Sekarag terdapat banyak jenis diet yang anda boleh amalkan dengan nasi, antaranya diet suku suku separuh. Dalam diet suku suku separuh ini anda mestilah mengambil nasi dalam portion suku pinggan sahaja. Cara ini telah terbukti berkesan dalam menurunkan berat badan kerana diet ini menghadkan jenis makanan berkalori tinggi pada portion suku pinggan sahaja.

Jadi terbukti bahawa nasi bukanlah menyebab kepada masalah kegemukan, tetapi pengambilan kalori yang melebihi keperluan harian adalah punca kepada masalah lemak berlebihan pada badan. Apa-apa makanan sahaja boleh menyebabkan kegemukan jika diambil dalam kalori yang berlebihan.   

4 Jenis Beras Untuk Diet

Semua jenis beras adalah bagus dan mempunyai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Untuk diet anda boleh sahaja menikmati mana-mana jenis beras tetapi dengan syarat ia perlu disediakan secara sihat dan rendah kalori. Malah beras ini juga bagus untuk membekalkan kesihatan tubuh badan secara umum. Disini kami kongsikan beberapa jenis beras yang sesuai untuk diet untuk rujukan anda.

Beras Putih

Sebenarnya beras putih yang anda makan setiap hari sudah memadai untuk dijadikan hidangan semasa diet, cuma kekurangan utama beras putih ini adalah ia mempunyai kalori sedikit tinggi dan tidak mempunyai sebarang serat. 

Anda perlu mengambil nasi putih ini dalam portion yang paling sikit di dalam pinggan, pastikan protein dan serat lebih tinggi dan untuk menjaga keseimbangan nutrisi harian anda.

Beras Perang

Tidak dinafikan beras perang adalah yang paling popular untuk dijadikan sebagai makanan semasa diet. Ini disebabkan beras perang ini mempunyai kalori rendah berbanding nasi putih dan mempunyai kandunga serat. Kandungan serat ini juga boleh membantu anda untuk cepat kenyang sepanjang hari. Beras perang juga sangat sesuai untuk golongan yang menghidapi penyakit seperti kencing manis atau diabetis. 

Beras Merah

Beras merah pula adalah sejenis beras yang kaya dengan serat dan protein. Kedua-dua kandungan ini boleh memberikan rasa kenyang kepada anda yang sedang diet. Selain itu, beras merah untuk diet ini juga mempunyai fungsi antioksidan untuk tubuh manusia.  

Walaupun ia mempunyai nutrisi yang bagus, anda perlu berhati-hati agar tidak mengambil beras merah ini setiap hari, ini kerana ia boleh menyebabkan masalah angin dalam perut dan juga ketidakhadaman untuk sesetengah orang. Pastikan anda hidangan nasi merah ini dengan nutrisi yang lain seperti sayuran dan buah-buahan.

Beras Hitam

Walaupun beras hitam tidak sepopular seperti beras perang dan beras merah, namun ia adalah beras yang kaya dengan antioksidan dan mempunyai kandungan protein lebih tinggi berbanding nasi perang. 

Beras hitam ini boleh menyokong sistem tubuh seperti kesihatan mata dan juga jantung, ia boleh melindungi anda daripada sesetengah jenis kanser dan membantu untuk membakar lemak pada badan.

Cara Menyediakan Nasi Agar Tidak Gemuk

Boleh dikatakan nasi adalah hidangan yang penting untuk semua orang, untuk menurunkan berat badan, anda mestilah mengubah cara hidangan dan pengambilan nasi anda agar lebih sihat dan rendah kalori. Berikut adalah beberapa cara pengambilan nasi agar tidak gemuk.

Nasi Suku Pinggan

Tips ini mungkin nampak simple, tetapi ia boleh memberi kesan besar kepada pengambilan kalori anda. Cara terbaik untuk kurus walaupun dengan makan nasi adalah dengan menyediakan nasi pada suku pinggan sahaja. Ini terbukti dengan hasil yang diperoleh apabila melakukan diet suku suku separuh, ramai yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan sihat. 

Banyakkan Pengambilan Sayuran

Untuk kurus juga anda mestilah mengambil sayuran dengan jumlah yang banyak bersama nasi, ini kerana hampir kesemua sayuran ini mempunyai kalori yang rendah sahaja, jadi ia tidak menyumbang kepada kalori berlebihan, malahan sayuran mempunyai nutrisi yang diperlukan untuk tubuh manusia. 

Hidangan Bersama Makanan Rendah Kalori

Selain dari penyediaan nasi yang sihat, anda juga dinasihatkan untuk menyediakan hidangan protein @ lauk secara sihat dan rendah kalori. Anda boleh kukus, rebus, salai, dan juga panggang lauk hidangan anda. Jangan sesekali deep fried kerana ia boleh menjadikan kalori bertambah. 

Senarai Barang Murah & Promo di Shopee.
*Tekan link untuk semak harga..

Beras Faiza Moghul Basmathi : https://shp.ee/dyx2hq7

Beras Perang :  https://shp.ee/u94i6s7

Beras Merah : https://shp.ee/6w6m987

Beras Hitam : https://shp.ee/4aid7w7

Rolled Oat : https://shp.ee/s4u96rj

Dutch Lady Milk Full Cream : https://shp.ee/53rzdaj

Dried Fruit : https://shp.ee/87yfesj

Kekacang : https://shp.ee/evcc7nj

Minyak zaitun : https://shp.ee/s9jqy5p

Walnut : https://shp.ee/cspvy2p

Hazelnut : https://shp.ee/rf86gfp

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Untuk kurus tidak semestinya anda perlu berhenti makan nasi, sebaliknya anda boleh mengamalkan pengambilan nasi secara terkawal dan tidak melebih keperluan kalori anda. Nasi bukan punca kepada kegemukan, sebaliknya pengambilan kalori yang tidak terkawal adalah punca kepada berlakunya lemak berlebihan. 

Anda boleh dapatkan kesemua jenis beras ini melalui link Shopee yang kami sediakan, jangan lupa untuk tebus voucher percuma Shopee ya. Nak tahu lebih banyak tips untuk turunkan berat badan? Boleh terus ke slot Buah Untuk Diet. semoga bermanfaat! 

error: Content is protected !!
Scroll to Top